PANDANGAN
Tujuan tersembunyi menggunakan
kalimah Allah dalam bible versi melayu menyebar dan mengembangkan agama
tersebut di semenanjung kepada bangsa melayu
khasnya dan bangsa lain amnya kerana kejayaan mengembangkannya telah berlaku di
sabah dan sarawak.
Sikap terlalu bersungguh-sungguh
hendak menggunakan kalimah Allah menjadi tanda tanya bahawa sebelum ini tidak
perduli apa perkataan bagi menggantikan kalimah tersebut. Nyata pengikut agama
ini mengambil kesempatan dalam keadaan
perpaduan orang melayu pada tahap
paling lemah.
Mereka tahu ketika ini
pemimpin-pemimpin melayu yang sedang nyawa-nyawa ikan dalam sokongan politik
membolehkan keturunan agama ini apa sahaja di minta akan terus di tunaikan.Ketika ini
sikap jual mahal satu undi akan terus dipertahankan dengan ugutan tersembunyi.
Dasar golongan minoriti tidak
dipinggirkan menyebabkan Masyarakat Sikh pun membuat ugutan akan melanggar perlembagaan kiranya mengharamkan
kalimah Allah digunakan oleh bukan islam.Sedih apa yang telah terjadi dengan tolenransi.Masyarakat
melayu telah aib bersama perlembagaan yang di ciptanya semasa hendak merdeka.
Pelbagai alasan dan rujukan bagi
mempertahankan penggunaan kalimah ini, termasuk berlandaskan pelembagaan
negara.Masyarakat yang cacing sudah naik ke mata ini
yang dulunya api sebatang mancis telah mula
cuba membakar sebuah rumah.Beri secubit hendak
segenggam,beri betis peha ditunjuknya,dan
melayan belanda hendak tanah.
Melayu sememangnya tidak pernah
serik dan tidak pernah sedar bahwa api
kecil jadi kawan ,besar jadi lawan.Peristiwa terlepasnya singapura
dari dunia melayu masih tidak menjadi pengajaran kepada bangsa melayu.
Penghuni di Malaysia ini yang dahulunya mengaku warganegara kelas 2 sudah menjadi warga
negara kelas 1. Perlembagaan diguna pakai yang dicipta 55 tahun lalu, sudah mula
dipertikaikan , selalu sahaja api padam
puntung berasap,kerana ada lompang-lompang yang boleh diputar belitkan oleh
mereka yang dulu tunduk sekarang sudah mendongak.sehinggakan orang islam tidak lagi boleh
mengawal agamanya melalui majlis fatwa.
Tiada lagi perpaduan melayu - melayu telah menjadi minoriti dalam kekuatan
politik akibat perpecahan yang terlalu kerap dizaman pemerintahan perdana
menteri yang ke 4.Ketika itu berlaku beberapa kali pemecatan mereka telah merentap
perpaduan melayu melalui mereka
yang berpengaruh .Hari ini melayu dalam
kelemahan yang diambil kesempatan oleh
mereka, bagi menuntut apa sahaja yang berasaskan hak seorang warganegara
malaysia.
Satu demi satu perkara-perkara
yang tidak biasa telah menjadi bisa mendenyutkan.Satu demi satu duri telah melahirkan nanah dalam daging ,terlalu susah hendak dikawal kesakitannya.Kita percaya
kiranya melayu meneruskan sikap mabuk
hendak berkuasa, tidak mustahil
melayu bagai di asak diatas papan anjal yang sehingga kehilangan
ruang ,berkesudahan terpaksa terjun.
Sampai masanya melayu perlu
mencampakkan idealogi,pedulikan populariti politik dan jaga aqidah yang ada
pada penghayatan kalimah “Allah”.Tumpukan nilai penggunaannya yang
tidak pernah dipertikaikan atau dijadikan gunasama dengan agama lain dari
tahun sebelum merdeka hingga pilihanraya ke 12.
Menjelang pilihanraya ke 13 ini
pelbagai tuntutan gila terhadap orang melayu yang menguji kesabaran hendak
mengepal pasir kering.
Perlu beringat selalu, jangan percaya
tangan kiri, luka tangan kanan oleh
tangan kiri.
Perkataan Allah perlu dilihat
penggunaannya dalam konteks negara Malaysia bukan merujuk penggunaannya kepada
negara,buku atau kitab lain di dunia.
No comments:
Post a Comment