Saturday, January 2, 2021

syaitan kerajaan dengan kartel daging


 



Nasib baik orang islam tidak mati sebaik sahaja makan daging yang tidak halal.Seandainya Allah mematikan umat islam yang makan daging haram,sudah pasti habis maut berjuta umat islam di Malaysia terutama orang melayu.

Saya percaya orang melayu yang melakukan khianat  tidak amanah,melakukan rasuah berkaitan kartel daging import yang bingit diperkatakan hari ini adalah merupakan syaitan kerajaan yang di gaji dan diberi kuasa.

Syaitan kerajaan ini sentiasa melelapkan mata memekakkan telinga ketika taukeh daging menampal sticker halal di kotak daging atau 5 tahun sekali memeriksa stok daging di gudang simpanan  dan boleh jadi juga berpuluh ribu wang di masukkan dalam poket syaitan kerajaan yang berkuasa.

Pastinya tidak ada persepsi yang baik kita lemparkan keatas syaitan kerajaan yang berkuasa kerana rakyat islam telah  lama mentedarah daging haram.

Sesama kita berdoa agar manusia yang mengambil tugas syaitan ini di laknat Allah mendapatkan balasan syurga kerana perkara penipuan yang dilakukan bukan sedikit umat islam terpedaya.

Kita tahu ada ulamak Malaysia ini membela syaitan kerajaan ini dengan melupakan apa yang di lakukan dengan tidak mengungkit-ungkit perbuatan lampau atau yang sudah berlaku itu biarlah berlalu.

Pelbagai jenama kenderaan mewah,rumah bernilai berjuta-juta pasti di tarik oleh Allah satu ketika nanti.hanya doa kita pohonkan.

Saya percaya dibawah ulamak ini syaitan kerajaan  bernaung dan menyembunyikan  perasaan bersalahnya agar tidak di ambil tindakan. Betapa bahayanya kerajaan sekarang sekiranya terlalu ramai ulamak tidak sihat memberi pendapat tidak sihat.

Kepada siapa lagi di negara ini kita menumpahkan kepercayaan kerana golongan yang berkuasa berkaitan agama bab halal dan haram ternyata tidak amanah atau tidak melakukkan tanggungjawab  dengan betul.

Kita percaya semua masalah ini berpunca dari orang melayu yang memiliki perangai memalukan iaitu tidak amanah,rasuah.Bangsa-bangsa lain sanggup memberi rasuah kerana memudahkan urusan .

Hujung tahun 2020 ini merupakan tahun memaparkan sikap makan suap orang melayu dengan tertangkapnya ramai dikalangan mereka sebagai anggota polis,kastam  dan sebagai penguasa pejabat awam

Kita  mudah percaya bahawa seorang anggota kerajaan yang bergaji di bawah RM3000 berupaya membeli kereta mewah lebih RM200 ribu,rumah berniai lebih RM400 ribu,basikal RM45ribu dan keluarga memiiki perhiasan diri dan dalam rumah puluhan ribu ringgit.

Kita tidak menilai nikmat hubungan sek yang ditawarkan oleh taukeh-taukeh daging kerana tidak ada ukuran kemewahan nilai nikmat tersebut untuk di buktikan tetapi nyata barang mewah boleh di bandingkan  dengan pendapatannya.

Ternyata Syaitan kerajaan bertaraf kuli ini, terlepas bebas melaksanakan tugas tidak ada pengawasan daripada pegawai lebih berkuasa atau kedua-dua kuli dan pegawai bersekongkol menyauk wang dari kartel daging sebagai umpan melelap mata menghalalkan yang haram.

Thursday, December 31, 2020

Hai kerajaan pilihan sesama wakil rakyat


kerajaan faham kesusahan rakyat” dialog ini di ulang-ulang kerajaan pengkhianat ditambah lunak lagi demi rakyat kita lakukan apa sahaja.kerajaan ini terbentuk melalui pintu istana bukan pintu belakang.

Megah dengan 111 undi dan kecewanya dengan 108 sokongan yang menetang/tidak bersetuju bajet atau lebih tepat tidak bersetuju dengan pengkhianat.

Itulah yang berlaku di zaman kerajaan pilihan sesama wakil rakyat. Perangai wakil rakyat bangsa melayu terburuk dalam sejarah khianat sesama sendiri. Sejarah keruntuhan kerajaan melayu Melaka  dilahirkan kembali oleh orang melayu  bernama si Kitol yang muncul dengan wajah dan cara khianat berlainan

Kerajaan pilihan rakyat yang tumbang 10 bulan yang lalu telah menjadi kebencian wakil rakyat yang mengkhianat. Waki rakyat kerajaan pilihan rakyat di labelkan celaka, orang politik gila dan pelbagai jenama yang menggambarkan hati busuk mereka.

Itulah realiti hari ini di Malaysia wakil rakyat merupakan jawatan untuk MENCARI MAKAN DAN PLATFORM MERAIH KEMEWAHAN .Lebih untung sekiranya mendapat pendatan tambahan sebagai Perdana Menteri,Timbalan Menteri atau Duta,atau  sebangsat-bangsat jawatan makan tidur ada elaun pengerusi GLC.

Untuk memastikan kerajaan pengkhianat ini berterusan  dalam bajet 2021 telah diperuntukan  lebih RM85 juta  untuk propaganda (JASA)memaparkan secara tidak langsung kebaikan kerajaan dan menterinya serta wakil rakyatnya.

JASA merupakan bajet yang menggambarkan kerajaan pengkhianat  tidak yakin kebolehan diri sendiri yang memerlukan sokongan komunikasi luar .

Rakyat tak mentedarah atau kurang mentedarah  tetapi kerajaan pengkhianat terus memikirkan pelbagai cara dengan bajet JASA bertujuan hendak berkuasa berterusan

Rakyat tidak ada kerja,dibehentikan kerja di sektor swasta, pelancongan, pengangkutan darat,laut dan udara, tak terfikir oleh rakan pengkhianat cara lain selain mengguna dialog yang meluat kita dengar “kerajaan faham kesusahan rakyat”

Pengkhianat dalam kerajaan lalu, berada dalam kerajaan sekarang sentiasa berfikir hendak terus menjadi wakil rakyat.yang dibayangi elaun tidur di GLC .

Seterusnya  berfikir dan cuba mengacau pendapatan kakitangan khidmat awam yang gaji tidak seberapa supaya menyumbang RM10.00 sebulan.

Tidak ada syor Menteri dan gerombolan kabinetnya lebih 70 orang potongan RM1000/sebulan.Tidak bertepatan langsung rakyat di utamakan.

Hari ini melalui media di uar-uarkan ekonomi negara telah mula pulih. Berita yang langsung tidak memberi faedah kepada rakyat biasa,yang punca pendapatan,menorah getah,hasil sawit.sektor pelancongan,pemandu teksi pekerja kilang yang diberhentikan.

Sekarang yang beruntung ialah pekerja kerajaan yang tidak terjejas  menerima gaji dan kenaikan gaji seperti yang dijanjikan walaupun tidak amanah,kurang bertanggungjawab,rasuah serta menipu.