Wednesday, October 28, 2020

Pengkhianat dan syaitan politik tidak berjaya menjadi gila


 


 HIDUP IBARAT KOPI, BIAR PAHIT, TETAP DINIKMATI!: MARAH??Gambar Pek Ekspresi Wajah Kemarahan Lelaki Marah Jadi Marah Menyedut, Pek  Ekspresi Wajah Kemarahan Lelaki, Salah, Tidak Senang PNG dan PSD untuk Muat  turun Percuma

Hari ini ramai syaitan politik, dan pengkhianat mula bergegar telor celah peha masing-masing kerana Anwar Ibrahim mengadap Yang Di Pertuan Agong mempersembahkan hasratnya untuk melamar Jawatan Perdana Menteri,kerana sudah ada sokongan 120 orangAhli parlimen.

Rentetan dari peristiwa itu bertambah gila pengkhianat dan rakan politiknya mendesak agong mengistiharkan darurat. Mungkin kalau raja-raja beremosi seperti pengkhianat sudah pasti langkah zalim itu tertunai.

Malunya seorang Perdana Menteri kerana cadangannya tidak diterima.Terlakar sejarah ilham perdana Menteri di tolak.

Umum tahu tujuan pengisytiharkan darurat akan menyekat kegiatan politik Anwar dengan cita-cita merampas kerajaan. Dilaknati Allah  pengkhianat sekira tujuan utama bukan menangani covid-19.

Kita tahu pengkhianat dan Syaitan politik tidak hairan kehilangan gaji Menteri atau elaun tidor di GLC tetapi maruah mereka akan mula tercemar seandainya Anwar jadi PM.

Saya cukup seronok melihat watak-watak politik yang berupa syaitan akan tersungkur .Seronok bukan kerana Anwar tetapi seronok kain putih yang mereka gunakan akan bertompok-tompok kulat hitam .

Hari ini sudah ada pengkhianat menyumpah dalam media sosialnya dengan perkataan “Sial!!”. Akan bertambah seranahnya apabila Agong Perkenan usaha Anwar.

Kita lihat perkembangan seterusnya beberapa hari akan datang.Jangan bercakap besar ,ketentuan kepada Allah manusia merancang. Aktiviti Rebung tak miang, bemban pula miang sedang berlaku.

Si kitol sedang kepanasan hanya melabelkan Anwar “ ahli politik pembohong dan gila”.Tidak kira apa yang di tafsir oleh si kitol dan syaitan politik terhadap orang lain . Sikap itu hanya sebagai pengubat hati yang kini sedang kemiangan hingga ke hati dan jantungnya.

Penilaian  si pengkhianat dan syaitan politik ini tidak ada sekelumit pun perkara baik dilakukan oleh bekas rakan mereka yang dahulu bersama berkubang, berlumpur.

Wednesday, September 30, 2020

Geng Enam Jahanam masih bebas-kerana undang-undang sarang labah-abah


 

  

Hari ini kita lihat orang politik semua tidak mempunyai aura prihatin .Sebagai rakyat sentiasa mengharapkan kebaikan menimpa mereka sama ada secara sedar atau paksaan.

Orang politik Malaysia  berterusan mengejar lumrah manusia ada satu mahu dua,ada dua mahu tiga,seterusnya mahu keempat dan kelima.

Rakyat menjadi mangsa hipokrit mereka untuk di nobatkan sebagai wakil rakyat.Penipuan memek muka, luahan perasaan ,menjadi taruhan  di depan rakyat bahawa mereka ikhlas.

Lihat sahaja lagak wakil rakyat yang berdepan pilihanraya negeri  Sabah. Hipokrit mereka amat jelas Bercakap berlainan nada satu-satu tempat sini lain cakap manakala sana  lain cakap.

Perkataan  “kepentingan rakyat “terus di nodai keikhlasan apabila wakil rakyat bertemu dan berdepan rakyat. Apabila  orang ramai hilang dari pandangan maka wakil rakyat akan bertemu sesama mereka sentiasa berfikir merancang agenda bagaimana hendak mengekalkan kuasa bagi menjarah ringgit negara untuk diri dan keluarga.

Lihatlah dan pandanglah serta fikirkanlah ada atau tidak wakil rakyat yang dari parti politik pemerintah lebih 60 tahun lalu berpendapatan miskin kampung.Lihat lah Wakil rakyat yang ada hari ini tidak berpuashati dengan gaji percuma RM 8000 dari GLC.

Suasana yang sedang berlaku hari ini wakil rakyat sentiasa gelisah tidak cukup dengan parti politik yang ada mereka bernafsu besar menubuhkan parti politik baru atau sebangsat-bangsatnya khianat parti politik asalnya melompat ke parti politik yang mula rendang dengan buah.

Sudah 14 kali pilihanraya formula memilih wakil rakyat masih berdasarkan siapa yang tabur lebih wang  serta mengenyangkan pengundi akan ramai peminat . Perangai.akhlak dan perasuah ,amanah  pelbagai kebaikan di ketepikan.

Kita Lihat harta ENAM JAHANAM Malaysia.Mereka kaya bukan bermula dari seorang peniaga beras atau peniaga kecil tetapi kaya dengan menipu merompak,menerima rasuah, salahguna kuasa tidak amanah dan pengumbalan wang haram melalui putar-belit kegiatan politik.

 


Harta Mumbala kiranya di agih-agih kepada rakyat Malaysia 1Juta seorang nescaya tidak ada rakyat negara ini yang miskin berumahkan reban ayam .

Tidak menghairankan orang melayu kaya terdidiri dari kalangan orang politik atau bekas orang politik.

Bangsa lain di Malaysia ini berjaya dengan mengambil kesempatan merasuah penguasa berbangsa melayu untuk mendapat pelbagai kemudahan  bagi urusan perniagaan,pelbagai projek kerajaan.

Ini adalah kenyataan bukan satu tuduhan .Tidak percaya sila siasat mereka yang sedang berpolitik atau telah berhenti politik serta pegawai tinggi kerajaan yang mengampu orang politik.Dari mana hartanya bermula.

Kita lihat kes ketua kumpulan Enam Jahanam (Kerambit) telah disahkan di mahkamah bersalah di hukum penjara 12 tahun  masih ramai yang menganggap Kerambit seorang ulamak politik yang suci.

Di puja dan masih bebas kerana di tebus wang jaminan. Wang dan Pangkat,Jawatan menjadikan jeriji besi penjara runtuh dan patah-patah. Bagaimana agaknya Suman penoreh getah merompak wang Rm 42 juta di jatuhi hukuman bagini ?

Geng Enam Jahanam yang masih berbaki Mumbala,Jagindas,Sujamang,Katipang dan Paragas yang menunggu untuk di hukum masih menawan hati rakyat dengan ayat mangsa fitnah.

Malaysia mengamalkan undang-undang beberapa darjat.Darjat pertama melihat kepada sumber kewangan pesalah,darjat kedua mengambil kira pangkat  dan keturunannya,darjat ketiga terdiri dari golongan petani,dan orang-orang kampung.

Golongan terakhir ini menjadi mangsa  penguatkuasa undang-undang dan mahkamah. Negara ini telah mula melaksanakan secara serius undang dua darjat dan undang- undang sarang labah-labah ini.

Hari tulisan ini di tulis arahan PKP(PERINTAH KAWAL PERGERAKAN)covid-19 telah dilanggarbuta oleh Menteri,anak wakil rakyat  Wakil rakyat sendiri yang tiada tindakan diambil ,kalau ada pun sudah digegar baru nak gugur.