Sebagai manusia biasa terlalu
mudah melabelkan seseorang itu sebagai pengkhianat
dan suatu ketika dulu mereka yang tidak setuju dengan kita disumpah seranah
haram jadah. Mereka yang mengeluarkan
kata seseorang itu pengkhianat dan sumpah haram jadah, adakah sudah muhasabah
diri bahawa kata ‘khianat” dan haram
jadah itu tidak menimpa diri sendiri atau telah mengkaji dengan mendalam makna atau
pengertian bahasa yang tidak bermoral itu. Itulah Najib bin Abd.Razak nama itu yang
akan kekal di akhirat kelak.
Pengkhianat bukan sahaja
ditujukan kepada mereka yang ingkar
membayar cukai tetapi banyak lagi rakyat malaysia yang telah melakukan khianat kepada negara dan bangsanya
terutamanya mereka yang telah berkuasa dan sedang berkuasa sama ada masih hidup
atau sudah mati.
Berikut di nyatakan mereka yang telah melakukan khianat kepada bangsa dan negara ini. Diantaranya
adalah mereka seperti di bawah ini.
1.Mereka yang terlibat menyerahkan Singapura kepada bangsa
lain kerana sebelum ini negara tersebut
hak orang Melayu ……Pengkhianat
2.Mengagihkan Pulau Batu Putih
kepada kerajaan cina Singapura…..pengkhianat
3. Mereka menggadaikan tanah
rezab melayu kepada bangsa lain di negara ini dengan alasan untuk pembangunan
sedangkan pembangunan tersebut tidak dirasai oleh orang melayu…pengkhianat
4.Menggunakan wang rakyat sebagai
pembayar cukai lebih kepada pembaziran dan kepentingan diri dan keluarga….Pengkhianat
5.Menggunakan kuasa dengan
meluluskan pelbagai perbelanjaan menjaga hati sesuatu bangsa demi kepentingan
kuasa politik ….pengkhianat
6.Penipuan dalam perbelajaan
kerajaan untuk pembelian barangan berharga rendah telah di istiharkan harga
yang berlipat ganda……pengkhianat
7.Mereka yang terlibat diberi
kepercayaan menguruskan sejumlah dana wang
untuk kemajuan industri negara
sebaliknya dana tersebut di manipulasi kepentingan perniagaan keluarga….
pengkhianat
8.Ahli politik, dan pegawai
kerajaan yang mempunyai kuasa telah mengambil kesempatan mengaut kekayaan untuk
keluarganya, adik- beradik serta suku-sakatnya…… pengkhianat
9.Perasuah di tepi jalan,dan perasuah
di pejabat, sama ada dikenali atau tidak dikenali adalah syaitan pengkianat.
10.Memberi kerakyatan kepada bukan
penduduk asal negara ini demi tujuan mengekalkan kuasa politik dan juga berniat
memperolehi keuntungan dari kuasa tersebut…..Pengkhianat
Sekiranya disenaraikan penyataan
berkaitan mereka yang telah,sedang dan akan menjadi pengkhianat sudah pasti
satu tugu peringatan nama mereka tidak mencukupi.Buatlah bancian selama 56
tahun merdeka, berapa ramai mereka yang telah kaya raya hari ini tidak
melakukan khianat kepada negara.
No comments:
Post a Comment