Iklan –Merujuk kepada
saranan-Naib Yang Dipertua Persatuan
Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) Kebangsaan, Rubiyah Haron berkata,
sepatutnya iklan sama ada di papan iklan, media cetak serta elektronik
menunjukkan budaya bersesuaian dengan rukun negara berkaitan kesopanan dan
kesusilaan.
Bukan salah pengiklan
sekiranya iklan tidak sesuai dengan tatasusila negara ini . Semua syarikat iklan menawarkan bayaran yang lumayan kepada model iklan terutama
kepada wanita dan memberi pilhanan serta
mengetahui setakat mana dirinya di ambil kesempatan.
Wanita yang berkaitan sepatutnya menolak tawaran yang memaparkan imej yang tidak sesuai dengannya, dalam keadaan berunsur lucah atau tidak sopan.
Kadang kala terdapat
papan iklan yang memaparkan pakaian dalam untuk
wanita, yang mengghairahkan. Semua
ini adalah kehendak wanita itu sendiri.Tidak melibatkan eksploitasi terhadap
wanita. Pengiklan memberi pilihan hendak telanjang ke atau tertutup.Kadangkala
wanita model tersebut berasa bangga dengan kecantikan dirinya dijadikan ikon
sesuatu produk.
Individu model sendiri yang mengejar soal bayaran. Tidak
guna beretika kerana itu pilihan mereka.
Syarikat iklan terus memikirkan
-berektika adalah pilihan kedua atau terakhir, kerana tanggungjawab utama
melariskan barang-barangan customernya,
menjaga pungutan hasil syarikat. Agensi
pengiklanan bertanggung jawab kepada pelanggan agar syarikat mencapai matlamat
itu.
Iklan hari ini lebih
terbuka .sebagai contoh iklan tuala bulanan wanita .Dahulu perkara-perkara
berkaitan pakaian dalam wanita adalah perkara sulit dan malu untuk tatapan
kelayak ramai.Tidak dibincangkan atau maklumkan kepada umum.Tetapi hari ini ada
wanita yang sanggup mengaku memakai sesuatu jenama pakaian dalam dan tuala
wanita.
Hari ini kita hanya melihat
grafik tuala wanita di kaca tv atau di papan iklan ,mungkin beberapa
tahun akan datang, kelihatan wanita sedang menggunakan jenama yang disukai melalui gambar sebenar.
Sehari demi sehari etika kesopanan moral beransur-ansur
dilanggar dan dijadikan kebiasaan dan sikap tidak apa dan apa salahnya terus
digunakan.
Lihat sahaja hari ini iklan kanak-kanak sedang dipakaikan
cawatnya(pampers) melalui tv ,nampak hanya bahagian belakang(bontot) anak
tersebut.Berkemungkinan suatu hari, anak yang sedang telanjang bulat ,yang
nampak keseluruh badan tidak kira
samaada lelaki atau perempuan akan dipakaikan dengan cawat jenama tertentu -eksploitasi terhadap kanak, ibu anak tersebut berbangga dengan anaknya cergas serta comel di jadikan model sesuatu jenama pakaian dan mendapat bayaran.
Iklan wanita dengan pakaian dalam sahaja hari sudah menjadi
lumrah dipamirkan dimana-mana .Apakah penerimaan sikap wanita seperti ini
adakah salah etika pengiklanan?
Cara pengolahan dan penonjolan iklan yang menjolok mata dan
tidak ada kesopanan serta melanggar etika akan berterusan walau di
kuatkuasakan etika pengiklan,melainkan mereka yang diberi kuasa bertindak menarik semula, serta tidak membenarkan iklan
tidak senonoh ini di pamerkan kepada umum.
No comments:
Post a Comment