Dalam cerdik ada
bangang.Kadang-kadang bangangnya tidak memadan dengan orang yang dulunya cerdik
satu negara dan terkenal di hati dan mata setiap manusia di Malaysia. Ibarat
roda, dulu cerdik di atas,manakala bangang di bawah.Sekarang bangang di atas cerdiknya
di bawah.
Pusingan ini sudah lumrah alam
dan seluruh isinya.Bagitulah kita sebagai manusia yang dikatakan makhluk
terpilih menjadi khalifah tidak terkecuali
berlaku keadaan yang pada
pandangan mata mengaibkan.
Oleh sebab itu kita tidak usah
mendongak selalu dan medabik dada mencabar serta menepuk meja bertitah, kerana
kita seorang pemangsa. Lupa kita bila kaki telah patah,kuku telah tercabut
,yang ketika ini mangsa pula menjadi pemangsa.
Kesemua keadaan ini telah
berlaku,sedang berlaku dan akan berlaku,cuma yang pelakunya tidak sedar apa
yang berlaku terhadap dirinya. Yang dulu mungkin tidak menyangka, perkara
,perkataan dan idea bangang akan berlaku terhadapnya.
Bagitulah yang telah berlaku
terhadap ‘orang tua dipinggir lubang’ yang
sekarang merepek-repek tidak tentu apa yang dicakapnya,bagai ‘budak merah’ yang baru belajar
bercakap,tidak tahu apa butir-butir atau makna apa yang dituturkannya.
Orang tua ini telah menganggap
membina lebuh raya,bangunan tinggi negara,dan pembinaan kilang kereta adalah
milik kekalnya dan hasil duit titik peluhnya.Cakap gilanya ini bukan cakap
merapu tetapi telah hilang fikirannya bahawa kesemua warisan negara dibawah
pentadbiran perlu dimusnahkan kerana marahkan Najib.
Kini memainkan peranan
memburukkan negara melalui media luar yang dulu dia sendiri tidak suka orang
bersikap demikian.Kita percaya orang di
pinggir lubang ini tidak akan berpuashati selagi Najib duduk senang di
Putrajaya.
Malaysia bernasib baik tiga PM
sebelum ini tidak gila seperti orang tua ini, menyuruh memusnahkan apa yang ada
warisan pentadbiran semasanya dan mengacau bilaukan orang lain menjadi Perdana
Menteri. Kiranya wujud seorang lagi seperti dia ini berkemungkinan dia tidak
sampai 5 tahun jadi PM.
Yalah, manusia Malaysia semua tahu orang tua ini memang tidak
semenggah semasa berada sebagai orang No.1 Malaysia .Semua Timbalannya habis di
campakkan sebelum mereka naik
menggantikannya.
Kini usia ‘kubur kata mari, rumah kata pergi, masih belum bertaubat
menghancurkan karier politik orang,, pemusnah kuasa raja, yang bersikap seperti
firaun berterusan hingga ke pencen.
Semasa berkuasa pemusnah Timbalan
Perdana Menteri . Sudah pencen ingin
berkhidmat memusnahkan jawatan Perdana Menteri. Kita maklum Abdullah Badawi,
menjadi mangsa hasutan singkir yang
pertama. Kini Najib dalam proses penghancuran jawatan.
Nasib baik dia tidak sempat menggubal undang-undang bahawa “Bekas PM di Malaysia yang masih hidup di
bolehkan melantik,PM yang baru, bersetuju ,serta berkuasa menyingkirkannya PM
yang ada kiranya tidak berpuas hati.
No comments:
Post a Comment