Isu Kalimah ALLAH segolongan orang melayu islam masih tidak mengambil kira aqidah umat melayu beberapa
generasi akan datang. Mereka masih memikirkan pengawalan penggunaannya pada
masakini iaitu masa pemimpin politik yang telah berusia 45 tahun ke atas.
Tentunya mereka yang membenarkan
kalimah itu digunakan mempunyai kepentingan politik untuk meraih undi. Mereka
yang bukan beragama islam telah nampak cerah akan di tunaikan satu tuntutan
mereka terhadap pemimpin-pemimpin politik
yang berjiwa besar untuk memenangi piihanraya ke 13.
Membenarkan kalimah itu digunakan
oleh bukan islam bererti membenarkan perkataan tersebut digunakan sewenang-sewenangnya bagi tujuan baik atau
penghinaan.Bila masanya umat islam Malaysia akan mengawasi serta mempastikan penggunaannya
untuk atau sebagai pengganti kata-kata tertentu dalam bible versi bahasa Malaysia.
Tidak perlu pelbagai alasan untuk
membenarkan penggunaannya dengan merujuk sheikh sana
–Sheikh sini untuk menghalalkan .Apakah rujukan itu adakah lebih baik daripada rujukan kepada sahabat
–sahabat nabi s.a.w kalifah yang empat.
Sekiranya satu masa nanti anak cucu-cicit
kita akan melihat atau terlihat orang bukan islam berdoa atau beribadat secara
mereka sendiri, dengan menyebut nama ALLAH,sudah pasti terlintas dalam kepala
mereka semua agama adalah sama. Bagaimana ketika itu anak tadi akan
berminat menganut agama tersebut, Lebih-lebih lagi kiranya anak
tadi akan melihat kemewahan yang ada pada penganut yang dilihatnya ,dengan
membandingkan apa yang ada pada ibu mereka yang juga menyebut ALLAH.
Situasi seterusnya kiranya anak anda atau orang
melayu terlihat pengikut agama lain sambil menyembah patung-patung dengan fasih menyebut ALLAH sambil mengangkat dan menyebut “ ya ALLAH kau berilah aku satu nombor untuk tambah pendapatan” dalam bahasa melayu. Kebetulan
esok atau beberapa hari kemudian penyembah patung itu memenangi nombor judi
berkenaan berpuluh atau beratus ribu ringgit. Perkara ini sampai ke pengetahuan
anak melayu yang melihat upacara penyembahan tadi. Maka sudah pasti sedikit sebanyak
akan tergugat imannya untuk melakukan perkara yang sama.
Ketika
ini orang melayu yang mengaku islam banyak
terlibat dengan masalah sosial, seperti terlibat menagih dadah,membunuh,merogol,
berzina, merompak.Sudah tentu mereka ini mempunyai ketipisan iman maka kiranya
keliling mereka di diami dengan penganut atau pengikut pelbagai agama sering
menyebut nama ALLAH yang suatu ketika hanya orang islam melayu sahaja,
tetapi hari ini kalimah tersebut sudah kedengaran digunakan oleh mereka yang
bernama ,Robert,Chua dan Ramasamy.
Kita
tidak mahu rakyat Malaysia yang islam akan menjadi penganutnya seperti gambaran
dalam filem-filem hindustan, yang mereka beragama islam boleh mengunjungi dan
beribadat di kuil, tokong atau gereja yang dalam waktu yang sama menyembah
patung-patung atau mengaku jesus anak tuhan.
Tidak
usah kita terus bersekongkol dengan agenda orang yahudi,nasrani dan bukan islam
yang berterusan memesongkan aqidah umat islam disamping bertujuan mengembangkan
agama mereka melalui pelbagai cara dan helah .Rakyat islam malaysia tidak perlu berterusan menunaikan niat ahli bible yang baru hari ini kedengaran menggunakan kalimah ALLAH yang sebelum ini digunakan "TUHAN" mengganti GOD untuk versi melayu.
Hari
ini orang melayu malaysia telah terperangkap dengan agenda yahudi dan agama
lain melalui pemimpinnya yang tidak mengira keburukan lebih banyak dari
kebaikan dengan membenarkan kalimah tersebut di gunakan oleh sesiapa.Kita semua
tahu keburukannya akan memerangkap orang melayu khasnya dan rakyat Malaysia
amnya sehingga akhirat, tetapi kebaikannya hanya dapat di nikmati oleh segelintir pemimpin parti politik sekarang yang berkemungkinan menambah undi
semasa pilihanraya ke 13.
Menjadikan
popular diri dan politik kepada bukan islam sebalik menimbulkan kebencian keresahan kepada orang melayu islam. Peringkat
awal pemimpin yang bertujuan mencari
atau menambah sokongan atau pengaruh terhadap bukan islam sebaliknya akan mengurangkan
sokongan orang islam terhadapnya dan berkemungkinan terjadi ”yang dikepit menikam yang di kandar mengetuk”
Masih
ada masa pemimpin melayu meneruskan fikiran yang berpandangan jauh akan
terjadinya keburukkan yang akan berlaku kiranya mengikut nafsu politik dan
cita-cita diri.Tidak usah di ikuktkan kata hati yang merosak bangsa dan agama
ALLAH. Agama Allah untuk kita didunia dan akhirat yang kekal selama-lamanya.
Jangan memandai-mandai dan menasi tambah dlm agama.Ttg 'ALLAH' cuba dengar penjelasan Dr.MAZA dan bukannya dari Pondok Geting,
ReplyDelete!
cuba dengar ahli ugama berhujah ... jangan pandai dengan teory falsafah dengkel . Dari asal kitab bahasa apa ... apa yang tertulis ...
ReplyDeleteKlu nak ikut Dr MAZA...qunut pun x boleh...doa lepas solat pun x boleh...tahlil pun x boleh....azan jumaat pun sekali jer...so pls...ikut quran...baca surah al ikhlas...sape Allah tu.
ReplyDeleteSekiranya satu masa nanti anak cucu-cicit kita akan melihat atau terlihat orang bukan islam berdoa atau beribadat secara mereka sendiri, dengan menyebut nama ALLAH,sudah pasti terlintas dalam kepala mereka semua agama adalah sama. Bagaimana ketika itu anak tadi akan berminat menganut agama tersebut, Lebih-lebih lagi kiranya anak tadi akan melihat kemewahan yang ada pada penganut yang dilihatnya ,dengan membandingkan apa yang ada pada ibu mereka yang juga menyebut ALLAH.
ReplyDelete