Protes Mahathir kali ini tidak
berjaya kerana Najib sudah susun strategi dengan membersihkan mereka yang
banyak objection dengan melantik
orang yang boleh mendukungnya ke mana sahaja dia berhajat.Dulu Dollah Badawi
boleh di kelentong dengan pelbagai
reaksi cakap dan pelbagai tindakan
kerana ketika itu Dollah masih
dikelilingi pengampu Mahathir.
Mahathir baru sahaja ,bergalah ke
hilir,tertawa buaya,bersuluh di bulan terang ,tertawa harimau. Dahulunya
berketak ayam ,tahu bertelur atau pun tidak.Sekarang berhambakan
tangan,bersaksikan mata,berhakimkan hati.Tentunya dia menyesal rupanya apa yang
dilakukan pada 3 April 2009 merupakan ,bertukar beruk dengan cigak
Nah sekarang rasakan kau Mahathir
kerana Najib lebih bijak dari anda. Najib tahu kiranya dia mengikut kehendak telunjuk Mahathir sudah tentu dia akan terperangkap dan
terus ke jeriji rumah pasung Sungai Buluh atau Kajang.
Najib Tahu memang dia banyak
dilanggani masalah pribadi berkaitan kewangan negara, yang boleh di kenakan
pelbagai tuduhan.Kesedaran ini telah melahirkan idea semasa masih berkuasa
dengan mencampakkan penentang dan memungut pembela.
Semua sudut berkaitan
undang-undang telah dibersihkan Najib sama ada peringkat Polis ,SPRM dan akhir
sekali Peguam Negara . Ketika ini tidak ada lagi suara-suara sumbing dari ketiga-tiga
sumber undang-undang itu selepas kata putus dari Peguam Negara.
Lihat apa yang hendak dilakukan
oleh mereka yang tidak ada kena mengena dengan jawatan Najib, telah merancang
hendak mengadakan perhimpunan menolak Najib pada 27 Mac 2016 yang mana polis telah memberi
amaran kepada ketua perhimpunan Zaid Ibrahim.
Bijaknya Najib menjaga dirinya yang sepatutnya di kelilingi jeriji penjara
sebaliknya kini hidup dibawah kekuatan penjagaan kabinet dan penguasa
undang-undang. Yang dijangka bertahan sekurangnya 3 tahun dari sekarang.
Mahathir yang dalam kelemasan akal
masih mengatur strategi lama, perancangan tahun 2009 yang tidak menggugat seinci pun
jawatan Najib. Keluar UMNO tidak menggemparkan dan menggegarkan parti tersebut.
Siapa dia Mahathir, sekarang ini tinggal nama, yang telah menjadi melukut –ada tidak
menambah ,tercampak tidak mengurangkan.
Sekarang strategi Najib telah
berjalan dan tidak sedikit pun merisaukanya dan membolehkan dia meneruskan
perjalanan ke seluruh dunia yang pada hari
ini 1 Mac 2016 Najib berada di Arab Saudi. Tidak ada orang mengatakan Najib
perasuah dan perompak wang rakyat kerana penjawab pelbagai tuduhan itu telah di
atur Najib yang sekarang semua tuduhan dianggap bau busuk tidak berbangkai.
Sebenarnya perangai kedua-kedua yang dianggap pemimpin ini, tidak banyak berubah .Cuma berbeza perancangan mengekalkan kuasa dan mempergunakan kuasa, semasa berkuasa..
Sebenarnya perangai kedua-kedua yang dianggap pemimpin ini, tidak banyak berubah .Cuma berbeza perancangan mengekalkan kuasa dan mempergunakan kuasa, semasa berkuasa..
Apa yang berlaku perangai orang
politik hari ini akan menjadi sejarah
tanahair .Kita tidak perlu melahirkan kegusaran UMNO boleh berkuasa pada
pilihanraya akan datang. Selagi melayu generasi 50an,60an.70an serta 80an masih
belum semua mati ,UMNO tidak perlu bimbang untuk meraih kemenangan setiap kali
pilihanraya kerana golongan ini merupakan golongan setia .
Golongan ini bersikap seandainya pemimpin
melakukan kesalahan pemimpin tersebut tidak perlu di hukum dengan enggan
mengundinya kerana dosa yang dilakukan adalah dosa antara dia dengan Allah.
Yang amat penting adalah parti perlu diberi mandat.
Formula masyarakat melayu ini menjadikan pemimpin UMNO angkuh,perasuah dan tidak bimbang dengan menerima kekalahan atau tidak terlintas pun menerima kekalahan ,setiap kali pilihanraya.Kesetia orang melayu tidak perlu di pertikaikan.Orang Melayu masih melabelkan orang UMNO sebagai raja pemimpin dalam negara ini.
Kekalahan beberapa calon mereka pada pilihanraya yang lalu, bukan berkurangnya kesetiaan melayu tetapi sebaliknya menggambarkan kesetiaan bangsa lain terhadap orang melayu atau UMNO. Kesetiaan bangsa lain inilah yang menyebabkan orang UMNO memperjudikan sedikit demi sedikit kontrak sosial berkaitan hak orang melayu untuk diagihkan kepada bangsa lain.
Kekalahan beberapa calon mereka pada pilihanraya yang lalu, bukan berkurangnya kesetiaan melayu tetapi sebaliknya menggambarkan kesetiaan bangsa lain terhadap orang melayu atau UMNO. Kesetiaan bangsa lain inilah yang menyebabkan orang UMNO memperjudikan sedikit demi sedikit kontrak sosial berkaitan hak orang melayu untuk diagihkan kepada bangsa lain.
No comments:
Post a Comment