Agaknya media yang layak- pada pandangan Rani Kulup (NGO) kiranya menjadi hakim penilai anugerah media
sosial.tentu media Utusan Malaysia online,Berita Harian online atau blog-blog
yang yang memuji dan memuja UMNO , serta pemimpin dan isterinya.
Mengikut rungutan dan rasa tidak puashati terhadap media Malaysiakini,
NGO UMNO itu, yang juga penyokong tegar berita mendewa-dewakan UMNO , mendakwa bahawa portal tersebut,banyak memainkan
isu dengan memutarkan berita dan menaikkan isu perkauman..
Sedia maklum media yang sering kena saman dalam negara ini adalah media yang condong kepada UMNO. Diantara sebab
di saman oleh individu atau kumpulan tertentu, sudah pasti kerana menyiarkan atau memutarbelitkan berita.Cuma
yang berbeza media mereka dilindungi dan melindungi pemimpin, maka tidak ada
tindakan dapat dilakukan terhadap media sosial mereka .
Mempertikaikan kebebasan
jawatan kuasa pemilihan dengan memberi kemenangan kepada media yang disukainya itulah
erti kebebasan.Menyampaikan hadiah tidak menentukan siapa dan dari pehak
mana,itu pun satu kebebasan.
Tidak berpuashati dengan
pemilihan media yang terpilih,eloklah pehak NGO tajaan UMNO dan kerajaan memilih dikalangan
media mereka sendiri .
Media cemerlang bukan
media fitnah dan memihak seseorang atau komuniti manusia yang membodek dan
berkepentingan dalam mencari habuan dunia. Individu dalam NGO, kita semua tahu ada lurah
disebalik bukit sebaiknya berundur dari memimpin.
Jangan contohi seseorang
yang telah dilantik duta atau senator selepas memijak kepala orang lain atau mengeluarkan pelbagai
cakap fitnah sebagai sumber sijil . Apakah ini matlamat individu NGO yang lantang bersuara sumbang membodek, yang kadangkala terasa loyo tekak dan geli - ghoman .
Malaysiakini, kadang kala ada maklumat yang saya kira pahit untuk di baca kerana mengadungi bahan yang tidak selari dengan nada kita, tetapi kebebasan medianya masih terpelihara ,ada timbangtara antara semua manusia yang ada pelbagai fahaman.
Otak kalau sudah dijumudkan
menganggap orang yang sebelah kita tidak boleh mengiktiraf orang berlawanan
pandangan. Walaupun sesuatu perkara orang lain itu betul. Allah menjadikan manusia bukan sama bentuk, dan sama otak.Kita hanya satu pendapat kiranya warna sesuatu corak tetapi berbeza cita rasa sedap, sesuatu makanan tetapi boleh menikmati bersama kesedapan makanan itu.
Lebih dahsyat sikap NGO membodek,
dengan membela dan memuja orang tertentu, yang masih kurang atau tidak ada
sumbangannya kepada negara dan rakyat, cuma bertaraf isteri seseorang pemimpin
yang nampak hebat, kerana diberi kesempatan menjalankan aktiviti negara, dengan
wang dana negara, serta pelbagai kemudahan.Unkapan bahasa Demi rakyat itulah modalnya.
Tidak mengakui kredibiliti seseorang atau kumpulan
orang lain kerana sikap katak dibawah tempurung yang hanya berpadangan sekitar
kelompoknya.Manusia seperti ini hanya boleh berjaya hidup seorang diri dalam kumpulan dalam hutan yang tidak ada makhluk manusia lain.
Manusia yang mengetuai
NGO ini masih tidak berpegang kepada alam nyata
pemimpinnya masih zaman kisah ‘singapura
dilanggar todak” yang menganggap usia seiring dengan pengalaman. tidak mengambil pengajaran idea
Hang Nadim,berumur 7 tahun memembezakan titah bodoh manusia yang berusia setengah abad.
No comments:
Post a Comment