Wednesday, October 28, 2020

Pengkhianat dan syaitan politik tidak berjaya menjadi gila


 


 HIDUP IBARAT KOPI, BIAR PAHIT, TETAP DINIKMATI!: MARAH??Gambar Pek Ekspresi Wajah Kemarahan Lelaki Marah Jadi Marah Menyedut, Pek  Ekspresi Wajah Kemarahan Lelaki, Salah, Tidak Senang PNG dan PSD untuk Muat  turun Percuma

Hari ini ramai syaitan politik, dan pengkhianat mula bergegar telor celah peha masing-masing kerana Anwar Ibrahim mengadap Yang Di Pertuan Agong mempersembahkan hasratnya untuk melamar Jawatan Perdana Menteri,kerana sudah ada sokongan 120 orangAhli parlimen.

Rentetan dari peristiwa itu bertambah gila pengkhianat dan rakan politiknya mendesak agong mengistiharkan darurat. Mungkin kalau raja-raja beremosi seperti pengkhianat sudah pasti langkah zalim itu tertunai.

Malunya seorang Perdana Menteri kerana cadangannya tidak diterima.Terlakar sejarah ilham perdana Menteri di tolak.

Umum tahu tujuan pengisytiharkan darurat akan menyekat kegiatan politik Anwar dengan cita-cita merampas kerajaan. Dilaknati Allah  pengkhianat sekira tujuan utama bukan menangani covid-19.

Kita tahu pengkhianat dan Syaitan politik tidak hairan kehilangan gaji Menteri atau elaun tidor di GLC tetapi maruah mereka akan mula tercemar seandainya Anwar jadi PM.

Saya cukup seronok melihat watak-watak politik yang berupa syaitan akan tersungkur .Seronok bukan kerana Anwar tetapi seronok kain putih yang mereka gunakan akan bertompok-tompok kulat hitam .

Hari ini sudah ada pengkhianat menyumpah dalam media sosialnya dengan perkataan “Sial!!”. Akan bertambah seranahnya apabila Agong Perkenan usaha Anwar.

Kita lihat perkembangan seterusnya beberapa hari akan datang.Jangan bercakap besar ,ketentuan kepada Allah manusia merancang. Aktiviti Rebung tak miang, bemban pula miang sedang berlaku.

Si kitol sedang kepanasan hanya melabelkan Anwar “ ahli politik pembohong dan gila”.Tidak kira apa yang di tafsir oleh si kitol dan syaitan politik terhadap orang lain . Sikap itu hanya sebagai pengubat hati yang kini sedang kemiangan hingga ke hati dan jantungnya.

Penilaian  si pengkhianat dan syaitan politik ini tidak ada sekelumit pun perkara baik dilakukan oleh bekas rakan mereka yang dahulu bersama berkubang, berlumpur.