Friday, March 29, 2013

RTM harta Kerajaan atau harta BN




 

Kenapa 10 minit yang diberi kepada pakatan rakyat untuk menyampaikan manifesto masing-masing. Mengapa tidak diberi ruang satu jam ,dua jam atau lebih seperti ruang berkempen yang diperuntukan kepada BN.Apakah ada dialog serbasalah”beri atau tidak “ dalam membuat keputusan mengizinkan.

SPR kalau setakat mengusahakan masa 10 minit, lebih baik  dibiarkan   Pakatan miskin media  seperti yang ada sekarang.Tidak payah SPR menunjukan budi demokrasi terbuka dan simpati kepada pembangkang.

RTM hak milik kerajaan atau Barisan Nasional atau milik UMNO. PAS,DAP dan PKR ialah parti kepunyaan atau ahli-ahlinya rakyat Malaysia.Kesemuanya ahli pengurusannya warganegara Malaysia.Kiranya RTM milik kerajaan sewajarnya semua rakyat Malaysia,semua pertubuhan, dan kesatuan warganegara , boleh menggunakan khidmat RTM dengan adil .

Apa yang berlaku hari ini BN telah menggunakan khidmat RTM  harta kerajaan, sepanjang masa untuk kempen,propaganda dan memuji diri sedangkan parti rakyat yang lain tidak ada ruang untuk menjelaskan dasar-dasar atau aktiviti parti. Apabila pilihanraya sudah hampir hanya 10 minit diperuntukan.Inilah kerajaan di dahulukan,rakyat didungukan.

Kita tidak tahu apakah RTM kepunyaan menteri bernama Rais Yatim atau Najib atau kepunyaan parti UMNO seperti hak miliknya terhadap akhbar Utusan (Melayu)Malaysia. Pakatan menolak khidmat yang ditawarkan oleh RTM, ibarat menolak khidmat Syaitan mengubat seorang sedang histeria, yang juga diperlakukan oleh syaitan.

Tahniah ! kepada parti-parti pakatan rakyat kerana menolak khidmat syaitan kerana orang muslim semua tahu syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Segala kebaikan yang ditawarkan “ada makna” kerana hendak memaparkan kerajaan BN berhati luhur.

Biarlah Pakatan rakyat meminta pertolongan Allah sebanyak 90% berbanding mengharapkan pertolongan manusia sebanyak 10 % sahaja. “Parti devil you know” sekarang mengharap manusia 90% dan mengharapkan Allah 10%, maka tidak hairanlah kita lihat sekeliling, selama 2 tahun menabor budi kepada dari sekecil manusia hingga setua-tua manusia,sama ada masih hidup atau mati.Dari kuli hingga ke taukeh. 

Di izin Allah biarlah kerajaan pakatan rakyat menjadi kerajaan yang halal dan di restui. Berkempen menggunakan sumber kewangan  parti sendiri.Tidak menggunakan sumber yang haram,seperti menggunakan dana kerajaan ,peralatan kerajaan  atas nama Barisan Nasional. Sumber salahguna ini akan mengakibatkan kerajaan haram,wakil rakyat haram dan menteri serta kabinet haram.

Allah maha mengetahui dan melihat perilaku BN terhadap kuasa dan hak kerajaan menjelajah seluruh negara atas nama tugas sebagai anggota kerajaan tetapi memukul canang kehebatan BN.Tidak ada SPRM mengambil tindakan menyalahguna kuasa, kerana takut kepada sumpahan syaitan.

Insaallah! langit tidak selalu cerah,hujan tidak selalu turun, seksa sepanjang 55 tahun dan 12 kali pilihanraya kerana penipuan undi dengan anugerah warganegara akan memakan diri selepas ini.Lahad Datu sebagai kesan  pertama dan mungkin akan lahir kesan kedua atau ketiga pada pilihanraya ini.

Berdoa , Allah sentiasa bersama orang yang benar .Biarlah fitnah menggunung, dengan kehendaknya, satu keajaiban boleh berlaku.

Thursday, March 21, 2013

Lahad Datu- Pilih Hukum Adat atau Hukum Akal




 
  
Satu pandangan bukan menghasut

Kisah Lahad Datu dilihat dari dua segi hukum.Hukum adat atau hukum akal.

Hukum Adat
Mengikut kehendak naluri manusia  tidak seorang pun hendak  sakit,cedera,dan terbunuh dalam menghadapi rutin kehidupan harian.Bagitulah sebaliknya seseorang tidak akan mencederakan,membunuh atau menyakiti orang lain.

Satu kumpulan ,pertubuhan  dan badan politik tidak akan mengeluarkan idea yang merosakkan atau pun penganiayaan terhadap kumpulan,individu, atau badan politik lain. Tentunya dalam undang-undang pertubuhan atau badan politik tersebut berbunyi bagini” seandainya  pertubuhan kita berjaya membentuk kerajaan kita akan bentuk satu kerajaan  terbaik pada tahun ini” .Kiranya kita gagal membentuk kerajaan apa boleh buat –kita sudah berusaha pelbagai cara tetapi masih tidak berjaya.

Hukum adat pencerobohan tidak mungkin berlaku kerana anggota keselamatan sentiasa siap siaga sepanjang masa dan terlatih manakala penceroboh tidak dilatih secara khusus dan sistematik serta dilatih hanya secara senyap dan sentiasa dalam ketakutan dan tempat serta kawasan yang  terhad.

Hukum Akal- itulah yang berlakunya sendiwara
Perancangan manusia dan dikaitkan  ketentuan   Allah. Manusia sentiasa berfikir dan berikhtiar bagaimana hendak mengekalkan kehebatan serta kecemerlangan dirinya dan kumpulannya hingga sampai bila-bila.Kehebatan dan kecemerlangan yang dinikmati mungkin terlalu lama telah melalaikan,serta melupakan kesilapan dan kelemahan diri dan kumpulannya .

Kesilapan dan kesannya, bukan sahaja kepada kumpulan ,sebaliknya mengaitkan orang diluar kumpulan.Semakin hari semakin tidak terbendung oleh pentadbiran kumpulan yang akhirnya tercetus idea yang menggunakan hukum akal.

Idea hukum akal ini memerlukan pengorbanan nyawa sesiapa ,ahli atau pengikut kumpulan(ketentuan Allah) bagi memaparkan keadaan yang tidak tenteram di kampung,daerah ,negeri dan negara demi mengalihkan pandangan orang ramai sesuatu isu,mengubah lenggok rakyat dari rasa marah kepada simpati, serta menjaga air muka pemimpin  yang teruk tercalar oleh pelbagai skandal ,kewangan ,rasuah dan salah guna kuasa.

Hukum adat tidak tergamak  melihat  terbunuhnya anggota keselamatan seramai 10 orang tetapi hukum akal memerlukan sebaliknya kalau-kalau inilah  satu cara bagi melindungi jenayah rasuah,penyelewengan dan pelbagai aktiviti memperkayakan diri kumpulan pemimpin yang sedia ada.

PRU 13 dikhuatiri akan dikuasai oleh kumpulan lain dan  kumpulan baru yang menang akan bertindak terhadap perbuatan salah laku mereka. Mereka yang terbayang  akan kalah, sudah takut pada bayang-bayang sendiri,Dosa dan kesalahan akan dipaparkan depan rakyat maka akan hancur segala kebaikan yang dicipta selama 54 tahun.Mereka terus menghitung akan berlaku “hujan sehari lupa panas setahun”.

Lahad Datu, Sabah berada dalam Malaysia telah 49 tahun .Tahun ini akan masuk tahun ke 50 Sabah dalam Malaysia. PRU 13, mengikut hukum adat (19/03/2013)telah dibubarkan parliman tetapi hari ini tarikh pembubaran Parliman telah mengikut hukum akal  melalui akal yang masih menangguhkan dan merahsiakan tarikh  bubar  parliman  dan tarikh pilihanraya. 

Ada diantara ahli-ahli yang kafir dan fanatik mengatakan bahawa “ itu tuhan alah pun tidak tahu bila pilihanraya,hanya Najib sahaja yang tahu oo!”.