Sunday, April 27, 2014

Malaysia ramai pencuri dan penzina







Nampaknya  melaksanakan undang-undang berasaskan apa yang di firmankan Allah melalui Al Quran  dan sokongan hadis  rasulnya, Muhamad SAW tidak akan kesampaian di negara ini. Ini berdasarkan rintihan,keluh-kesah dan kebimbangan  beberapa orang  pemimpin dan bekas pemimipin  negara ini yang terus memberi kenyataan terhadap kesannya kepada mereka yang melanggar undang – undang yang dirancang  itu nanti. 

Orang awam tidak banyak bercerita dan melahirkan pendapatnya berkaitan perlaksanaan undang –undang  baru yang dirancang itu. Mereka hanya menerima apa sahaja undang-undang yang di  kenakan kepada mereka.Mereka hanya tahu sikap menghormati dan mematuhi undang-undang kiranya mereka  telah melakukan kesalahan ,kerana mereka boleh memilih hidup mengikut undang-undang atau aktiviti melanggar undang-undang .

Sebagaimana undang-undang negara ini di gubal  oleh pemimpin yang terdahulu dan  yang sekarang, orang ramai tidak pernah mengambil tahu di tokok atau ditambah. Undang-undang tersebut tidak pernah di ulas atau di kaji kesannya hingga hari ini yang kita tahu telah melahirkan berjuta-juta pencuri terhormat atau perompak jalanan serta melahirkan tidak terkiranya berapa ramai penzina. Sehinggakan berzina adalah keperluan biasa rakyat Malaysia.

Terus mendukacitakan adalah sikap pemimpin  melayu islam yang sentiasa  lebih-lebih mencanangkan hukuman yang akan di kenakan terhadap pesalah . Tidak rasa bersalah,berdosa atau menjejaskan akidah mempertikaikan  jenis hukuman pencipta alam dan  segala isinya ini. Secara tidak langsung mereka tidak mengaku kehebatan sang pencipta dirinya, yang tahu apa yang berlaku hari ini dan akan datang.

Menerima hukum Allah berpilih-pilih .Solat ,zakat puasa dan menunaikan haji diterima tanpa bantahan tetapi undang-undang mengawal tingkah laku manusia mereka ingkar dan terlalu banyak objection dan dipertikaikan kerana hukum itu semata-mata  melihat potong tangan dan rejam. Proses sebelum menjatuhkan hukuman tidak diambil kira.

Pemimpin masyarakat yang mempertikaikan ini ialah mereka  yang terdiri dari golongan kaya yang memperolehi harta kekayaan melalui merompak secara ilmiah dan berjaya mengagih-agihkan kekayaannya kepada anak-pinaknya. Pemimpin jenis ini juga menggalakkan berleluasanya penyakit sosial penzinaan. Semua tahu hukuman berat akan dikenakan keatas mereka yang bersifat iblis dunia ini.

Orang awam seperti saya ini, yang jahil berkaitan hudud atau undang-undang civil, tidak mempertikaikan apa juga jenis hukuman ke atas pesalah jenayah melalui gubalan undang-undang oleh pakar undang manusia di negara ini. Bagitu juga undang-undang islam yang dicadangkan oleh pakar-pakar undang-undang Allah itu, saya terima apa sahaja hukuman samaada potong tangan, potong kaki, rejam,sebat dan bunuh kerana saya tidak melakukan atau tidak mungkin akan melakukan kerja-kerja yang dilarang oleh Allah.

Memberi komen berdasarkan imaginasi  hukuman  dan membandingkan  dengan keadaan sebenar di alam nyata.  Sikap nagatif terhadap hukuman bakal diterima pesalah diketengahkan .Sikap positif kesan yang menjadi  rahsia Allah terhadap hukuman  ini, langsung tidak disebut, dikaji atau dihayati.

Kita tidak hairan pemimpin bangsa cina dan  berbangsa india tidak mahu menerima hukuman potong tangan dan rejam kerana mereka tidak menghayati islam  serta agama Allah bukan pegangannya.Tolak tepi sikap mereka ini,  kerana sudah menjadi maklum semua.

Bagaimana dengan orang melayu yang mengaku muslim.Tidak menerima hudud kerana hukum Allah ini kejam atau Allah kejam terhadap mereka yang mencuri dan berzina.Apakah mereka yang mencuri hak orang lain tidak kejam. Berzina dengan perempuan yang kita sayangi apakah tidak kejam.

Hari demi hari kita dengar pelbagai alasan pemimpin melayu islam negara ini, tidak mahu melaksanakan hudud. Diantaranya mengatakan suasana belum sesuai dan banyak persiapan kearah perlaksanaan belum lengkap, serta negara ini terdiri pelbagai bangsa dan agama. 

Hendak ditunggu semua rakyat Malaysia beragama Islam atau menunggu Allah memberi hidayah kepada orang berbangsa Cina atau berbangsa India di Malaysia ini semuanya beragama islam.Rujuk sejarah  pentadbiran Nabi kita Muhamad SAW apakah semua penduduk Madinah dan Mekah beragama islam ketika undang-undang ini diperkenalkan.

Sikap pemimpin seperti ini akan terus melahirkan rakyat yang seram sejuk mendengar kekejaman hukuman pesalah jenayah terutama mereka yang sentiasa menjadikan kerjaya mencuri dan berzina mewarnai hidupnya.

Lebih 1430 tahun Islam berkembang dan terdapat beberapa negara telah melaksanakan hukuman berasaskan AlQuran . Kiranya pesalah setahun seorang dihukum dengan hukuman jenayah hudud tidak pernah kita mendengar  1430 orang telah dipotong tangan akibat mencuri atau 1430 penzina telah di hukum rejam.