Wednesday, June 6, 2018

Jangan jadikan Manifesto sebagai bual kosong






Hari ini betapa bahagianya aku sebagai rakyat biasa yang tidak pernah terlibat  sebagai ahli politik sebagai perompak, sebagai  pembunuh, sebagai pemimpin rasuah, sebagai perogol ,kerana betapa takutnya aku melihat dan mendengar ramai di siasat rumah di geledah,duit di rampas  dan seterusnya ,memakai baju warna oren dan tangan di gari.

Lagi aku bahagia apabila sudah beransur-ansur tahu pelbagai  masalah yang selama ini dikurung oleh kerajaan lalu dalam bilik kebal  telah  terbuka dan terpapar diruang tamu dewan orang ramai. Aku tidak menggeleng kepala kerana :

“biasalah kalau sudah merompak dan menyamun banyak duit tersimpan tidak sempat nak campak mana atau hendak bank in ke bank”.

“biasalah yang merompak dan menyamun tidak mengaku duit itu adalah duit yang curi melainkan duit sumber lain di simpan di rumahnya”.

TETAPI.

Hari ini sudah 06hb.June 2018 dan sudah 26 hari kerajaan baru terbentuk .Tidak nampak apa yang baru.Mengungkai  gerobok,beg dan fail-fail bukan sesuatu yang baru.Yang ditunggu adalah asingkan atau campakkan fail lama ganti yang baru .

Yang di janjikan masih di awang-awang. SST menggantikan GST sudah ada yang menerawang dan membuat kesimpulan harga barang tidak banyak berubah.

GST gagal kawal harga kerana SST 10% terkena dan GST 6% terkena.GST sahaja hanya 6%.GST berjaya sekiranya dalam masa yang sama tidak di kenakan SST.

Katanya GST di tamatkan hari ini.Aku belum pasti harga barang selepas ini. Yang kita tengok beberapa orang manusia memuji harga barang sudah turun melalui televisyen .Biasalah nak keluar TV mesti memuji. 

Andainya tidak banyak perubahan maka kerajaan baru menghadapi satu cabaran harga barang selama 5 tahun yang memungkinkan menerima nasib yang sama dengan kerajaan Barisan Nasional.

Pembohongan   kepada rakyat hampir  berlaku berkaitan harga minyak sudah lebih 20 hari tidak turun-turun.Harga peninggalan Barisan Nasional masih di guna-pakai.Keadaan ini tidak semestinya tunggu 100 hari.

Sudah mula pelbagai alasan pehak kerajaan tidak dapat menunaikan janji 100 harinya.Kita kasihan melihat keadaan  kerajaan yang hampir bangkrap negara ini angkara oleh kerajaan yang lalu.Namun bukan satu alasan untuk tidak menunaikan janji. 

Kerajaan yang baru ini tentunya terdiri  dari mereka yang telah profesional  dengan pengalaman, sebagaimana pengalaman Perdana Menterinya. Pemulihan selama 100 hari tentu mudah bagi mereka. Kita tidak mahu melihat ada lagi debu dan bau yang di tinggalkan kerajaan Barisan Nasional.

Rakyat tidak berminat mendengar kesukaran kerajaan semasa hasil kerja  kerajaan yang lalu. Dalam pengetahuan rakyat tindakan kerajaan lalu yang mengamalkan kleptokrasi maka itulah satu sebab Barisan Nasional di tolak.Tidak perlu keluh kesah - berusaha menunaikan janji sebelum 100 hari.

Satu kesilapan besar dan menjejaskan imej kerajaan baru sekiranya tidak tertunai apa yang dijanjikan.Walaupun tempoh masa 5 tahun masih lama lagi, tetapi borak besar sebelum pilihanraya wakil rakyat PAKATAN HARAPAN perlu di kotakan.

No comments:

Post a Comment