Anak kecil main api. Terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang.Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa sesamalah kita. Cinta lenyap di arus zaman.Indahnya bumi kita ini. Warisan berkurun lamanya. Hasil mengalir ke tangan yang lain. Peribumi merintih sendiri.Masa depan sungguh kelam. Kan lenyap peristiwa semalam. Tertutuplah hati terkunci mati. Maruah peribadi dah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa. Yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati bersama berbakti. Pulih kembali harga diri.

Monday, May 22, 2017

Goli den,loyo den,heran den



Sepanjang minggu ini pelbagai berita yang mencuit hati .Diantaranya satu rencana yang merayu supaya rakyat negara ini  menilai kebaikan Rosmah Mansor macam kebaikan  bini Obama bekas presiden Amereka Syarikat.Penulis rencana ini tentunya cuba mengimbangi  kontrovesi yang menimpa Rosmah sekarang  dan yang telah lalu.

Boleh juga kita menuduh penulis ini mendapat habuan atau ganjaran  dengan membodek sebagini  rupa atau boleh juga kita sikap positif penulis ini ikhlas kerana kasihan Rosmah bini Najib di perkatakan  pelbagai macam melalui media.

Tidak kisah dengan sebarang tanggapan tetapi  perkara sebagini tentu meloyokan anak tekak mereka yang tidak bersetuju dengan sikap penulis. 

Yang ini lagi menggolikan  den menurut sumber syok sendiri bahawa kehadiran ramai orang di Bukit Jalil adalah sebagai bukti parti  keramat UMNO telah mendapat sokongan yang tiada tandingan parti lain di negara ini. 

Kalau setiap orang diberi elaun dan bas disediakan untuk hadir ke bukit Jalil pasti mencabar keseronokan nikmat servis percuma.Tidak ada orang hendak berlolah ke Bukit Jalil semata-mata hendak menunjukkan kesetiaan kepada parti. Apa nilai faedahnya.Sekarang ini tidak ada istilah sukarela percuma tenaga dan percuma  masa terutama orang-orang kampung  yang di himpit masalah kewangan.

Seterusnya perkara yang menggolikan  den adalah satu kenyataan orang  parti politik PAS bahawa partinya akan bertanding sebanyak 100 kerusi. Yang bertambah meng goli target  menang 40 kerusi  seluruh Malaysia tetapi  apakah jadahnya hendak cuba  60 kerusi yang lain.

Bagi den lebih baik mencuba  222 kerusi yang lain kerana menurut publisitinya telah ramai bangsa bukan islam telah berminat dengan PAS. Tahniah ! tetapi  kenapa takut hendak berkata bagini “ 100 di pertandingkan 100 menang “

Apakah tujuan yang bercakap ini . Satu kerja bangang ke, provokasi  ke,   kepada parti-parti politik yang lain, terutama parti politik yang belum pernah menang  pilihanraya.

Satu lagi kisah ialah bangsa melayu islam tidak boleh dipercayai lagi dan tidak amanah .Kita sedih  wang zakat menjadi mangsanya  dan wang masjid di gunakan untuk  keperluan peribadi AJK. Orang politiknya mengumpul  duit rasuah untuk  memiliki banglow,kereta mewah,berpuluh beg  tangan untuk bini dan jam tangan  berjenama yang harga puluh ribu untuk anak.

Parti politik melayu sudah tidak bersatu lagi walaupun namanya’ bersatu’, macam papan tanda “ Jangan buang sampah di sini” tetapi di kawasan itulah orang melambakkan sampah.PAS parti melayu berkerat rotan dengan PKR dan DAP.

PAS ini parti islam tetapi dalam persahabatan tidak mengikut islam .Rasullullah SAW  bersahabat dengan siapa sahaja bagi menampak islam ini agama kebaikan.

Tidak ada bunuh membunuh orang  islam  dilakukan sahabat PAS yang kafir, mengapa parti politik ini menjauhkan diri  dari mereka yang kafir ini. Apa yang dilakukan oleh mereka  yang kafir ini hanya setakat  sindir menyindir melalu media.Nampaknya tiada sifat  maaf dan  sifat sabar bagi yang ulamak melayu islam ini  dan amat jauh menyimpangnya dari sifat junjungan nabi kita.

Yang ini lagi menggolikan apabila mencegah kemungkaran ada masa tertentu .Penyangak politik  yang menyangak duit rakyat di biarkan dia menyangak sehingga pilihanraya akan datang kerana orang yang di amanah membunuh penyangak ini di khuatiri tuduhan terlibat bermain politik serta ada parti politik mengambil kesempatan..

Macamlah rakyat Malaysia ini bangang semuanya,  tidak tahu putar belit politik yang di lakukan oleh yang punya kuasa. Yang banyak penyangak ini hanya orang yang punya kuasa.Apabila tangkapan dilakukan keatas mereka semua tentunya manusia Malaysia akan berfikir rasional hendak mengekalkan mereka yang penyangak ini terus berkuasa.

Menurut orang kuat SPRM tidak bertindak sekarang  terhadap ahli politik, takut dijadikan alat parti politik kempen pilihanraya. Sebenarnya SPRM telah pun berkempen  pilihanraya bagi pehak  kerajaan sekarang bagi meneruskan kesinambungan urustadbirnya kerana tiada tangkapan salah laku rasuah maka kerajaan sekarang  dilihat bersih dari songlap harta rakyat.