Thursday, March 6, 2014

media .usia,kematangan dan kebebasan





Agaknya media  yang layak- pada pandangan Rani Kulup (NGO)  kiranya menjadi hakim penilai anugerah media sosial.tentu media Utusan Malaysia online,Berita Harian online atau blog-blog yang yang memuji dan memuja UMNO , serta pemimpin dan isterinya.

Mengikut rungutan dan  rasa tidak puashati terhadap media Malaysiakini, NGO UMNO itu,  yang juga penyokong tegar berita mendewa-dewakan  UMNO , mendakwa bahawa portal tersebut,banyak memainkan isu dengan memutarkan berita dan menaikkan  isu perkauman..

Sedia maklum media yang sering kena saman dalam negara ini adalah media yang condong kepada UMNO. Diantara sebab di saman oleh individu atau kumpulan tertentu, sudah pasti kerana menyiarkan atau memutarbelitkan berita.Cuma yang berbeza media mereka dilindungi dan melindungi pemimpin, maka tidak ada tindakan dapat dilakukan terhadap media sosial mereka .

Mempertikaikan kebebasan jawatan kuasa pemilihan dengan memberi kemenangan kepada media yang disukainya itulah erti kebebasan.Menyampaikan hadiah tidak menentukan siapa dan dari pehak mana,itu pun satu kebebasan.

Tidak berpuashati dengan pemilihan media yang terpilih,eloklah pehak NGO tajaan UMNO dan kerajaan memilih dikalangan media mereka sendiri .

Media cemerlang bukan media fitnah dan memihak seseorang atau komuniti manusia yang membodek dan berkepentingan dalam mencari habuan dunia. Individu dalam NGO, kita semua tahu ada lurah disebalik bukit sebaiknya  berundur dari memimpin. 

Jangan contohi seseorang yang telah dilantik duta atau senator selepas memijak kepala orang lain atau mengeluarkan pelbagai cakap fitnah sebagai sumber sijil .  Apakah ini matlamat individu NGO yang lantang bersuara sumbang  membodek, yang kadangkala terasa loyo tekak dan geli - ghoman .

Malaysiakini, kadang kala ada maklumat yang saya kira pahit untuk di baca kerana mengadungi bahan yang tidak selari dengan nada kita, tetapi kebebasan medianya masih terpelihara ,ada timbangtara antara semua manusia yang ada pelbagai fahaman.

Otak kalau sudah dijumudkan menganggap orang yang sebelah kita tidak boleh mengiktiraf orang berlawanan pandangan. Walaupun sesuatu perkara orang lain itu betul. Allah menjadikan manusia bukan sama bentuk, dan sama otak.Kita hanya satu pendapat kiranya warna sesuatu corak tetapi berbeza cita rasa sedap, sesuatu makanan tetapi boleh menikmati bersama kesedapan makanan itu.

Lebih dahsyat sikap NGO membodek, dengan membela dan memuja orang tertentu, yang masih kurang atau tidak ada sumbangannya kepada negara dan rakyat, cuma bertaraf isteri seseorang pemimpin yang nampak hebat, kerana diberi kesempatan menjalankan aktiviti negara, dengan wang dana negara, serta pelbagai kemudahan.Unkapan bahasa Demi rakyat itulah modalnya.

Tidak mengakui kredibiliti seseorang atau kumpulan orang lain kerana sikap katak dibawah tempurung yang hanya berpadangan sekitar kelompoknya.Manusia seperti ini hanya boleh berjaya hidup seorang  diri dalam kumpulan dalam hutan  yang tidak ada makhluk manusia lain.

Manusia yang mengetuai NGO ini masih tidak berpegang kepada  alam nyata   pemimpinnya masih  zaman kisah  ‘singapura dilanggar todak” yang menganggap usia seiring dengan pengalaman.  tidak mengambil pengajaran idea Hang Nadim,berumur 7 tahun  memembezakan titah bodoh   manusia yang berusia setengah abad.


Wednesday, February 19, 2014

pandangan mengikut otak yang cerdik sama bangang





Pandangan mengikut otak , ganjil ,gila telah bergema kembali dalam dunia Malaysia. Berbilion manusia di dunia ini  sejak  lebih 1400 tahun lalu menghayati islam yang sedia ada,tiba-tiba seorang rakyat  Malaysia dan beberapa orang  pengikutnya  mengadakan seminar mengenang kembali  hasil ajarannya.

Mereka sungguh berani  mengadakan seminar yang  fahaman telah di sahkan sesat oleh majlis fatwa. Mungkin yang merasmikan majlis tersebut bekas orang penting negara (beliau berkata Kassim (kanan) bukan anti-hadis dan sebenarnya sama seperti orang Islam yang lain) yang juga di akui oleh nabinya  itu adalah pengikutnya.
Apa perlunya menjawab pendapat otak Kasim Ahmad dan Mahathir serta pengikut yang lain yang mendakwa kelahiran ulama (kasta paderi) 300 tahun selepas Khalifah ar-Rasyidun sedangkan dia mengeluarkan idea otaknya lahir 1400 tahun selepas kematian (kasta paderi).
Tidak perlu ulama’ besar menjawab apa yang dikaji oleh kasim Ahmad cukuplah perbandingan jarak masa antara mereka hidup di dunia ini. Hukum akal, siapa dulu yang merasai masin,.manis, atau pahit.Pandangan mengikut otak ini yang cerdik pun jadi bangang
Majlis fatwa telah mengeluarkan fatwa 18 tahun yang lalu tetapi kasim dan geng-geng seumur dengannya masih berpegang pada hujah selepas 1400 tahun yang dicipta dan dianutinya.
Orang awam cukuplah dengan mengosongkan otak dari pandangan idea agamanya,tetapi memadai menghayati karya sasteranya. Apa yang penting hari ini islam yang sedia ada telah mencukupi. Hanya kita perlu mengerjakan rukun-rukunnya.
Jangan mengikut langkah orang-orang yang kiranya mengikut kebiasaan hampir mengejar kubur.Mereka seperti ini ibarat syaitan yang dikenali yang terus mendampingi manusia agar bersama-sama dengannya di akhirat.

Tuesday, February 11, 2014

Keting bertemu keting .cukuplah cakap aduhhh!! sahaja.



 

Sukan di Malaysia ini sudah menjadi tempat orang melepaskan geram,melepaskan dendam,menunjukkan kuasa,dan melahirkan orang yang terhormat menjadi tidak siuman. 


Itulah diantara sebab utama sukan bola sepak,takraw,badminton,dan hoki di negara ini menjadi belasahan negara-negara yang satu ketika dulu menjadi bulian Malaysia di padang.


Lihat sahaja apa yang berlaku dari bermulanya liga bolasepak Malaysia hingga ke minggu ini pergaduhan setiap kali perlawanan. Gaduh antara pemain-pemain yang dalam padang berpanjangan ke luar padang. Pergaduhan diantara penyokong dalam stadium berterusan ke kenderaan pemain.

  
Turut berasa sedih kerana penglibatan manusia di Malaysia  hormati dan agung-agungkan keturunannya terus mencemarkan nawaitu sukan itu diwujudkan. Keadaan ini berlaku kerana taksubnya hendak kemenangan berterusan apabila modal ala perjudian berjuta-juta dikhuatiri terkorban.


Kemelut  pelbagai jenis sukan di Malaysia ini akan berterusan selagi  rakyat dan pemimpin badan sukan tidak berusaha mencari  jalan penyelesaian  sikap manusia yang tidak bertanggunjawab .Dulu sukan untuk negara ,sekarang sukan untuk perut beta.


Sudah sampai masanya rakyat jangan memanggil kembali tragedi sejarah Tun Besar anak Bendahara di bunuh akibat destar raja Mahmud  terkena bola raga hasil pemainan Tun Besar dalam sepak raga bulatan.

  
Pemainan rakyat biarlah rakyat sahaja yang terlibat,besar risikonya kiranya orang yang dianggap bangsawan oleh rakyat  mencampuri  urusan rakyat  yang di anggap hina-dina.  Sikap Penghormatan dan sanjungan kehilangan daulatnya apabila terus bergurau senda  serta mencemar duli melalui urusan sukan.Sukan tidak mengenal lawan berasaskan keturunan.

Sekiranya ingin meneruskan sikap bersukan memikirkan keterunan buat sahaja liga negeri masing-masing. Ketika itu keturunan boleh mengawal rakyatnya dengan menyepak-terajang mengikut kehendak antara beta dengan patik. Liga Malaysia tidak memerlukan perjanjian antara demang lebar daun dengan sang sepurba.Keting bertemu keting di padang cukup  dengan aduhhh! sahaja .


Saya terus menyatakan bolasepak Malaysia hari ini akan berterusan menjadi jaguh kampong dan gah dalam negara dan negeri, selagi keadaan kepimpinan badan tersebut  tidak dapat membezakan urusan rakyat dan urusan raja.


Badan sukan di negara ini memerlukan ilmu dari Korea,Jepun dan China  yang sentiasa cemerlang  dalam bidang sukan . Pasukan sepaktakraw dan badminton Korea telah menjadi  pencabar utama disamping Thailand, dalam pertandingan antarabangsa baru-baru ini. Di negara tersebut, tidak melibatkan mereka yang disanjungi tetapi terus global di persada dunia.