Tuesday, October 30, 2012

Isa bercakap macam seluk wang dari poketnya




Titah dijunjung,perintah dijalankan.Itulah yang selalu berlaku di rancangan Felda .Pengumuman Raja Felda, Tan Sri Isa Samad bahawa bekas isteri (janda)peneroka boleh menuntut durian runtuh,bonos dan pelbagai wang sedekah mengundang masalah kepada kakitangan rancangan.

Pengumuman Perdana Menteri,menteri atau raja Felda berkaitan pemberian kewangan,selalunya menimbulkan gelak besar peneroka dan keluarga tetapi mengedutkan dahi pegawai Felda untuk melaksanakannya.

Buka sahaja mulut pehak yang punya Felda hendak memberi habuan wang melalui media pagi ini,maka pagi keesokan harinya, akan kemaruklah warga peneroka menuntut ,apa yang di cakapkan dipejabat-pejabat rancangan. Janda yang lebih 30 tahun ditinggalkan suaminya akan muncul di pejabat menuntut apa yang dijanjikan mulut.

Tiba-tiba, mereka itu akan jahil peraturan pejabat rancangan,pejabat wilayah dan ibu pejabat yang semestinya memerlukan masa lebih seminggu untuk dilaksanakan titah raja Felda itu.Dia lupa juga bahawa raja Felda bercakap dengan menganggkat bibir atas dan bawah serta mengangkat tangan sebagai menunjukkan isyarat.

Raja Felda, Isa Samad hanya tahu bercakap demi menjaga suasana politiknya, tetapi masih samar-samar sumber kewangan dan maklumat perangkaan  yang diperlukan dari rancangan atau wilayah. Raja Felda  tidak tahu  bahawa habuan berkaitan wang akan lebih ramai janda-janda baru selain dari senarai janda simpanan di pejabat rancangan.

Janda-janda yang baru muncul, luar pengetahuan kakitangan rancangan, yang datang dari jauh,bertanyakan apa yang diumumkan oleh raja Felda. Kakitangan Felda yang masih terpinga-pinga berita laba kepada peneroka itu, akan memberi jawaban belum ada apa-apa perkembangan dari ibu pejabat berkaitan pengumuman. 

Terus menimbulkan kemarahan mereka yang terlibat kepada kakitangan.Kakitangan yang menjadi mangsa kemarahan tersebut hanya mendapat kata-kata maki hamun dan tuduhan satu pembohongan serta sengaja melambat-lambatkan perintah.

Pelbagai risiko lagi timbul dipehak kakitangan rancangan dan wilayah apabila raja Felda,menteri dan perdana menteri nya bercakap ikut sedap mulut dan menyedapkan politiknya dan semasa bercakap seolah –olah procedure kewangan bagai menyeluk poket.

Apa yang dirintihkan oleh janda-janda melalui media adalah bagai “tingkalak menghadap mudik,lukah menghadap hilir”tetapi kakitangan di rancangan di maki hamun seperti "bahasa  maki hamun  Najib "dan dihina dengan tuduhan makan gaji buta dan macam-macam bahasa kesat”tiada terjilat oleh anjing”. 

No comments:

Post a Comment