Saya berpegang pada yang betul tetap betul dan yang salah tetap salah.Yang betul kita beri pujian manakala yang salah dihukum mengikut undang-undang.Mahkamah menyelesaikan kemelut yang bersalah.
Kemana kita hendak mengadu kalau bukanya hakim mahkamah.Tidak boleh buat keputusan mengikut kehendak indiviu atau sekumpulan masyarakat .Rasuah atau menggunakan wang negara untuk kepentingan kita atau geng kita adalah satu perbuatan mencuri atau merompak yang senjatanya merompakannya ialah kuasa.
Orang Kampung macam saya ini airmata darah sekali pun tidak akan jumpa 2.3 bilion atau 42 juta.Merompak menggunakan senjata usah mimpi dapat merompak dengan mudah sebanyak itu.
Kita tengok pemimpin politik bawah ini,Apa matlamatnya untuk keadilan,sepatutnya kita bersyukur kerana hakim bertindak betul bagi mengatasi korupsi di negara kita.
"Pemimpin Umno masih marah dengan tindakan DAP meraikan keputusan mahkamah untuk Najib Razak kekal di penjara, menyebabkan Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh mendesak agar parti keramat Melayu itu keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan menghidupkan semula MN "
Kenapa kita takut mengikut contoh undang-undang negara luar,China ,Singapura dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan negara ini tidak ikhlas mengatasi peneyelewengan.Sebab utama mereka sebagai wakil rakyat yang berkuasa menggubal undang-undang takut "senjata makan tuan"
Hari ini negara dikejutkan dengan berita Pegawai tertinggi tentera terlibat dengan rasuah, bekas menteri menyapu duit rakyat berjuta-juta.Kes tertunggak yang masih belum bicara nilai wang berjuta dan berbillion
No comments:
Post a Comment