Anak kecil main api. Terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang.Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa sesamalah kita. Cinta lenyap di arus zaman.Indahnya bumi kita ini. Warisan berkurun lamanya. Hasil mengalir ke tangan yang lain. Peribumi merintih sendiri.Masa depan sungguh kelam. Kan lenyap peristiwa semalam. Tertutuplah hati terkunci mati. Maruah peribadi dah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa. Yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati bersama berbakti. Pulih kembali harga diri.

Thursday, June 15, 2017

kenapa liat nar kepala hantu ni




Ribut dalam Felda tidak akan berakhir selagi kepala hantu  ini ada dalam  jenama Felda. Menghairankan kenapa terlalu liat kepala hantu ini hendak di campakkan .Apakah seluruh rakyat Malaysia  tidak melihat perangai kepala hantu ini yang tidak memberi makna kepada apa-apa organisasi pun dalam dunia ini. 

Peneroka dan warga Felda yang lain mesti tidak lupa lagu penipuan oleh kepala hantu  ini dengan menggula-gulakan saham FGV .Peneroka hanya di peruntukan 0.8 unit saham sedangkan kepala hantu ini peroleh saham percuma 180 unit saham.

Koperasi Permodalan Felda (KPF) di huruharakan  sehingga tidak mampu membayar dividen lebih 10%.  Sebanyak 51% saham Felda dalam KPF di tarik untuk menampung kekurangan dana masalah penyenaraian saham FGV. Ditambah kebangangan ahli lembaga yang setuju perkara tersebut di laksanakan.

Sekarang ini warga Felda terus berhutang dengan institusi kewangan dengan  pendapatan peneroka di tolak setiap bulan bagi bayaran menjelaskan hutang pinjaman membeli saham FGV manakala potongan gaji di kenakan kepada kakitangan felda yang masih terperangkap kemelut  harga saham tersebut..Bagi kakitangan yang bersara wang ganti cuti rehat di tolak bagi tujuan menjelaskan hutang ‘beli paksa’ saham FGV.

Apakah kebaikan kepala hantu ini telah lakukan .Semua  kakitangan yang menimbulkan masalah bagi dirinya menguruskan berkaitan kewangan maka akan terima nasib seperti  Datuk Zakaria Arshad. 

Peringkat awal kehadiran kepala hantu ini dalam Felda ,Dato’Zulkefli Wahab ,Pengarah Besar  Felda menjadi mangsa ,termasuk pengarah-pengarah yang lain .Warga kakitangan  Felda mengetahui masalah ini.

Manusia yang satu sen tidak berguna dalam politik ini sepatutnya tidak ada lagi namanya dalam urus tadbir negara dan negeri. Disebabkan kebodohan berpolitik orang Jempol maka dengan bangga diri masih mengangkatnya untuk di julang.

Tentu ada berak sebalik batu yang perlu dilindung oleh MO1 bagi menutup mulut kepala hantu ini supaya  jangan berjaja masalah  bau busuk berak yang telah di ketahui siapa yang punyanya.

Sekarang ini masalah FGV boleh di jadikan batu loncatan bagi mencampakkan kepala hantu in ke dalam setor, kerana dirasakan semua rakyat Malaysia telah mengetahui perangainya.Kini yang menyokongnya hanya penjilatnya yang mendapat kepentingan kewangan mengendalikan projek-projek yang tidak berfaedah dari idea kepala hantu ini.

Diantara projek kepala hantu ini membeli hotel dan kondominiam buruk yang tidak ada manusia lain yang inginkan lagi yang terletak d luar negara yang kini bakal di lelong oleh Pengerusi Baru Felda. 
Di kawasan Jempol  membina gelanggang tinju yang di kendedalikan oleh seorang penjilatnya dengan bergaji Ribu ringgit.Kesemua projek yang dirancang dan di bina tidak mendatangkan faedah.

Hidup kepala hantu ini bertujuan mencari sebanyak wang ringgit komisyen  melalui pelbagai projek yang di rangka. Kita lihat sendiri tidak ada satu mercu tanda yang memberi faedah kepada rakyat atau menguntungkan orang ramai. 

Kegagalan projek yang dirancangnya melambak dalam negara ini ,sejak kepala hantu ini memegang jawatan,Menteri Besar,Menteri Wilayah Persekutuan dan dua penggal  wakil rakyat Jempol.

Di jempol  SPRM perlu melihat  dan siasat projek yang tidak ada memberi faedah warga peneroka iaitu projek dewan tinju yang menjadi gajah putih. Apakah jadahnya kepala hantu ini melahirkan projek kalau tidak semata-mata menjaga samsing yang di gaji .

MO1 tidak perlu kasihan terhadap kepala hantu ini kerana sekarang ini sudah 99% warga Felda tidak berminat menikmati wajahnya  kerana pelbagai kesalahan dari calon Naib presiden hingga ke Pengerusi  FGV. Mungkin kesinambungan salah laku kemenangan jawatan dalam UMNO 2004 telah berlaku dan akan terus berlaku seandainya kepala hantu ini ada dalam Felda.

Kepala hantu ini tidak perlu cari bukti  pelbagai kesalahannya kerana dia seorang yang berpengalaman mengelak di tuduh dengan bukti  kerana kebijaksanaan sikap lepas tangan sesuatu kes. Apa yang terjadi terhadap Datuk Zakaria (FGV)dan Datuk Faizoull Ahmad (FELDA) telah terperankap .Silap mata “meletup di sana,berbunyi disini"  memang perangai kepala hantu ini

Monday, May 22, 2017

Goli den,loyo den,heran den



Sepanjang minggu ini pelbagai berita yang mencuit hati .Diantaranya satu rencana yang merayu supaya rakyat negara ini  menilai kebaikan Rosmah Mansor macam kebaikan  bini Obama bekas presiden Amereka Syarikat.Penulis rencana ini tentunya cuba mengimbangi  kontrovesi yang menimpa Rosmah sekarang  dan yang telah lalu.

Boleh juga kita menuduh penulis ini mendapat habuan atau ganjaran  dengan membodek sebagini  rupa atau boleh juga kita sikap positif penulis ini ikhlas kerana kasihan Rosmah bini Najib di perkatakan  pelbagai macam melalui media.

Tidak kisah dengan sebarang tanggapan tetapi  perkara sebagini tentu meloyokan anak tekak mereka yang tidak bersetuju dengan sikap penulis. 

Yang ini lagi menggolikan  den menurut sumber syok sendiri bahawa kehadiran ramai orang di Bukit Jalil adalah sebagai bukti parti  keramat UMNO telah mendapat sokongan yang tiada tandingan parti lain di negara ini. 

Kalau setiap orang diberi elaun dan bas disediakan untuk hadir ke bukit Jalil pasti mencabar keseronokan nikmat servis percuma.Tidak ada orang hendak berlolah ke Bukit Jalil semata-mata hendak menunjukkan kesetiaan kepada parti. Apa nilai faedahnya.Sekarang ini tidak ada istilah sukarela percuma tenaga dan percuma  masa terutama orang-orang kampung  yang di himpit masalah kewangan.

Seterusnya perkara yang menggolikan  den adalah satu kenyataan orang  parti politik PAS bahawa partinya akan bertanding sebanyak 100 kerusi. Yang bertambah meng goli target  menang 40 kerusi  seluruh Malaysia tetapi  apakah jadahnya hendak cuba  60 kerusi yang lain.

Bagi den lebih baik mencuba  222 kerusi yang lain kerana menurut publisitinya telah ramai bangsa bukan islam telah berminat dengan PAS. Tahniah ! tetapi  kenapa takut hendak berkata bagini “ 100 di pertandingkan 100 menang “

Apakah tujuan yang bercakap ini . Satu kerja bangang ke, provokasi  ke,   kepada parti-parti politik yang lain, terutama parti politik yang belum pernah menang  pilihanraya.

Satu lagi kisah ialah bangsa melayu islam tidak boleh dipercayai lagi dan tidak amanah .Kita sedih  wang zakat menjadi mangsanya  dan wang masjid di gunakan untuk  keperluan peribadi AJK. Orang politiknya mengumpul  duit rasuah untuk  memiliki banglow,kereta mewah,berpuluh beg  tangan untuk bini dan jam tangan  berjenama yang harga puluh ribu untuk anak.

Parti politik melayu sudah tidak bersatu lagi walaupun namanya’ bersatu’, macam papan tanda “ Jangan buang sampah di sini” tetapi di kawasan itulah orang melambakkan sampah.PAS parti melayu berkerat rotan dengan PKR dan DAP.

PAS ini parti islam tetapi dalam persahabatan tidak mengikut islam .Rasullullah SAW  bersahabat dengan siapa sahaja bagi menampak islam ini agama kebaikan.

Tidak ada bunuh membunuh orang  islam  dilakukan sahabat PAS yang kafir, mengapa parti politik ini menjauhkan diri  dari mereka yang kafir ini. Apa yang dilakukan oleh mereka  yang kafir ini hanya setakat  sindir menyindir melalu media.Nampaknya tiada sifat  maaf dan  sifat sabar bagi yang ulamak melayu islam ini  dan amat jauh menyimpangnya dari sifat junjungan nabi kita.

Yang ini lagi menggolikan apabila mencegah kemungkaran ada masa tertentu .Penyangak politik  yang menyangak duit rakyat di biarkan dia menyangak sehingga pilihanraya akan datang kerana orang yang di amanah membunuh penyangak ini di khuatiri tuduhan terlibat bermain politik serta ada parti politik mengambil kesempatan..

Macamlah rakyat Malaysia ini bangang semuanya,  tidak tahu putar belit politik yang di lakukan oleh yang punya kuasa. Yang banyak penyangak ini hanya orang yang punya kuasa.Apabila tangkapan dilakukan keatas mereka semua tentunya manusia Malaysia akan berfikir rasional hendak mengekalkan mereka yang penyangak ini terus berkuasa.

Menurut orang kuat SPRM tidak bertindak sekarang  terhadap ahli politik, takut dijadikan alat parti politik kempen pilihanraya. Sebenarnya SPRM telah pun berkempen  pilihanraya bagi pehak  kerajaan sekarang bagi meneruskan kesinambungan urustadbirnya kerana tiada tangkapan salah laku rasuah maka kerajaan sekarang  dilihat bersih dari songlap harta rakyat.

Monday, March 20, 2017

prihatin gila seorang islam




apa sudah jadi kepada orang melayu, beragama islam yang terus terdesak untuk mendapat sokongan dan berterusan gilakan jawatan sebagai wakil rakyat sepatutnya senyum berbangga mempertahankan rumah Allah sebaliknya mempertahankan kuil dari di robohkan.

Orang hindu di kawasan ini tentu berbangga kerana mendapat sokong moral dari orang beragama islam secara tidak langsung telah mengikhtiraf bahawa semua agama adalah sama dan agama hindu adalah satu-satunya agama tersebut.

Mungkin orang UMNO ini menunjukkan prihatin dan berfikir bahawa pilihanraya akan datang dia dapat merebut kembali kerusi yang di menangi oleh Nurul Izzah .

Walaupun akidah seseorang hanya Allah yang tahu tetapi perbuatan Raja Nong Chik  ini tentunya
menggambarkan pegangangannya .Masih lagi ragu                                          

Ramai wakil rakyat melayu terutama UMNO sanggup menjual maruah agama,dan bangsa demi mencapai cita-cita terus berkuasa. Sanggup meraikan perayaan pelbagai agama demi di lihat berjiwa rakyat. Kita tidak akan peduli seandainya mereka yang melayu telah mengisytiharkan bukan beragama islam.

Menyampaikan pelbagai bantuan untuk kuil, tok pekong bertujuan update urusan perkembangan agama mereka padahal pemimpin yang prihatin tersebut beragama islam. Apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO Lembah Pantai ini merupakan perbuatan orang kecil dalam UMNO,tetapi banyak perkara kemungkaran  akidah lebih besar dilaksanakan oleh orang besar UMNO berlaku sebelum ini.

Tentu orang politik mendapat nasihat ustaz politik berkaitan tindak-tanduk mereka yang islam terus bertoleransi dengan agama lain. Diantara alasan yang sering kita dengar adalah pemimpin mempunyai tanggungjawab terhadap semua rakyat dan agamanya. 

Melayu lupa bahawa pemimpin bukan islam boleh mewakili yang islam untuk menyampaikan apa-apa bantuan.Tindakan Melayu  munafik ini, juga nyata telah mencemar keislamannya dan menggadaikan apa yang selalu disebut-sebut orang UMNO sebagai ketuanan melayu. 

Takut kepada  bayang-bayang sendiri bahawa pada pilihanraya akan datang  tidak berpeluang menjadi pemimpin kerajaan. Sebenarnya UMNO tidak memerlukan sokongan bangsa lain semasa pilihanraya selagi yang di katakan  ketuanan melayu itu di jaga secara terbaik.

Kita lihat sejarah  ketua pemimpin melayu terdahulu memelihara ketuanan melayu dengan tidak memperdulikan  atau mencapuri  perkara remeh urusan agama lain atau lebih tepat lagi membiarkan penganutnya sendiri menguruskan hal agama mereka.

Sejak UMNO kurang sokongan melayu ,atau lebih tepat lagi melayu telah berpecah -belah tidak menumpukan sokongan  kepada parti politik tersebut, maka pemimpin melayu mengadu nasib kepada bangsa lain dalam Barisan Nasional.

Keadaan ini kita terus tabik kepada pendirian PAS kerana terus menyatakan tidak memerlukan sokongan DAP,MCA atau MIC bagi memenangi pilihanraya akan datang.Kita tahu tindakan PAS ini amat sukar  parti tersebut memenangi pilihanraya dikawasan yang ramai ketiga-tiga golongan ini. PAS tetap teguh dengan keislamannya tidak prihatin melulu seperti Raja Nong Chik.

Bangsa lain mengambil kesempatan keadaan melayu terdesak seperti Raja Nong Chik ini dengan menunjukkan prihatin yang sangat di kesali oleh orang UMNO dan Melayu islam. Carilah Ustaz UMNO yang terus menyokong  dan menghalalkan tindakan ini.

Keadaan ini menjadikan pemimpin  yang berjenama islam bagaikan pelakon hidustan yang boleh hidup dalam semua agama manusia di dunia ini. Kita berdoa biarlah hanya seorang UMNO yang memperlihatkan prilaku sebagini.

Wednesday, March 1, 2017

BR1M,naikan harga minyak dan perlaksanaan GST perlu pengesahan kerajaan Arab kebaikannya


Saya berkunjung ke rumah orang tentu saya memuji keadaan sekitar rumah,keindahan binaan bangunan, taman-taman dan suasana keluarga rumah tersebut.Menghina atau tidak menunjukkan sikap senang hati terhadap tuan rumah bukan sifat seorang tetamu.

Kalau taksilap pada awal tahun 2016 kerajaan negara ini minta seorang Arab mengesahkan derma 2.6 bilion di terima Najib adalah derma tulin yang tidak ada apa-apa kepentingan.


Hari ini sekali lagi secara tidak langsung apa yang di buat oleh kerajaan telah di sahkan oleh kerajaan Arab  Fakta telah dikeluarkan oleh orang No.1 Malaysia dan pengampunya untuk menunjukkan  apa yang dibuat oleh kerajaan tidak salah malahan menurutnya kerajaan luar  negara hendak menirunya atau menjadikan Malaysia sebagai contoh. Hari ini kerajaan Arab Saudi  akan menaikkan harga minyak sebanyak 50% dan akan melaksanakan  GST serta melaksanakan  seperti  BR1M di negaranya.

Menurut orang No.1 Malaysia itu dengan terus membandingkan apa yang berlaku di Malaysia baru 10 sen atau 20 sen naik sudah heboh seluruh dunia marahkan kerajaan dengan menuduh zalim dan tidak bertimbang rasa sedangkan kerajaan Arab negara pengeluar minyak naikkan harga minyak 50%.

Bagitulah hebatnya kerajaan contoh yang terus memerintah negara ini yang menjadi idola pentadbiran negara luar dari sekecil perkara hingga sebesar-besar perkara.

Beberapa hari yang lalu kerajaan Arab memuji  dan menyuruh negara luar meniru atau mencontohi  pengurusan Tabung Haji yang cemerlang dan  jemaahnya berdisplin serta disenangi oleh kerajaan Arab itu.
Apa yang dikatakan  ini tidaklah meyakinkan saya   kerana kata-kata ini di keluarkan oleh mereka yang ada kepentingan  dan juga saya tidak mendengar sendiri dan berlaku di hadapan  mata saya. Pelbagai pembohongan berlaku sebelum ini telah menyahkan keyakinan

Selagi belum dipenjarakan atau di selidik mereka ini Riza Shahriz Abdul Aziz, Low Taek Jho atau Jho Low, Eric Tan Kim Loong, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohamed Badawy al-Husseiny  maka tidak akan menambah kepercayaan terhadap kerajaan.

Seterusnya sedia maklum selagi kes 2.6 bilion tidak didakwa dan pelbagai pembohongan 1MDB tidak dijelaskan  kepada rakyat seperti  yang didakwa oleh mereka yang di luar kerajaan maka tidak ada sebab saya percaya apa yang dikatakan.

Kerajaan luar negara atau pemimpin nya tidak mengetahui sekelumit kisah rakyat negara ini kerana yang berbual atau berbicara yang punya berbilion ringgit dan tidak tahu seriknya penoreh dan penuai sawit,buruh kilang ,pekerja am ,pekerja tukang cuci bangunan dan pekerja kontrak mengatur perbelanjan keluarga.

Najib tak tahu bahawa pendapatan rakyat biasa negara ini hanya layak makan nasi berlaukkan air kosong  atau rebus sayur kangkung, kerana semua harga barang telah naik. Minyak masak dulu RM13.35 sekarang  RM21.35 setengah kedai  atau pasaraya RM22.50.Ikan bilis,dulu RM28.00 sekarang RM 38.00.Santan kelapa dulu RM7.00/RM8.00 sekarang  telah RM10.00/RM12.00.

Barangkali perbincangan kabinet berkaitan keadaan harga barang hari ini tentu berkisar pendapatan boleh belanja menterinya  dan wakil rakyatnya. Rakyat terus di lagukan dengan kehebatan kesenangan mereka yang menerima BR1M, berbelanja di kedai 1 Malaysia.

Harga barang yang naik menggila hari ini akan lebih gila lagi sekiranya rakyat terutama orang melayu terus meletakkan keyakinan kepada pemerintah yang sedia ada kerana kerajaan kleptokrasi ini akan terus bertambah angkuh serta  tidak memikirkan masalah kehidupan rakyat terbanyak.