Monday, December 31, 2012

Cacing dah naik ke mata

PANDANGAN

Tujuan tersembunyi menggunakan kalimah Allah dalam bible versi melayu menyebar dan mengembangkan agama  tersebut  di semenanjung kepada bangsa melayu khasnya dan bangsa lain amnya kerana kejayaan mengembangkannya telah berlaku di sabah dan sarawak.


Sikap terlalu bersungguh-sungguh hendak menggunakan kalimah Allah menjadi tanda tanya bahawa sebelum ini tidak perduli apa perkataan bagi menggantikan kalimah tersebut. Nyata pengikut agama ini mengambil kesempatan dalam keadaan  perpaduan orang melayu pada tahap  paling lemah. 


Mereka tahu ketika ini pemimpin-pemimpin melayu yang sedang nyawa-nyawa ikan dalam sokongan politik membolehkan keturunan agama ini apa sahaja  di minta akan terus di tunaikan.Ketika ini sikap jual mahal satu undi akan terus dipertahankan dengan ugutan tersembunyi.


Dasar golongan minoriti tidak dipinggirkan menyebabkan Masyarakat Sikh pun membuat ugutan akan melanggar perlembagaan kiranya mengharamkan kalimah Allah digunakan oleh bukan islam.Sedih apa yang telah terjadi dengan tolenransi.Masyarakat melayu telah aib bersama perlembagaan yang di ciptanya semasa hendak merdeka.


Pelbagai alasan dan rujukan bagi mempertahankan penggunaan kalimah ini, termasuk berlandaskan pelembagaan negara.Masyarakat yang cacing sudah naik ke mata ini yang dulunya api sebatang mancis telah mula  cuba membakar sebuah rumah.Beri secubit hendak segenggam,beri betis peha ditunjuknya,dan melayan belanda hendak tanah.


Melayu sememangnya tidak pernah serik dan  tidak pernah sedar  bahwa  api kecil jadi kawan ,besar jadi lawan.Peristiwa terlepasnya singapura dari dunia melayu masih tidak menjadi pengajaran kepada bangsa melayu.


Penghuni di Malaysia ini yang dahulunya mengaku  warganegara kelas 2 sudah menjadi warga negara kelas 1. Perlembagaan diguna pakai yang dicipta 55 tahun lalu, sudah mula dipertikaikan , selalu sahaja api padam puntung berasap,kerana ada lompang-lompang yang boleh diputar belitkan oleh mereka yang dulu tunduk sekarang sudah mendongak.sehinggakan orang islam tidak lagi boleh mengawal agamanya melalui majlis fatwa.


Tiada lagi perpaduan melayu  - melayu telah menjadi minoriti dalam kekuatan politik akibat perpecahan yang terlalu kerap dizaman pemerintahan perdana menteri yang ke 4.Ketika itu berlaku beberapa kali pemecatan mereka telah merentap perpaduan melayu melalui  mereka yang  berpengaruh .Hari ini melayu dalam kelemahan yang diambil kesempatan  oleh mereka,  bagi menuntut apa sahaja yang berasaskan hak seorang  warganegara  malaysia.


Satu demi satu perkara-perkara yang tidak biasa telah menjadi bisa mendenyutkan.Satu demi satu duri telah melahirkan nanah dalam daging ,terlalu susah hendak dikawal kesakitannya.Kita percaya kiranya melayu meneruskan sikap mabuk hendak  berkuasa, tidak mustahil melayu bagai di asak diatas papan anjal yang sehingga kehilangan ruang ,berkesudahan terpaksa terjun.


Sampai masanya melayu perlu mencampakkan idealogi,pedulikan populariti politik dan jaga aqidah yang ada pada penghayatan kalimah “Allah”.Tumpukan nilai penggunaannya yang tidak pernah dipertikaikan atau dijadikan  gunasama dengan agama lain dari tahun sebelum merdeka hingga pilihanraya ke 12.


Menjelang pilihanraya ke 13 ini pelbagai tuntutan gila terhadap orang melayu yang menguji kesabaran hendak mengepal pasir kering. Perlu beringat selalu, jangan percaya tangan kiri, luka tangan kanan oleh tangan kiri.


Perkataan Allah perlu dilihat penggunaannya dalam konteks negara Malaysia bukan merujuk penggunaannya kepada negara,buku atau kitab  lain di dunia.

No comments:

Post a Comment