Sunday, January 1, 2017

pencuri dan perompak tanpa senjata


Aktiviti orang melayu sekarang ini telah bertambah dengan melakukan kerja yang mengaut  keuntungan peribadi merugikan orang lain.Tentunya melayu ini sebagai seorang islam yang sudah maklum mati itu sudah pasti dan hidup insya'Allah tetapi minatnya mengerjakan perkara haram masih berterusan.

Kes penipuan pakej umrah satu set penipuan yang menghilangkan keyakinan kepada intitusi berasaskan agama islam yang di terokai oleh  manusia melayu di Malaysia ini. Penipuan seperti ini banyak berlaku sebelum ini tetapi kes Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT) melibatkan RM14.2 juta merupakan kerja mereka yang bersama iblis untuk mencari kekayaan.

Walaupun ada penafian oleh pehak yang terlibat dengan memberi fakta bahawa sebelum ini telah menaja beberapa orang ibadah umrah secara percuma dan pekej umrah murah tetapi kebiasaan berbuat baik peringkat awal memang satu lumrah bak kata dialog filem P.Ramlee "baik ada makna tu "

Sekarang ini banyak trend penipuan berkaitan menggunakan agama Allah telah banyak didengar terutama atas nama sedekah,jariah,waqaf yang kesemua kumpulan wang tersebut pada asalnya bertujuan membiayai pelbagai pengajian pondok ,mendirikan madrasah dan masjid telah menyimpang ke pembinaan rumah individu,memenuhkan simpanan peribadi, serta menaja  perjalanan pelancungan pengasasnya.

Kita sebagai penyumbang dan peserta pekej pelbagai perjalanan berkeyakinan penuh bahawa kesemua aktiviti penyerahan wang kepada mereka yang pada awalnya berlembut gigi dari lidah hanya kerana Allah.
Banyaknya penipuan dilakukan oleh orang melayu hari ini maka mereka yang terlibat dalam urusan penerima derma,badan waqaf seperti waqaf quran,waqaf harta terus terjejas  kerana fikiran telah diracun oleh mereka berhati syaitan dengan tipu terus menipu.
Ramai orang menyarankan kita sebagai penyumbang atau penerima khidmat supaya berserah kepada Allah akibat atau menerima risiko apabila wang dipoket telah diperuntukan dan diserah kepada mereka selanjutnya menganggap dosa menipu manusia hanya diantara individu dengan Allah.

Di negara ini penipuan,rasuah penggubahan wang haram,penyelewengan kuasa dan tidak amanah telah menjadi satu profession golongan cendiakawan,bijak pandai akademik,bijak pandai agama mencari sumber lebihan rezeki.

Matlamat menghalalkan cara telah menjadi perinsip orang melayu yang mengaku islam untuk mencapai impian hidup mewah. Tindakan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, mencampak keluar dari helikopter terhadap pegawai kerajaan  yang terlibat dengan jenayah rasuah,merompak serta menipu, sepatutnya di praktik di negara ini.

Jenayah cari rezeki secara haram ini apabila tidak ada sanggahan,yang membantah,menentang, seterusnya melaporkan kepada pehak berkuasa, maka akan berterusan berlaku seperti penipuan di Terengganu,rasuah beratus juta di Sabah,rasuah pegawai DBKL,rasuah Bank Rakyat dan rasuah terbesar negara 2.6 bilion.

Apakah cukup sekadar kita berserah dengan ayat ini “ kalau kau ada peluang tentu tidak lepas peluang”, dan “biarlah Allah yang menentukan hukumannya”.

NGO yang berlabelkan agama islam atau nama ke Arab-an kebanyakan menerima sumbangan dari syarikat dan orang ramai hari ini telah mula diragui aktivitinya dan menyapa keyakinan penyumbang kerana satu atau dua orang ‘punya pasal’ justeru itu NGO yang lain menerima tempias.

Orang Melayu yang dinasihati dan di temani beribu-ribu ustaz agama islam dan menonton melambaknya ceramah agama TV dan tidak kurang program kuliah masjid masih tidak mampu menggugat iman manusia melayu mencari kekayaan dengan menipu, rasuah dan tidak amanah.

Rakyat hari ini perlu dihidangkan undang-undang yang  di anggap kejam terhadap mereka yang mencuri wang orang ramai tanpa senjata ini  kerana mereka yang menyamun secara ini lebih lumayan dan orang ramai serta pehak berkuasa kurang peduli kerana tidak melibatkan keselamatan fizikal orang lain dan juga mereka yang berkuasa turut serta aktiviti ini.

Rakyat mesti turut berfikiran positif bagaimana hendak  menyumbang kearah membersihkan mereka yang mencuri dengan menipu dan rasuah ini hanya dengan satu cara mencampakkan yang terlibat menyokong dan mengetuai urus tadbir negara ke muzium sejarah dan mencipta sejarah baru yang lebih baik dari yang di ketepikan.

Kesatuan rakyat selama ini perlu ubah bahawa mereka yang berada dalam jemaah pentadbiran hari ini sebelum menjadi lebih buruk, lebih baik diberi berehat sekurang-kurangnya 5  tahun, di luar pagar melihat dengan mata pengurusan baru menyelia negara ini.  

Sekiranya pengurusan baru gagal melaksanakan tanggungjawab dalam tempoh tersebut maka rakyat sekali lagi meneruskan peranannya pilihan yang baru kerana dalam tempoh sesingkat itu mereka yang berkuasa tidak mampu melingkupkan negara,berbanding dengan yang berkuasa lebih 60 tahun .

Bukan masanya kita menggelengkan kepala mengatakan “tidak boleh “ dek kerana melihat negara Timur Tengah  masih tidak berjumpa aman.Negara Timur Tengah mengulang semula sejarahnya semasa penentangan perkembangan islam.

Fakta ini yang telah di imbau oleh orang kerajaan yang memerintah 59 tahun ini untuk tatapan orang melayu supaya mengekalkan apa yang ada. 

Malaysia punyai sejarah tersendiri yang rakyatnya sentiasa perlu keamanan terutama bangsa melayu,Cina dan India yang telah merasa serik dengan peristiwa 13 Mei.  Mereka juga telah mempunyai keluarga, harta kekayaan yang perlu di pertahankan. 

Perubahan kerajaan tidak akan menjadi penyebab berlakunya perang saudara seperti negara Syria,Iraq dan Yaman, kecuali sikap terkejut dan tidak menerima kenyataan pilihan rakyat oleh orang kerajaan yang memerintah lebih 59 tahun.

Contoh terbaik hari ini berlakunya individu yang tidak puas hati  pengurusan bekalan air  kerajaan negeri Selangor. Mengadakan tunjuk emej nak mandi merayau-merayau mencari bekalan air.Pada hal masalah bekalan air ini berlaku sahaja pada negeri-negeri lain dibawah pentadbiran parti poltik pegangannya.

Sikap ini adalah rentetan atau untaian  tidak puashati pemilihan rakyat terhadap kerajaan Selangor iaitu selain kerajaan yang memerintah sebelum ini. Individu seperti gangster inilah yang memungkinkan mengacau kerajaan lain selain kerajaan sedia ada seterusnya menimbulkan huru-hara.

No comments:

Post a Comment