Pilihanraya - setakat
ini masih saya tercari-cari parti mana yang layak menawan hati untuk
dipiilih.BN tidak akan mengubah stail urustadbir yang sekarang yang menyesatkan
rakyat berbelanja untuk hidup dan mungkin bertambah angkuh kleptokrasi nya sekiranya
terus terpilih membentuk kerajaan.
Usaha melupakan kes-kes penyelewengan kuasa,songlap
wang,rasuah akan lebih dilupakan kerana menganggap rakyat tidak tahu apa yang
berlaku serta apa yang dilakukan oleh mereka dalam kerajaan sekarang tidak
benar.
Yang terbaru mengesahkan
pentadbiran kerajaan bertambah gila menggunakan kuasa pertukaran hak
milik tanah Felda tidak di kenakan kos serta tidak terlibat proses undang-undang Kanun Tanah Negara. Perdana Menteri berkuasa
mengubah segala-galanya.Rakyat dan orang
awam berhempas pulas melalui proses pertukaran hak milik. Satu hari nanti
negara ini tidak mustahil berpindah milik kepada kuasa asing dengan kehebatan
kuasa MO1.
Satu silap mata MO1 dan kerajaan bagi melindungi orang-orang yang
berkuah sama menghirup,bersambal sama mencolek.
Bertambah celaru pemikiran kerana yang dulu halal berbaik dan
berpimpinan tangan dengan si kafir, tapi hari ini telah haram perbuatan pakatan
PRU13.Pada tahun 2017 rakyat malaysia
telah menyaksikan penyebar fitnah berpimpinan tangan orang yang difitnah.
Dasar kerajaan hari ini tidak boleh diharapkan lagi membelai bangsa melayu kerana bangsa-bangsa
lain adalah warganegara yang menentukan hidup atau mati kerajaan yang sedia
ada.
Melayu tidak boleh menentukan terbentuknya kerajaan
walaupun semua mengundi satu parti politik. Bangsa-bangsa lain perlu
di belai agamanya,budayanya,bahasanya seperti mana bangsa melayu .
Tidak ada tanda-tanda bangsa-bangsa ini mengenepikan kesemua
itu bagi menyokong parti politik yang tidak ambil pusing agama,bahasa dan
budaya mereka.
Pakatan Harapan lagi gila hendak dipilih kerana banyak cakap-cakap
melalui media merupakan golongan pentadbir yang tidak beragama atau lebih cantik
kasut dari ketayap.Kita kenal benar dengan Mat Sabu,Mahathir Hanipa
Maideen,Muhyuddin macam mana lebai mereka.
Manakala PAS parti yang banyak terlanjur cakap dan perbuatan terutama
pemimpinnya yang mengatakan atau mengecop beberapa manusia lain kafir atau
tidak menurut perintah Allah. Semua perkara yang dilakukan oleh parti tersebut
adalah betul. Lagi pun parti tersebut menyertai pilihanraya bukan bertujuan
hendak membentuk kerajaan .Empat Puluh kerusi hanya menunggi kerusi pembangkang.
Mungkin beberapa bulan lagi kita akan di beri kuasa memilih pemimpin.Masih belum ada kata
putus di hati siapa yang hendak di pilih. Yang ada sekarang buaya,musang,
harimau,singa dan beruang yang menunggu depan pintu Putrajaya.
Kesemua binatang buas ini sentiasa menunggu kerbau,kambing,
lembu babi,ayam itik yang di dalam kandang dan reban. Mudah menjadi mangsa
apabila keluar dari kurungan. Mangsa ini tidak melawan apabila tengkuknya di
patahkan.
Inilah yang menyedihkan dan hati merajuk rasa tidak mahu
melibatkan diri dalam pilihanraya.Ayat yang mengatakan daftar sebagai pengundi,seterusnya
menjadi pengundi, adalah tanggungjawab setiap rakyat bagi menentukan kerajaan tidak
boleh di guna pakai kerana parti politik dan wakil rakyatnya wangi sebelum
pilihanraya hapak selepas berkuasa.
Sekarang ini saya berasa bertanggungjawab tidak memilih
syaitan dan binatang buas yang akan memimpin negara.Tetapi saya rasa ramai yang
akan memilih dua golongan ini kerana kebijaksanaan menguasai nafsu hati
manusia,serta berkemampuan mengeksploitasi ringgit kerajaan untuk berkempen bukan ringgit parti.
Maka berkekalan selama 5 tahun lagi hantu-hantu ini akan
memerintah secara kleptrokasi yang mementingkan mengekalkan kuasa dengan
berbudi bagai talam dua muka.
Pergi ke bangsa Cina puja dan puji bangsa tersebut dengan
melangit sambil menghulurkan bantuan
untuk sekolah cina ,tokong cina kemudian ke kuil dan sekolah tamil
sekali lagi pujian yang melambung kepada
bangsa india dengan menyampaikan bantuan sekolah tamil dan kuil hindu.
Orang melayu tidak terkecuali akan di lambung-lambung dengan
ayat power ketuanan melayu dan agama islam
dengan nada berkobar-kobar dengan merah-merah muka di perhimpunan UMNO
atau perjumpaan majoriti bangsa melayu.
No comments:
Post a Comment