Meletak jawatan secara sukarela
bukan pengecut, tetapi sebagai jurulatih bertanggungjawab terhadap kekalahan dan
kemenangan sesuatu pasukan.Kekalahan yang memalukan negara Malaysia dalam
perlawanan bolasepak 0-6 kepada Palestin menunjukkan jurulatih dan pemain dalam
kategori tongong dalam bolasepak.Malaysia aib di gelanggang sendiri.
Semasa bola sepak Malaysia dalam
era amatur dan liga negeri-negeri kita
banyak dan boleh memenangi peringkat asia serta terpilih ke Olimpik 1968 dan
1980, tempat ketiga sukan asia 1972 dan 1974. Kali ini bola sepak Malaysia
telah masuk 22 tahun dalam era professional, rangking terus jatuh ke tempat 166
dunia. Kini di aibkan pula oleh pasukan yang negaranya huruhara. Apa hendak di
jenamakan kelasnya pasukan negara.
Dalam keadaan pasukan yang
terambang-ambing jurulatih merupakan punca anak buahnya menjadi pasukan yang
tidak reti bermain.Semangat yang cepat luntur seolah –olah tidak kisah untuk
berkhidmat kepada negara, kerana berkhidmat untuk kelab lebih menguntungkan.
Sikap pemain tidak menunjukkan
kesungguhan bermain untuk pasukan negara adalah disebabkan adanya kelab yang
menanti dan menawarkan bayaran lumayan
maka tidak kisah mereka tidak terpilih sebagai pemain kebangsaan.
Apa yang berlaku ketika jaringan
6 gol dilakukan oleh Palestin, kita kesal kerana tidak nampak sedikit pun tentangan atau halangan dari pemain bahagian pertahanan Malaysia. Pemain hanya mampu melopong dengan mimik muka
kesal sambil menepuk dahi..Inilah bukti tidak ada nilainya satu pasukan.
Contohi jurulatih kelab-kelab
profesional luar negara sanggup meninggalkan kelab yang dilatihnya kiranya prestasi pasukan bimbingannya merosot ,walaupun
pendapatan untuk jawatan tersebut berjuta dollar.
Mereka mementingkan moral atau
harga diri sebagai seorang jurulatih profesional bola sepak. Jurulatih pasukan Malaysia dan jurulatih kelab-kelab
di Malaysia tidak sanggup berbuat demikian,kerana kepentingan cari makan. Sedikit
pun tidak ada kekesalan dan malu kepada peminat atau rakyat Malaysia malahan
masih mampu tersenyum membuat kenyataan akhbar.Di jolok tidak gugur di tebang
tak rebah.
Peranan jurulatih merupakan salah
satu faktor kemerosotan pasukan negara yang kini kehausan ke peringkat antarabangsa
ke kedudukan 100 kebawah sebagaimana pada tahun 1993,Malaysia di tempat ke 75.
Oleh kerana jurulatih dan pemain
tidak mahu bertanggungjawab terhadap kekalahan lebih banyak dari kemenangan,
maka sebaik-baiknya pengurusan persatuan bola sepak meneliti dan bertindak
menyingkirkan jurulatih dan pemain tanpa menunggu mereka bersikap sukarela
berundur.
Malaysia perlu mengorak langkah baru, dengan
tidak memilih jurulatih yang telah di kategorikan recycle berulangkali dek kerana adanya pasukan
yang dilatihnya membawa kemenangan maka dipilih melatih pasukan kebangsaan.
Mewujudkan pasukan khas
kebangsaan yang pemain-pemainnya tidak terlibat dengan pasukan kelab tempatan
yang bergaji akan melahirkan kesetiaan kepada satu pasukan iaitu pasukan
negara sahaja.Pemain pasukan negara
perlu diberi imbuhan bulanan berdasarkan apa yang ditawarkan oleh kelab
tempatan.
Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) perlu memiliki presiden dan krunya yang bertanggungjawab terhadap
kemerosotan bola sepak sebagaimana jurulatih dan pemain perlu undur atau
diundurkan.Gelaran Harimau Malaya atau Gajah Malaya tidak bernilai kiranya pasukan sering di aibkan oleh skuad lawan.
No comments:
Post a Comment