Tuesday, November 6, 2012

perbandingan orang yang tidak siuman



Kesimpulan berita dan bicara politik disiarkan melalui media berkisar dua perkara – pembangkang, parti yang  tidak berkemampuan memerintah manakala  kerajaan yang sedia ada ini telah berjaya memerintah selama lebih 55 tahun.

Barangkali dari  mana manusia jenis ini mencipta maklumat, dengan mudah menganggap kerajaan lain bangkrap idea  untuk memerintah. Belum ada sebuah kerajaan persekutuan lain, selain kerajaan yang 55 tahun ini menjadi  kerajaan persekutuan. Adakah rakyat akan mendengar kenyataan ini  mendungukan fikiran dan mengesahkan kebenaran, cakap-cakap orang bijak membodohkan diri dan terus menyokongnya.

Biasanya manusia yang siuman akan membuat perbandingan berdasarkan diantara dua atau lebih dari satu perkara yang telah wujud  sama ada si A atau si B atau si C lebih baik.Ketika ini kita hanya kenal hati budi kerajaan syaitan (kata Mahathir), tetapi masih belum wujud lagi kerajaan selain dari itu. Bagaimana kita boleh menilai dan mengeluarkan piawaian orang lain,busuk ,baik atau lebih baik andainya tidak berdasarkan sekurang-kurangnya dua manusia,dua makhluk,dua fizikal.atau dua barang.

Ketika ini, ada yang  membuat   statement  tidak berkemampuan “dantelah berjaya hanya di umumkan  dan diberi standard oleh mereka yang kurang waras. Selagi belum lahir dua kerajaan persekutuan yang berbeza nama dan style pentadbirannya maka oleh itu, tidak layak dibuat perbandingan. Terlibat sekali  kurang warasnya masyarakat yang mencium tangan pemimpinnya, mereka yang mengangguk, dan berkata benar, apa yang dicakapkan oleh pemimpin mereka itu.

Tanpa prasangka emosi politik, luaskan  pemikiran, dan renungkan , curahan budi  dan pertunaian janji  oleh kerajaan yang telah sedia ada, dan masih ingin berkuasa dan sentiasa mencanangkan kerajaan yang telah berjaya.

Tidak perlu dibuat perbandingan dengan kerajaan yang jauh,kerajaan benua afrika,atau lain-lain benua, hanya perlu kita bandingkan dengan kerajaan yang berjiran selatan negara kita, yang dulunya satu pulau yang disedekahkan oleh kerajaan yang memerintah 55 tahun .

Saiz negara kecil dan hasil terhad mempunyai segala kelebihan dari negara ini, serta mempunyai pemimpin yang berkualiti –bersih dari korupsi. Selalu menang dalam percaturan undang-undang antarabangsa dengan negara ini.

Pembangunan manusia , khasnya orang melayu–Perubahan kualiti hidup dengan kepincangan sosialnya seperti salahguna dadah,membunuh,zina, rogol,  vandalisme serta keruntuhan moral kekejaman, antara lainnya –anak menderhaka terhadap ibu bapa, dengan membunuhnya dan menganiayanya.Perkara ini tidak sekerap hari ini berlaku semasa era  perdana menteri pertama,kedua dan ketiga.Mementingkan mengejar kemajuan material 2020 sehingga terlupa menutamakan nilai-nilai murni dalam keluarga.

Ruang ibu bapa bersama anak-anak terhad, kerana kesibukan urusan mencari nafkah ,bagi menyelesaikan urusan ekonomi diri dan keluarga yang sentiasa dilanda masalah ketidakadilan menikmati  ekonomi ,yang  di asak sesak dengan harga barang yang tinggi. 

Kerap sibuk berurusan menyediakan keperluan kewangan rumah tangga,untuk membeli makanan, bayaran pendidikan ,bayaran untuk mendapatkan rawatan kesihatan,yang kesemua tidak selari dengan pendapatan.  Biasanya berbelanja melebihi pendapatan,-defisit- selanjutnya melahirkan hutang.

    Perkembangan ilmu yang menyumbang kepada pembangunan insan dan negara hanya berjaya melahirkan seramai boleh, pelajar mendapat 5AUPSR,9APMR,12A+SPM dan  puluhan ribu,dengan 14 buah universiti  telah mengeluarkan graduan sepanjang tahun.Mereka yang berpendidikan ini keluar  mencari jalan mudah hanya bercita-cita menjadi kerani (SPM) pegawai  PTD (ijazah) dan guru(SPM,Diploma dan Ijazah) yang ketika ini melimpah- limpah permohonan melalui job aplycation SPA,dan SPP. 
     
Masih kurang terdapat graduan yang berkebolehan dan berjaya menggunakan ilmunya ,melahirkan inovasi bagi kepentingan rakyat Malaysia. Malahan ada diantara mereka melakukan jenayah kolar putih, yang juga telah menjadi trend mengaut keuntungan diri dan menjahanamkan negara.

Penghayatan kesetiaan perintah Allah dan Rasulnya telah longgar kerana anak-anak melayu hanya diberi pendidikan asas ilmu islam diperingkat sekolah rendah, dan sukatan pelajarannya hanya setakat mencukupkan syarat-syarat untuk lulus pepeiksaan.Penekanan terhadap mempraktikan ilmu islam jauh sekali dicadangkan dan di ilmiahkan pada tahap sekolah tersebut.

Ilmu-ilmu agama disebarkan melalui masjid adalah terhad dan dikawal kerana dikuatiri ilmu tersebut memburuk kerajaan yang ada serta menjejaskan sokongan rakyat terhadap kerajaan yang sedang memerintah.

Kelemahan ini menyebabkan runtuhnya intitusi keluarga, yang mana anak remaja dengan mendedahkan aurat, dan hanya mengamalkan membalut urat, yang menampakkan lurah-lurah kemaluan,bentuk-bentuk tubuh, dan  menggunakan dadah,pergaulan bebas, yang melakukan zina percuma, antara mereka dan membuang bayi. 
 
Pembangunan fikiran rakyat, orang melayu khasnya yang metalitinya bergantung kepada kerajaan semua urusan kehidupan.,terutama bidang pekerja,bantuan perniagaan, dan mengharapkan quota mengikut bangsa bagi memenangi tender ,dan urusan jual beli bernilai tinggi.Sehingga kesemua ini masih pada tahap undur 55 tahun lalu. 
Menikmati ekonomi melalui perniagaan – jurang bangsa melayu dengan orang cina atau bangsa lain semakin jauh .Hanya kajian berkepentingan politik mengaku bahawa selama 55 tahun  melayu telah berubah, tetapi pada realitinya majoriti orang melayu masih bertaraf peniaga kecil. 

Tidak mampu bersaing membuka restaurant ,membuka kedai hadrware, kedai runcit ,dengan sewa kedai atau bayaran bank untuk  memiliki bangunan RM4000sebulan.

 Pertumbuhan bangunan atau deretan kedai dibandar-bandar tidak mampu dimiliki atau disewa oleh orang melayu, kerana melayu hanya menjadi peniaga yang berpendapatan kecil ,dengan menjual sayur taugeh,kacang dan ikan dan menjual makanan ,nasi lemak rojak serta mee.
Harga sebuah sebuah kedai di majukan oleh swasta dibandar -bandar bernilai  lebih RM 650,000 .


Kita pergi membodohkan  diri dengan membanci, ada atau tidak orang melayu menjadi tuan punya atau penyewa gedung perniagaan di bandar yang pesat membangunkan deretan kedai.

Kesimpulan bagi urusan ini, ialah orang melayu layak sebagai peniaga gerai-gerai yang terlarang, gerai tepi-tepi jalanraya,kawasan-kawasan kosong, tanpa dilesenkan oleh pehak PBT atau majlis-majlis daerah yang mana tidak dikenakan sewa atau cukai.
 
Kejayaan yang ketara kerajaan hari ini ialah mengkayakan wakil rakyat dan bekas wakil rakyat kerajaan dan keluarganya yang memerintah selama 55 tahun, terutama mereka yang menjadi wakil rakyat era 8oan,90an dan era 2000 hingga hari ini.

Sebagai bukti mereka telah memiliki harta /asset berbilion dan juta-juta didalam dan luar negara. Menjalin hubungan mesra dengan tokoh-tokoh jutawan bagi tujuan supporter kewangan perniagaan diri dan keluarga,pertubuhan dan parti.

Mereka yang menjadi wakil rakyat ini tidak akan merasai kekayaan seperti yang dikecapi, sekiranya mereka masih bekerja dengan kerja sebelum menjadi wakil rakyat. Apakah kenyataan ini boleh di nafikan?
Dengan pendapatan dan elaun yang terhad sebagai wakil rakyat selama maksima 22 tahun adakah mampu memperkayakan dirinya dan  keluarganya. Sudah tentu bagai si lumpuh pergi merantau.sibuta tersenyum menonton ,si pekak ketawa melihat orang ketawa. 

Rakyat Malaysia tidak perlu memberi peluang kepada pemimpin yang memuji diri untuk terus berkuasa dibimbangi kiranya berterusan berkuasa -sekarang 1 untuk kau 50 untuk aku, kepada 5 untuk kau 1000 untuk aku.

No comments:

Post a Comment