Wednesday, February 22, 2012

Tahniah EGM Koperasi Peneroka Felda tak jadi......selamatttttttt duit den,



Kali kedua gagalnya  Isa Samad mengarahkan dan mempengaruhi ahli lembaga Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) supaya mengadakan mesyuarat agong khas(EGM) bertujuan meminta dan memaksa ahli-ahli perwakilan bersetuju KPF melabur modal  dalam Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang akan di senaraikan ke Bursa Malaysia.

Sejak Isa Samad  yang hanya bawa air liur sahaja datang ke Felda ,dia terus  “membeko” dan “mengelisang” mencari  sumber  kewangan bagi kepentingan bosnya. 

Kita semua tahu diantara sebab-sebabnya Isa Samad dilantik ke jawatan  pengerusi Felda ialah bosnya yakin Isa mampu serta bergeliga mencari wang bagi melindungi  kewangan Felda Global Ventures Holding (FGVH) .”Bak kata orang badan pendek  akalnya panjang”,Isa ada pengalaman  apa yang berlaku dengan tanah Yayasan Negeri  Sembilan di Serting.

 Masyarakat peneroka tidak kisah sekiranya Isa menggunakan kebijakasanaannya memperolehi dana dengan melegokan bukan hak peneroka. Apa yang jadi masalah dan dipersoalkan ialah wang ahli Koperasi(KPF) yang terus di  usik, walhal Isa satu sen pun tidak ada menyumbang  dalam KPF.

Pelbagai cara bagaimana hendak mengambil persetujuan perwakilan telah dilakukan oleh Isa  diantaranya  menggunakan kuasanya terhadap kakitangan  supaya mempengaruhi peneroka merangkap perwakilan KPF  mengundi cadangan bosnya. 

Ahli KPF berterima kasih kepada “ANAK” terutama ketuanya  Mazlan Aliman kerana berusaha menyelamatkan wang KPF dari di lego oleh Isa. Saya ada RM230,000.00 dalam KPF.

Tuesday, February 21, 2012

apa dah jadi... jati jadi setan ?...





Kenapa Hasan Ali jadi bagini . Cilok lambang setan seperti mana perbandingan gambar di atas.Seorang mengaku profesional dalam serba serbi hidup dan mampu buat kajian, mentalaah apa sahaja, tetapi logo partinya atau kumpulan nya berdasarkan logo setan” lucius malfoy”.

Bagitulah sekiranya nawaitu kita dan isi hati telah di isi kebencian ,apa sahaja kita lakukan tidak akan menjadi kenyataan.
Allah tahu niat Hasan lebih kepada dendam kesumat yang telah dijaja dan terus dijaja keseluruh negara berselindung agama,melayu dan raja.

Disebabkan sikap ini  Allah menggelapkan idea Hasan mencari satu lambang atau logo berkonsepkan tiga perkara yang konon nya tujuan perjuangan.

Kita tidak hairan sekiranya  ramai pengikutnya mendaftarkan diri  dibawah lambang jati @setan maka akan ramai mereka bersikap setan pendendam profesional.

Ingatlah Hasan sekiranya memperjuangkan islam ,menurut  Imam al-Ghazali Rahimahullahu Ta’ala menghindarkan akhlak yang jahat seperti sikap sombong,takabbur,membangga diri,tinggi hati,banyak bercakap,bersikap dengki,iri hati,pendendam,menyimpan sangka buruk kepada orang lain,khianat,menegakkan benang basah.

Oleh itu hentikanlah perkara yang selama ini saudara hebohkan kerana apa saudara lakukan bukan sifat seorang islam.Saudara hanya melaungkan perkataan islam tetapi perbuatan hujah saudara bukan ciri-ciri seorang islam.