Sunday, June 28, 2015

kerana kepala hantu dividen KPF tidak lebih 10%




Tidak tahu apa bahasa atau jenama hendak diberikan kepada manusia yang kerjanya ligat berfikir bagaimana hendak mencari sumber  kewangan dengan tidak perlu modal atau lebih tepat mencari rezeki terpijak.Di belit dan di putar golongan yang terlibat, dengan pelbagai bahasa ekonomi untuk menghalalkan cara.

Rezeki tersebut  untuk di persembahkan kepada bossnya ,yang hanya di ampu bodek dengan wang atau projek yang mendatangkan wang. Manusia jenis ini saya  jenamakan  beliau  kepala hantu. Kepala hantu ini di lantik Najib  mula berkuasa terhadap Felda lebih 4 tahun.

Dalam tempoh selama  4 tahun Felda hidup dalam kemurungan terutama kakitangan kumpulan tertingginya  hasil didikan pengerusi terbaik Felda - Raja Alias. Mereka di tempatkan dalam freezer sementara menunggu dibesarakan. 

Pengurusan tertinggi yang baru dan juga kakitangan di beri imbuhan elaun dan bonus penenang perasaan  yang tidak masuk akal . Kegelapan  Felda berterusan kepada Koperasi Permodalan Felda ,yang peringkat awal kehadiran kepala hantu ini, mengacau –bilau keteguhan kewangan koperasi.

Hari ini 28hb.June. 2015 telah 2 minggu Koperasi Permodalan Felda telah mengadakan mesyuarat agungnya serta telah meluluskan dividen sebanyak 10%, namun renik-renik bayaran tidak nampak samada di peringkat rancangan atau melalui bank. Berdasarkan pengalaman, mungkin simpanan KPF memerlukan faedah bank 1/2 tahun pertama (June 2015).

Perkara seperti ini tidak pernah berlaku sebelum kepala hantu ini mentadbir Felda dan berjaya mengatur kewangan koperasi yang turut menjejaskan keuntungannya,sehingga tidak berjaya  hendak membayar dividen dan bonus lebih 10%.

Berdasarkan prestasi Koperasi ini sejak mula di tubuhkan  1980 bayaran dividen dan bonus lebih 10% tetapi ketika ini keuntungan telah merosot, kerana gara-gara kepala hantu mengacau serta turut campur urusan koperasi.  

Banyak bukti-bukti  kepala hantu ini tidak senang hati keteguhan kewangan koperasi sejak dia menjadi pelesit dalam Felda.Tambahan lagi ketuanya memuji dan memuja bahawa kepala hantu ini pandai mencari duit. Lagi dia tidak senang duduk berfikir hendak menjahanamkan koperasi  dan dapat sumber kewangan untuk di persembahkan kepada bosnya.

Usaha kepala hantu ini hendak menjadi  ahli koperasi  bertujuan hendak berkuasa terhadap KPF gagal, maka pelan seterusnya ialah menarik balik 51% saham Felda induk yang dilabur dalam Koperasi Permodalan Felda merupakan, usaha pelesit  ini untuk menjahanam koperasi,dengan alasan untuk melabur dalam FGV, yang warga Felda terutama kakitangan maklum, gabungan syarikat itu tidak mendatangkan keuntungan.

Menarik pelaburan KPF dalam syarikat Felda hasil perancangan kepala hantu ini  seperti ,Felda Holdings Bhd ,Felda Palm Industries, Felda Felda Transport Services Sdn. Bhd.  Felda Vegetable Oil Products Sdn. Bhd. Felda Rubber Industries Sdn. Bhd., Felda Marketing Services Sdn. Bhd., Felda Kernel Products Sdn. Bhd. Felda Engineering Sdn. Bhd. Felda Security Services Sdn . Bhd. Felda Agricultural Services Felda Prodata Systems Sdn. Bhd. menjadikan Koperasi  hilang arah untuk mengawal  dan mengekalkan  keuntungan lebih 33 tahun yang lalu.

Kehadiran kepala hantu ini tidak diundang oleh ahli koperasi  tetapi adalah hasil undangan Najib untuk mencari dana kewangan FGV bagi di senaraikan ke Bursa Malaysia.Hasil mengacau Koperasi  kepala hantu ini telah berjaya memperolehi  kewangan sebanyak, RM2,200,000,000.

Kepala hantu ini telah berjaya menggagalkan tujuan asal koperasi ini di tubuhkan adalah untuk warga Felda memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat FELDA serta wadah simpanan dan pelaburan jangka panjang.

Sekarang ini syarikat-syarikat Felda telah jahanam dalam FGV kerana kegolojohan kepala hantu hendak memaparkan kebijaksanaannya kepada bossnya, maka  menyenaraikan  FGV dalam Bursa Malaysia ,walhal dari segi kewangan FGV yang ketika itu baru setahun jagung, dan kiranya FGV syarikat bukan GLC , tidak layak disenaraikan ke Bursa Malaysia. Lihat hari ini berapa nilai sahamnya di Bursa Malaysia(1.68).

Sebelum ini kepala hantu ini telah menipu peneroka dengan pembelian saham FGV bernilai RM4.55 /seunit dengan pinjaman bank serta menyanyikan dengan durian runtuh wang tunai.Sekarang peneroka terpaksa bayar bulanan kepada Felda RM50/sebulan melalui potongan pendapatan kerana saham FGV jatuh – jual rugi ,beli mati.

Kenapa rakyat masih menyimpan lagi kepala hantu ini, terutama warga Jempol . Najib tidak perlu kita pertikaikan, wakil rakyat kitar semula ini, kerana berkeadaan  termakan budi. Selagi kepala hantu ini ada dalam Felda, Koperasi Permodalan Felda tidak berkedudukan selamat kerana kepala hantu ini sentiasa mencari sumber kewangan sebagai ufti untuk bossnya.

Syarikat-syarikat felda yang masih bersama Koperasi yang tinggal 4 buah syarikat subsidiari  yang daya keuntungannya beresiko  besar mengalami kerugian.Inilah hasil demdam kesumat kepala hantu yang ingin melihat KPF hancur kerana gagal menerimanya sebagai ahli.

15 comments:

  1. PAS hilang identiti sebagai parti yang berasaskan Islam apabila membiarkan "budaya kempen kotor dan penuh fitnah" dalam pemilihan parti ...
    MEMBANGUN BERSAMA KEPIMPINAN CAI yg penuh dgn akhlak membarua, mentolol dan menjebonkan orang lain. Saya menyeru ahli PAS lepas lah jawatan anda dlm sebarang post dengan DAP di Pulau Pinang dan Selangor sebagai bukti masih bermaruah dan bertelur demi memenuhi kehendak dewan ulama/muktamar.

    Duvid ka maruah ka

    ReplyDelete
  2. komen 11:02 macam lembu bangang
    feda untuk peneroka felda
    bukan untuk penyangak kontot

    ReplyDelete
  3. aku setuju sangat...taida lagi bonus seperti tahun tahun lepas....ini semua angkara FGVH kononnya amat menguntungkan peneroka.

    ReplyDelete
  4. Wahai Peneroka dan Pencarum KPF cer buka mata luas-luas, buka minda .Kita kerugian besar kerana Kepala Hantu ini dibiarkan bermaharaja lela putar belit Saham kononya,sampai hak kita dividen kita KPF tak capai 10% ,Kapala Hantu untung atas angin macam Ulat Sagu.Wajarnya BERSATU sondol aje Kepala Hantu Pelesit dalam KPF ni..ya Allah hancurkan Kepala Hantu ni cepat-cepat.

    ReplyDelete
  5. Yg komen 11.02 tu pelik ckit...org bincang pasal lain....dia sebut benda lain....tak faham bahasa kot...

    ReplyDelete
  6. Bila x dapat apa yang diharapkan, cara yang menjengkelkan adalah menyalahkan orang lain. Memang dasar orang Melayu suka menuding jari. Negatif sampai ke mati.

    ReplyDelete
  7. To Anonymous...

    U ahli KPF ker..?
    Berapa banyak caruman u masuk..?

    Klu bukan ahli, lebih baik u senyap jer..
    Jangan nak jadi hanjing menyalak tak tentu hala...
    Jangan plk nak melaga-lagakan org melayu..
    U dengan kepala hantu sama naik jer, sebab takda ahli KPF...

    ReplyDelete
  8. To Anonymous...

    U ahli KPF ker..?
    Berapa banyak caruman u masuk..?

    Klu bukan ahli, lebih baik u senyap jer..
    Jangan nak jadi hanjing menyalak tak tentu hala...
    Jangan plk nak melaga-lagakan org melayu..
    U dengan kepala hantu sama naik jer, sebab takda ahli KPF...

    ReplyDelete
  9. PalerAnTwo iSa telah menazakkan warga Felda.
    Ya Allah kau jauhkanlah kami warga Felda daripada sifat celaka dan kebinasaan
    Lindungi kami daripada kejahilan kekufuran dan kedaifan

    ReplyDelete
  10. tahun ini dividen berapa?

    ReplyDelete
  11. Selamat Hari Raya kepada pelabur-pelabur KPF,

    Selepas KPF terpaksa menjual pemilikan 51% saham FHB kpd FGV dgn harga yg tidak berpatutan, sgt2 terbukti penyusutan pembayaran dari jumlah (Dividen+Div Tambahan) bg tahun kewangan berakhir 2014 & 2015 dgn hanya Dividen+Div Tambahan=10% sahaja menyamai rekod bg tahun kewangan berakhir 1997 sumber:http://kpf.felda.net.my/mengenai_kpf/Pages/anugerah_dan_pencapaian.aspx

    Syukur alhamdulillah kita masih dpt dividen lebih tinggi dr ASB, tapi dimana buktinya penjual pemilikan 51% saham FHB oleh KPF kpd FGV mendatangkan keuntungan kpd pelabur-pelabur KPF??? mungkin kepada sesiapa yg bertemu kepala hantu IS boleh ajukan soalan ini kepadanya, والله أعلمُ بالـصـواب

    ReplyDelete
  12. Penulis fikir semua org bodoh mcm dia . B0d0 bngat cerita yg di tulisnya

    ReplyDelete