Nampaknya melaksanakan undang-undang berasaskan apa
yang di firmankan Allah melalui Al Quran dan sokongan hadis rasulnya, Muhamad SAW tidak akan
kesampaian di negara ini. Ini
berdasarkan rintihan,keluh-kesah dan kebimbangan beberapa orang pemimpin dan bekas pemimipin negara ini yang terus memberi kenyataan terhadap kesannya
kepada mereka yang melanggar undang – undang yang dirancang itu nanti.
Orang awam tidak banyak bercerita
dan melahirkan pendapatnya berkaitan perlaksanaan undang –undang baru yang dirancang itu. Mereka hanya menerima apa sahaja
undang-undang yang di kenakan kepada
mereka.Mereka hanya tahu sikap menghormati dan mematuhi undang-undang kiranya mereka telah melakukan
kesalahan ,kerana mereka boleh memilih hidup mengikut undang-undang atau aktiviti
melanggar undang-undang .
Sebagaimana undang-undang negara
ini di gubal oleh pemimpin yang terdahulu
dan yang sekarang, orang ramai tidak
pernah mengambil tahu di tokok atau ditambah. Undang-undang tersebut tidak
pernah di ulas atau di kaji kesannya hingga hari ini yang kita tahu telah melahirkan
berjuta-juta pencuri terhormat atau perompak jalanan serta melahirkan tidak terkiranya berapa
ramai penzina. Sehinggakan berzina adalah keperluan biasa rakyat Malaysia.
Terus mendukacitakan adalah sikap
pemimpin melayu islam yang sentiasa lebih-lebih mencanangkan hukuman yang akan di
kenakan terhadap pesalah . Tidak rasa bersalah,berdosa atau menjejaskan akidah
mempertikaikan jenis hukuman pencipta
alam dan segala isinya ini. Secara tidak
langsung mereka tidak mengaku kehebatan sang pencipta dirinya, yang tahu apa yang
berlaku hari ini dan akan datang.
Menerima hukum Allah
berpilih-pilih .Solat ,zakat puasa dan menunaikan haji diterima tanpa bantahan
tetapi undang-undang mengawal tingkah laku manusia mereka ingkar dan terlalu banyak objection dan dipertikaikan kerana hukum
itu semata-mata melihat potong tangan dan rejam. Proses sebelum menjatuhkan hukuman tidak diambil kira.
Pemimpin masyarakat yang
mempertikaikan ini ialah mereka yang terdiri
dari golongan kaya yang memperolehi harta kekayaan melalui merompak secara ilmiah dan berjaya mengagih-agihkan kekayaannya
kepada anak-pinaknya. Pemimpin jenis ini juga menggalakkan berleluasanya
penyakit sosial penzinaan. Semua tahu hukuman berat akan dikenakan keatas
mereka yang bersifat iblis dunia ini.
Orang awam seperti saya ini, yang jahil berkaitan hudud atau undang-undang civil, tidak mempertikaikan apa juga jenis hukuman ke atas pesalah jenayah melalui gubalan undang-undang oleh pakar undang manusia di negara ini. Bagitu juga undang-undang islam yang dicadangkan oleh pakar-pakar undang-undang Allah itu, saya terima apa sahaja hukuman samaada potong tangan, potong kaki, rejam,sebat dan bunuh kerana saya tidak melakukan atau tidak mungkin akan melakukan kerja-kerja yang dilarang oleh Allah.
Orang awam seperti saya ini, yang jahil berkaitan hudud atau undang-undang civil, tidak mempertikaikan apa juga jenis hukuman ke atas pesalah jenayah melalui gubalan undang-undang oleh pakar undang manusia di negara ini. Bagitu juga undang-undang islam yang dicadangkan oleh pakar-pakar undang-undang Allah itu, saya terima apa sahaja hukuman samaada potong tangan, potong kaki, rejam,sebat dan bunuh kerana saya tidak melakukan atau tidak mungkin akan melakukan kerja-kerja yang dilarang oleh Allah.
Memberi komen berdasarkan imaginasi
hukuman dan membandingkan dengan keadaan sebenar di alam nyata. Sikap nagatif terhadap hukuman bakal diterima
pesalah diketengahkan .Sikap positif kesan
yang menjadi rahsia Allah terhadap hukuman
ini, langsung tidak disebut, dikaji atau dihayati.
Kita
tidak hairan pemimpin bangsa cina dan berbangsa india tidak mahu menerima hukuman
potong tangan dan rejam kerana mereka tidak menghayati islam serta agama Allah bukan pegangannya.Tolak
tepi sikap mereka ini, kerana sudah
menjadi maklum semua.
Bagaimana
dengan orang melayu yang mengaku muslim.Tidak menerima hudud kerana hukum Allah
ini kejam atau Allah kejam terhadap mereka yang mencuri dan berzina.Apakah
mereka yang mencuri hak orang lain tidak kejam. Berzina dengan perempuan yang
kita sayangi apakah tidak kejam.
Hari
demi hari kita dengar pelbagai alasan pemimpin melayu islam negara ini, tidak
mahu melaksanakan hudud. Diantaranya mengatakan suasana belum sesuai dan banyak
persiapan kearah perlaksanaan belum lengkap, serta negara ini terdiri pelbagai
bangsa dan agama.
Hendak ditunggu semua rakyat Malaysia beragama Islam atau menunggu Allah memberi hidayah kepada orang berbangsa Cina atau berbangsa India di Malaysia ini semuanya beragama islam.Rujuk sejarah pentadbiran Nabi kita Muhamad SAW apakah semua penduduk Madinah dan Mekah beragama islam ketika undang-undang ini diperkenalkan.
Hendak ditunggu semua rakyat Malaysia beragama Islam atau menunggu Allah memberi hidayah kepada orang berbangsa Cina atau berbangsa India di Malaysia ini semuanya beragama islam.Rujuk sejarah pentadbiran Nabi kita Muhamad SAW apakah semua penduduk Madinah dan Mekah beragama islam ketika undang-undang ini diperkenalkan.
Sikap
pemimpin seperti ini akan terus
melahirkan rakyat yang seram sejuk mendengar kekejaman hukuman pesalah
jenayah terutama mereka yang sentiasa menjadikan
kerjaya mencuri dan berzina mewarnai hidupnya.
Lebih
1430 tahun Islam berkembang dan terdapat beberapa negara telah melaksanakan
hukuman berasaskan AlQuran . Kiranya pesalah setahun seorang dihukum dengan hukuman jenayah hudud tidak pernah kita
mendengar 1430 orang telah dipotong
tangan akibat mencuri atau 1430 penzina telah di hukum rejam.
No comments:
Post a Comment