Wednesday, December 5, 2012

Bangau oh Bangau




Semakin hampir piliharaya ke 13 semakin banyak perkara-perkara yang dulu tersorok dan disorokkan terkeluar dan terbongkar terutama mereka yang mempunyai kuasa dan tidak berkuasa lagi.Kuasa Allah kesemua perkara baik atau buruk yang terselindung yang belaku adalah kehendaknya dan adalah rahmat kepada rakyat untuk menilainya.

Belum lagi pilihanraya dan Pakatan rakyat akan memenanginya,kiranya benar perkataan MENANG menyebelahi Pakatan ,nescaya lebih banyak kes-kes tertunggak dan tertangguh akan terbongkar .

Pembongkaran sebelum pilihanraya ini tidak akan di paparkan di dada akhbar yang menganggap dirinya arus perdana seperti devil  utusan dan devil berita serta devil tv. Cuba semak berita ini ada atau tidak dalam kedua-dua akhbar  dan tv negara  .Kiranya perkara-perkara seperti ini terpilih sebagai berita akhbar dan tv devil  ini sudah pasti 100% rakyat menyokong parti lain dari parti devil.

1.      Dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, Musa Hasan  menyatakan dengan jelas  tuduhan bahawa menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.

    Tindakan Hishamuddin itu menurut Musa bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau (IGP) saja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan

2.  Tan Sri Musa Hassan pernah menyalahgunakan kuasanya semasa memegang jawatan  Ketua Polis Negara (KPN) dan bersubahat dengan Peguam Negara (AG) menggugurkan satu kes jenayah melibatkan dirinya pada 2006, kata bekas rakan setugas dan pesaingnya Datuk Ramli Yusuff.

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memberi respon kepada dakwaan  bekas KPN dalam sidang media minggu lalu, di mana Musa menuduh Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara menteri dan ahli politik yang campur tangan dengan  urusan polis.

“JSJK pernah menangkap seorang penjenayah bernama Goh Cheng Poh@Tengku Goh pada  Disember 2006.

Tengku Goh membuat afidavitnya dan membabitkan nama Musa Hassan.

“Kemudiaan, saya serahkan kepada pejabat AG, namun tidak difailkan di mahkamah          mengakibatkan permohonan habeas corpus oleh Tengku Goh dibenarkan dan dibebaskan,” kata    Ramli 

3.  Peniaga kontroversi Deepak Jaikishan menggesa Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah meletakkan jawatan untuk menyelamatkan Umno daripada malu dengan kes penipuannya.
Beliau menyaman ketua wanita Umno Selangor dan syarikatnya, Awan Megah Sdn Bhd kerana      dakwaan menipu dalam pembelian tanah seluas 223.33 ekar di Bukit Raja, dimana kesnya     didengar semalam.

 Beliau menamakan Awan Megah bersama dengan Kementerian Pertahanan, Syarikat Tanah Dan   Harta Sdn Bhd dan Cebur Megah Developement Sdn Bhd dalam dakwaan beliau mengenai      tuduhan menipunya berjuta ringgit dalam perjanjian pembelian tanah itu.

Deepak, 40, menjalankan perniagaan penjualan permaidani, berkata bahawa beliau bersetuju       untuk membeli tiga bidang tanah pada 2007 dengan harga RM13 juta dan RM72 juta jaminan     bank untuk bon tanah dari Raja Ropiaah, yang menerima kontrak penswastaan bernilai RM100          juta untuk membangunkan pusat penyelidikan pertahanan yang dikenali sebagai Pusat Pengajian      Pertahanan Nasional (Puspahanas).

"Sebenarnya, selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil tindakan cuba             mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang telah menolong kawan,  tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50 orang penguatkuasa kerajaan datang melawat,     masa kes Bala terdedahlah. Jadi kita pun tahulah pada ketika itu, Najib is sitting Prime Minister.  Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima enam lori".

"Jangan makan kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi dengan hantar 50    penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita senyap, jangan cakap. Kita tahulah, ini   bukan kawan. Kalau macam ini, baik hari itu bagi dia tenggelam".

"Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai dengan adil. Bagi saya, dunia   ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara  ini tidak akan terhenti".

Andainya tidak ada media alternatif seperti, Sinar Harian,Malaysian Insider,Malaysiakini,dan Blog individu, barangkali  berita jahat seperti ini tidak mungkin di perolehi oleh orang ramai. Dari berita seperti ini apa akan berlaku selepas pilihanraya, sekiranya kerajaan sekarang tumbang di guling demokrasi.
Memang ada benarnya kata beberapa orang politik dalam siri ceramahnya, bahawa selepas piihanraya, kiranya Pakatan Rakyat menguasai  Putrajaya, mungkin penjara seluruh negara dipenuhi menteri dan pegawai kerajaan  yang  rasuah dan melakukan jenayah, serta menyalahguna kuasa, yang selama ini terlindung dan sengaja dilindungi.Mereka akan jadi seperti beras lembap,dijual tidak laku,ditanak tidak mual.

Membayangkan mereka berkurung dalam jeriji penjara seperti dalam filem-filem barat  dengan keadaan bergaduh,menjerit dan masing-masing menyalahkan diantara mereka, kenapa masuk penjara.Diantara ketua mereka adalah penjahat  yang banyak dosa kerana berkuasa lebih 22 tahun yang masih bagai harimau menunjukkan belangnya

Kita tidak terpesona mereka lantang bercakap,  akan mempertahankan Putrajaya hingga ke titisan darah terakhir, kerana sudah terbayang apa akan berlaku terhadap diri mereka, sekiranya  mereka tidak berkuasa lagi ,terutama yang telah banyak melakukan kesalahan “umpama di kunyah patah gigi,ditelan sembelit”.

No comments:

Post a Comment