Allah menjelaskan menerusi surah Luqman ayat 34 “ Dan
tiada seorang pun yang mengetahui (dengan pasti) apa yang dilakukannya esok,dan
tiada seorang pun yang mengetahui di mana dia mati”.
Kurang lebih sebulan setengah lagi menjelang
tahun baru 2013 iaitu tahun pilihanraya ke 13.Semakin hari semakin sunyi diri
ini, kerana hari ini 21 November 2012 telah pergi selama-lamanya seorang lagi rakan satu majikan,satu group
membujang, serta satu skuad pencen.
Pemergiannya mengimbau kenangan semasa menikmati
usia muda,belasan dan dua puluhan tahun dan beliau juga merupakan pelawak terkenal di kalangan kami, juga
merupakan best actor semasa
remajanya.Barangkali ketika usia itu, jika diketahui bahawa, tarikh ini adalah
tarikh kematian, sudah tentu bahagian
tempat sujud karpet sejadah menjadi reput.
Itulah rahsia Allah tidak diberitahu kematian
seseorang manusia setelah menikmati
bahagia remaja dan berkeluarga lebih 29 tahun yang lalu. Satu nikmat
yang menjadikan kita lupa mati. Nikmat lupa mati ini ,menjadikan manusia hari
ini lupa akhirat yang ada syurga dan neraka.
Melupakan akhirat yang ada nikmat syurga dan dilupakan akhirat yang ada seksa neraka. Lupa adanya
neraka manusia berterusan mengintai nikmat dunia ,dilupakan syurga walaupun mengetahui kehebatannya.
Mengintai nikmat dunia melakukan aktiviti
mementingkan diri ,menjadi kaya raya, dengan rasuah,penyelewengan tanggungjawab
dan membiarkan keluarga ke lurah maksiat.Kesemua ini kerana mereka sengaja
melalaikan adanya kematian dan mati jauh dari usia ketika ini.
Manusia muslim yang waras dan mengenali atau dapat membezakan warna hitam atau
putih,pasti tahu punca seseorang itu ke
syurga atau neraka, serta mengetahui diri sendiri akan ke arah kedua-dua tempat tersebut.
Melupakan mati menjadikan masyarakat
Malaysia berterusan memperkatakan pilihanraya dengan pengisian cakap-cakap
pilhanraya yang seolah-olah mereka yang bercakap itu umurnya akan sampai ke tarikh pilihanraya
tersebut.Lupa rahsia Allah berkuasa sama
ada dimatikannya atau mematikannya.
Cakap-cakap pilihanraya hari ini “umpama sadur ,menimbulkan senam” dan mereka
yang bercakap “umpama santan masuk ke
pasu,hampasnya tumpah ke tanah”.
Selagi belum di adakan pilharaya ,manusia melayu Malaysia yang sepanjang hari usianya
semakin singkat, berterusan membuat dosa –dosa berpolitik , yang menganggap apa
yang di cakapkan tidak berdosa, dan apa
yang telah dicakapkannya juga telah
dituturkan itu, mengetahui berdosa, tetapi tidak mengaku perbuatannya itu berdosa,
yang kesemua ini mereka lakukan ,kerana nikmat
tidak tahu bilanya mati.
No comments:
Post a Comment