Belum
ada dalam hikayat moden Malaysia dan
sejarah dunia sejak May 1965,negaraku mengatasi kehebatan bekas
negara Temasik seberang
tambak ,dalam segala serba-serbi bidang kehidupan.
Mengikut data, dari
mulut,dan kajian ahli –ahli profesional
ekonomi , dan profesional pentadbiran dan pelbagai manikam bidang masing-masing yang dikeluarkan, negara ini rasanya
tidaklah sampai bagitu terbelakang dari negara singa tersebut.
Sikap "masuk bakul angkat sendiri" pentadbiran
negara Malaysia yang selalu membanding-bandingkan dengan negara luar kemajuannya, tidak pernah
atau takut hendak membuat perbandingan dengan Singapura.
Yang sering kita dengar /lihat perbandingan apabila
hendak mengesahkan kenaikan harga minyak dan harga barang.
Bilakah Malaysia
mengatasi singapura perkara-perkara
berikut:-
Perkara
|
Malaysia
|
Singapura
|
||
Corruption Perceptions Index 2012(Rasuah) |
54
|
5
|
||
Doing
Business 2013(mudah berurusniaga)
|
12
|
4
|
||
World
Competitiveness Yearbook 2012(Berdaya Saing)
|
14
|
1
|
||
Negara terbaik
|
36
|
6
|
||
Universiti -National University of Singapore
|
Tiada dalam 400 senarai “rangking”
|
29
|
||
Tiada dalam 400 senarai “rangking”
|
86
|
Walaupun
kita disuruh bersyukur apa yang ada dan terjadi, tetapi sikap iri hati terhadap
kemajuan dan kelebihan negara jiran perlu juga kita muhasabah diri, kerana kita
sepatutnya melebihi negara jiran, kerana negara kita mempunyai kelebihan apa
yang negara kita ada, berbanding yang mereka ada.
Menjelang
pilihanraya ke 13 ini sikap memuji diri sendiri dengan apa yang ada selama 55
tahun memerintah,kadangkala meloyakan perasaan, terutama melihat pencapaian
negara lain yang hampir dengan kita cuma berlaku 47 tahun perpisahan.
Keadaan
ini tidak termasuk di aibkan oleh singapura dengan perjanjian air - dibelinya 3
sen jual 50 sen.Kebodohan pemimpin yang tidak berfikiran jauh ini ditambah bodoh
lagi dengan jatuhnya tanah Batu Putih ke tangan negara sekangkang kera itu.
Kelebihan
singapura ini akan berterusan sehingga satu hari berkemungkinan menguasa
Malaysia kerana ketika ini ramai rakyatnya telah melabur hartatanah di Malaysia
kerana rakyat Malaysia tidak berkemampuan membeli rumah atau bangunan mampu
milik.
No comments:
Post a Comment