Rakyat Malaysia tidak buntang
mata BN menang besar pilihanraya
negeri Sarawak .Menang kesemua kerusi
pun orang tidak hairan kerana cara pilihanraya itu diadakan terutama di benak
fikiran rakyat semenanjung.
Hanya pemimpin BN putrajaya yang
mengharapkan pilihanraya parliman akan
datang memenangi semua kerusi yang di
pertandingkan di Sarawak kerana sebagai penyambung tali hayat kepimpinannya.
Sekarang ini telah menang lebih
2/3 kerusi. Boleh lah pemimipin
–pemimpinnya mengubal undang –undang bahawa Sarawak hanya di perintah oleh BN
sahaja dan tidak memerlukan pilihanraya di masa akan datang .
Setiap kali pilihanraya, tidak
kira negeri atau negara banyak mengatakan rakyat menunaikan
tanggungjawab demokrasi. Pada hal
kerajaan negeri dan negara menggunakan
pendekatan’ demokrasi kepala berak’.
Berapa ramai pemimipin dari
semenanjung tidak diberi peluang ke Sarawak untuk membantu berkempen
dengan pelbagai alasan keselamatan.Belum
sempat mereka berada di medan ceramah
,di lapangan terbang lagi, sudah di halau balik ke Kuala Lumpur.
Mereka yang di hantar ke Sarawak
merupakan pakar simpati dan personality terbilang, yang boleh menggugat
peralihan undi dari satu parti biasa kepada parti tidak biasa. Adnan Satin
sebagai jurutera perancangan Sarawak
maklum kehebatan mereka ini, telah menggunakan hak kerajaan Sarawak
menyekat lebih awal sebelum mereka berpidato .
Itulah nilai ‘demokrasi lubang taik’yang di
perkenalkan di Sarawak yang bertujuan
memenangi kesemua 82 kerusi DUN itu.
Tidak menakjubkan keputusan 72 kerusi itu yang modalnya mungkin lebih dari derma
RM2.6 bilion. Sembilan kerusi yang dimenangi oleh parti lain adalah di undi
oleh mereka yang bijak menilai demokrasi.
Najib dan gengnya yang berada
lebih seminggu di Sarawak dan media kerajaan yang tidak memberi satu baris ruang kertas, untuk parti selain BN merupakan ‘kahak demokrasi ‘yang di persembahkan
kepada rakyat jelata.
Ada pemimpin karat biru telah
menyatakan bahawa kempen anti Najib yang dilancarkan telah memakan diri dengan
melihat apa yang telah berlaku di
Sarawak 42 kerusi di perlukan sebaliknya cemerlang dengan 72 kerusi.
Seperti apa yang perlu diperkatakan bahawa Sarawak
mengadakan pilihanraya atau pun tidak
mereka di semenanjung tidak peduli kerana undang-undang politik di negeri tersebut
tidak memerlukan kedatangan orang
semenanjung. Mereka boleh sahaja menguruskan sendiri. Lihat sahaja 13 perkara
penurunan kuasa yang dituntut oleh Adenan Satem bagi pehak kerajaan Sarawak.
Kita maklum orang semenanjung di
anggap betindak sebagai penjajahan dan suka mengkucar-kacir atau memecah-belahkan
perpaduan pelbagai suku kaum di negeri tersebut. Dasar pintu tertutup terhadap pemimpin
politik dari semenanjung merupakan kesinambungan UMNO dilarang membuka cawangan
di Sarawak.Satu masa nanti mungkin semua manusia dari semenanjung di larang masuk.
No comments:
Post a Comment