Aktiviti orang melayu sekarang ini telah bertambah dengan melakukan kerja yang mengaut keuntungan peribadi merugikan orang lain.Tentunya melayu ini sebagai seorang islam yang sudah maklum mati itu sudah pasti dan hidup insya'Allah tetapi minatnya mengerjakan perkara haram masih berterusan.
Kes penipuan pakej umrah satu set
penipuan yang menghilangkan keyakinan kepada intitusi berasaskan agama islam
yang di terokai oleh manusia melayu di
Malaysia ini. Penipuan seperti ini banyak berlaku sebelum ini tetapi kes Yayasan
Bakti Negara Terengganu (YBNT) melibatkan RM14.2 juta merupakan kerja mereka
yang bersama iblis untuk mencari kekayaan.
Walaupun ada penafian oleh pehak yang terlibat dengan memberi fakta bahawa sebelum ini telah menaja beberapa orang ibadah umrah secara percuma dan pekej umrah murah tetapi kebiasaan berbuat baik peringkat awal memang satu lumrah bak kata dialog filem P.Ramlee "baik ada makna tu "
Walaupun ada penafian oleh pehak yang terlibat dengan memberi fakta bahawa sebelum ini telah menaja beberapa orang ibadah umrah secara percuma dan pekej umrah murah tetapi kebiasaan berbuat baik peringkat awal memang satu lumrah bak kata dialog filem P.Ramlee "baik ada makna tu "
Sekarang ini banyak trend penipuan
berkaitan menggunakan agama Allah telah banyak didengar terutama atas nama sedekah,jariah,waqaf
yang kesemua kumpulan wang tersebut pada asalnya bertujuan membiayai pelbagai
pengajian pondok ,mendirikan madrasah dan masjid telah menyimpang ke pembinaan
rumah individu,memenuhkan simpanan peribadi, serta menaja perjalanan pelancungan pengasasnya.
Kita sebagai penyumbang dan
peserta pekej pelbagai perjalanan berkeyakinan penuh bahawa kesemua aktiviti
penyerahan wang kepada mereka yang pada awalnya berlembut gigi dari lidah hanya
kerana Allah.
Banyaknya penipuan dilakukan oleh
orang melayu hari ini maka mereka yang terlibat dalam urusan penerima
derma,badan waqaf seperti waqaf quran,waqaf harta terus terjejas kerana fikiran telah diracun oleh mereka
berhati syaitan dengan tipu terus menipu.
Ramai orang menyarankan kita
sebagai penyumbang atau penerima khidmat supaya berserah kepada Allah akibat
atau menerima risiko apabila wang dipoket telah diperuntukan dan diserah kepada
mereka selanjutnya menganggap dosa menipu manusia hanya diantara individu dengan Allah.
Di negara ini penipuan,rasuah
penggubahan wang haram,penyelewengan kuasa dan tidak amanah telah menjadi satu
profession golongan cendiakawan,bijak pandai akademik,bijak pandai agama
mencari sumber lebihan rezeki.
Matlamat menghalalkan cara telah
menjadi perinsip orang melayu yang mengaku islam untuk mencapai impian hidup
mewah. Tindakan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, mencampak keluar dari helikopter
terhadap pegawai kerajaan yang terlibat
dengan jenayah rasuah,merompak serta menipu, sepatutnya di praktik di negara
ini.
Jenayah cari rezeki secara haram
ini apabila tidak ada sanggahan,yang membantah,menentang, seterusnya melaporkan kepada pehak berkuasa, maka akan berterusan
berlaku seperti penipuan di Terengganu,rasuah beratus juta di Sabah,rasuah pegawai
DBKL,rasuah Bank Rakyat dan rasuah terbesar negara 2.6 bilion.
Apakah cukup sekadar kita berserah dengan ayat ini “ kalau kau ada peluang tentu tidak lepas peluang”, dan “biarlah Allah yang menentukan hukumannya”.
Apakah cukup sekadar kita berserah dengan ayat ini “ kalau kau ada peluang tentu tidak lepas peluang”, dan “biarlah Allah yang menentukan hukumannya”.
NGO yang berlabelkan agama islam
atau nama ke Arab-an kebanyakan menerima sumbangan dari syarikat dan orang
ramai hari ini telah mula diragui aktivitinya dan menyapa keyakinan penyumbang
kerana satu atau dua orang ‘punya pasal’ justeru
itu NGO yang lain menerima tempias.
Orang Melayu yang dinasihati dan
di temani beribu-ribu ustaz agama islam dan menonton melambaknya ceramah agama
TV dan tidak kurang program kuliah masjid masih tidak mampu menggugat iman
manusia melayu mencari kekayaan dengan menipu, rasuah dan tidak amanah.
Rakyat hari ini perlu dihidangkan
undang-undang yang di anggap kejam
terhadap mereka yang mencuri wang orang
ramai tanpa senjata ini kerana
mereka yang menyamun secara ini lebih lumayan dan orang ramai serta pehak
berkuasa kurang peduli kerana tidak melibatkan keselamatan fizikal orang lain
dan juga mereka yang berkuasa turut serta aktiviti ini.
Rakyat mesti turut berfikiran
positif bagaimana hendak menyumbang kearah
membersihkan mereka yang mencuri dengan menipu dan rasuah ini hanya dengan satu
cara mencampakkan yang terlibat menyokong dan mengetuai urus tadbir negara ke muzium
sejarah dan mencipta sejarah baru yang lebih baik dari yang di ketepikan.
Kesatuan rakyat selama ini perlu
ubah bahawa mereka yang berada dalam jemaah pentadbiran hari ini sebelum
menjadi lebih buruk, lebih baik diberi berehat sekurang-kurangnya 5 tahun, di luar pagar melihat dengan mata
pengurusan baru menyelia negara ini.
Sekiranya pengurusan baru gagal
melaksanakan tanggungjawab dalam tempoh tersebut maka rakyat sekali lagi meneruskan
peranannya pilihan yang baru kerana dalam tempoh sesingkat itu mereka yang
berkuasa tidak mampu melingkupkan negara,berbanding dengan yang berkuasa lebih
60 tahun .
Bukan masanya kita menggelengkan
kepala mengatakan “tidak boleh “ dek kerana melihat negara Timur Tengah masih tidak berjumpa aman.Negara Timur Tengah
mengulang semula sejarahnya semasa penentangan perkembangan islam.
Fakta ini yang telah di imbau oleh orang kerajaan yang memerintah 59 tahun ini untuk tatapan orang melayu supaya mengekalkan apa yang ada.
Malaysia punyai sejarah
tersendiri yang rakyatnya sentiasa perlu keamanan terutama bangsa melayu,Cina
dan India yang telah merasa serik dengan peristiwa 13 Mei. Mereka juga telah mempunyai keluarga, harta
kekayaan yang perlu di pertahankan.
Perubahan kerajaan tidak akan
menjadi penyebab berlakunya perang saudara seperti negara Syria,Iraq dan Yaman,
kecuali sikap terkejut dan tidak menerima kenyataan pilihan rakyat
oleh orang kerajaan yang memerintah lebih 59 tahun.
Contoh terbaik hari ini
berlakunya individu yang tidak puas hati pengurusan bekalan air kerajaan negeri Selangor. Mengadakan tunjuk emej nak mandi merayau-merayau
mencari bekalan air.Pada hal masalah bekalan air ini berlaku sahaja pada
negeri-negeri lain dibawah pentadbiran parti poltik pegangannya.
Sikap ini adalah rentetan atau
untaian tidak puashati pemilihan rakyat terhadap kerajaan Selangor iaitu selain
kerajaan yang memerintah sebelum ini. Individu seperti gangster inilah yang
memungkinkan mengacau kerajaan lain selain kerajaan sedia ada seterusnya menimbulkan huru-hara.
No comments:
Post a Comment