Sudah banyak realiti akan
lahir persepsi. Terutama persepsi negatif . Individu yang mengolah persepsi negatif, telah pakar
perkara-perkara realiti, yang berlaku dihadapan
mata mereka. Bagaimana dengan persepsi tidak
percayakan ketelusan SPR dan kerajaan BN
berkaitan memenangi pilihanraya dengan menganugerahkan kad pengenalan kepada
warganegara asing di Sabah .
Tanggapan ini telah sebati dengan
rakyat yang prihatin sebanyak 50.87%
pengundi terhadap perangai buruk
kerajaan BN. Walaupun mereka yang terlibat menafikan pemberian I/C
mempengaruhi yang termakan budi terus
menundi BN.
Apakah salahkah rakyat yang beranggapan perkara seumpama ini akan berlaku lagi,
apabila BN memenangi pilihanraya selepas kalah sesuatu kawasan sebelum ini. Menggunakan kata kunci untuk - kekayaan/berjaya /menang” tidak
menipu tidak sah”.
Persepsi lebih buruk lagi terhadap pilihanraya di negara ini,ialah dengan beranggapan kemenangan BN selama 12 pilihanraya adalah dengan
cara menipu melalui pemberian kad pengenalan percuma kepada warganegara asing.Sememangnya
salah menganggap yang hitam manis itu
pengundi hantu –yang dipertikaikan kerana anugerah “my
kad”.
Usaha Najib hendak mengubah
persepsi ini tidak akan berjaya selagi
tidak terbentuknya kerajaan lain selain BN.
Masih berkisar persepsi buruk terhadap sistem pilihanraya, adalah berkaitan
SPR membantu memenangkan BN selepas persempadanan
semula kawasan pilihanraya .Perkara ini satu realiti bedasarkan beberapa siri pilihanraya sebelum
ini, terutama BN keseluruhannya merosot atau calon BN hampir
tewas.Persempadanan semula akan memulihkan
sokongan kepada BN atau calon BN. Sokongan terhadap Najib diantara yang terlibat proses persempadan
semula dilakukan. Menurut fakta SPR, persempadanan semula dilakukan pada 1958,
1974(4), 1984(6), 1994(9) dan 2003, kesemua menguntungkan BN.
Najib tidak boleh hanya berusaha mengatasi persepsi
negatif terhadap sistem pilihanraya,sebaliknya banyak lagi tanggapan buruk terhadap perangai kerajaan dan institusi-institusinya
menguruskan negara ini terutama berkaitan ,rasuah,salahguna kuasa.
Tidak cukup dengan memutarkan
propaganda cegah rasuah berulang kali melalui tv sedangkan realitinya rasuah di kalangan
mereka dalam kerajaan bagai berurusan
dengan pasar borong. Sehingga apa yang dilakukan oleh kerajaan di perlecehkan dan sentiasa dipertikai.
Pelaku rasuah memanipulasi berkaitan
risiko undang-undang,kerosakan fizikal
pemberi maklumat yang seterusnya melahirkan
keengganan melaporkan kepada pehak
berkuasa rasuah.Persepsi rasuah menjadi hal harian kebiasaan,yang memenuhi kehidupan
di negara ini bagi menyelesaikan urusan.Rasuah telah menjadi “alah bisa tegal biasa”.Dari sebesar kuali menjadi sebesar kawah.
No comments:
Post a Comment