Saya suka membandingkan antara
Singapura dengan negara ini berkaitan angka-angka bancian badan-badan
antarabangsa berkaitan prestasi kehebatan
urus hidup rakyat dan prestasi kecemerlangan urus tadbir kerajaan
di dunia ini. Kenapa sikap saya seperti ini kerana sikap kerajaan yang
masih memerintah ,yang melepaskan negara tersebut kepada bangsa yang di anggap
menumpang satu ketika dulu.
Kini kerajaan negara ini masih
dalam merangka cita-cita untuk mengatasi singapura atau lebih baik dari Singapura .Kerajaan terus
membandingkan pencapaian Malaysia dengan negara Thailand,Indonesia,Filipina
Mynmar dan Kemboja. Sungguh Takut menyebut angka perbandingan dengan Singapura.
Ucapan Najib pelancaran Inisiatif S2A yang
di sampaikan oleh Idris Jusoh melahirkan cita-cita kerajaan untuk menjadi antara 10 negara terbaik
dalam Indeks Daya Saing Global dan Indeks Inovasi Global menjelang 2020.
Singapura 7 tahun
lebih awal 10 negara terbaik mendahuluinya. Daya saing Malaysia di tempat yang
ke 28 manakala Singapura tempat yang ke 2.Indeks Inovasi Global ketika ini Singapura bawah 10
negara terbaik iaitu tempat ke 8, sedangkan Malaysia di tempat ke 32.
Kerajaan sekarang yang memerintah telah merdeka selama 56
tahun manakala Singapura terlepas dari tangan Malaysia yang memerintah sendiri 48 tahun.Negara
Singapura yang dulunya bangsa lain yang dianggap pendatang atau yang dulunya
negara itu survival Melayu tetapi
sekarang servival cina.
Satu ketika dulu kerajaan menaikkan harga minyak seringkali
membandingkan harga minyak lebih mahal di Singapura tetapi sudah ramai yang
lebih cerdik sikit dan akan mengungkit atau membandingkan pendapatan perkapital
rakyatnya dengan pendapatan rakyat negara ini maka perbandingan tersebut tidak
menjadi kenyataan yang tepat.
Tidak guna kita bermegah dengan survival
Melayu di negara ini, kerana melayu di negara ini tidak sevival dalam negaranya
sendiri dan lebih teruk kiranya di bandingkan 'survival cina' di Singapura.Bangsa
yang bermegah-megah dengan identiti bumiputra sehingga bila-bila itu, akan terus
ketinggalan berdaya saing sama ada kerajaan peringkat antarabangsa atau
kerajaan sekitar sekeling negara.
Survival melayu hanya pandai
berhujah ketika kempen menarik sokongan politik, tetapi takut melaksanakan apa
yang orang melayu perlukan terutama dicabar oleh 'survival lain-lain bangsa' di
negara.ini.
Kita lihat isu kalimah Allah sebagai contoh tidak konsistan
apabila ada diantara survival bangsa lain
tidak menyokong kerajaan seandainya 'survival melayu' yang sedang berkuasa di masa pilihanraya akan datang, maka pendirian pemimpin servival melayu berkaitan isu kalimah ini terus mengelabah dan mengubah pendirian.. Satu bukti pemimpin survival melayu tidak teguh pendirian berkaitan agama Allah. Pentingkan kuasa politik dan perut dari kalimah tersebut.
Bercakap dan bertindak kiranya
mengikut menjaga perasaan hati survival bangsa, tidak usah dapat melihat kelibat
cita-cita Najib 2020. Mimpi…dua Puluh (20) tahun akan datang tidak dapat
menyaingi kerajaan dan bangsa Singapura.Nyata jauh perbezaan kerajaan survival cina (Singapura) dan kerajaan survival melayu (Malaysia).
No comments:
Post a Comment