Sunday, October 28, 2012

menghampiri zina


Membimbangkan, seterusnya menakutkan, perangai anak muda melayu yang ibu bapa mereka mengaku islam, berterusan menjadikan lokasi longkang,parit ,tong sampah,tali air dan bangunan ,untuk membunuh anak zina mereka. .Budaya buang bayi telah menjadi-jadi,.hampir setiap hari berlaku.Jahiliah Melayu Malaysia ini bermula dari rumah dan dapat restu secara tidak lansung dari ibu bapa mereka.

Masalah sosial orang melayu ini berlaku kerana banyaknya aktiviti anak muda melakukan perkara menghampiri zina ,sebelum berzina.Bermula dari sekolah telah terbuka perkara-perkara menghampiri zina dengan kebebasan pergaulan tanpa sekatan.Guru-guru tidak ambil peduli dan tidak dapat mengambil peduli kebebasan murid dalam kelas ,kerana itu bukan tugasnya.Tugas utama mereka mendidik anak-anak mendapat akademik cemerlang.

Terdapat murid perempuan dan lelaki yang lebih bermegah dan bangga  apabila diantara mereka telah mempunyai pasangan diperingkat sekolah lagi. Mereka yang single dikatakan bodoh dan tidak membaharui tamadun.

Ibu bapa lebih bersikap terbuka dengan kebebasan anak mereka apabila pulang dari sekolah  maka lebih banyak peluang melakukan kerja-kerja menghampiri zina dengan teman lelakinya yang bermula dari kelas atau satu sekolah yang sama. 

Balik dari sekolah ramai murid perempuan jadi pembonceng motor pelajar lelaki, yang kadang kala singgah sebentar dimana-mana taman atau tempat yang boleh melakukan kerja yang menghampiri zina.

Ibu bapa hanya membiarkan perkara ini berlaku dan menganggap satu kebiasaan.Masyarakat sekeliling lebih teruk lagi apabila ternampak perkara-perkara menghampiri zina berlaku terus memejamkan mata terutama mereka kenal anak siapa yang melakukan kerja tersebut, kerana ditakuti apabila ditegur akan berlaku tindak balas diluar jangkaan.

Berterusan aktiviti hampiri zina setiap pasangan lelaki dan perempuan terutama mereka yang berada satu kampung,taman-taman perumahan, dan rancangan-rancangan Felda tanpa kawalan ibu bapa.Mereka diberi kebebasan 100% kepada anak mereka, tanpa apa-apa bantahan, apabila mereka balik lewat atau jantan mana yang menghantar pulang ke rumah.

Sehari,seminggu,sebulan dan setahun anak muda yang berpasangan biasanya menunggu teguran ibu bapa, atau halangan berkaitan hubungan mereka berdua. Kesepian teguran seolah-seolah mereka berpendapat perkara yang mereka lakukan adalah baik.dan mendapat restu.
Ibu bapa pasangan lelaki pasti membisu apabila melihat anaknya menjinjing anak dara orang, kerana lelaki bukan ada apa-apa kesan sekiranya melakukan perkara tidak senonoh. Mereka lupa Allah menghukum mereka dengan hukuman yang sama bagi kesalahan zina dan ibu bapa berkongsi dosa dengan anak-anak remaja mereka dibawah tanggungjawabnya.

Kebebasan menghampiri zina tidak berlaku lagi apabila anak-anak muda berada di universiti dan alam pekerjaan .Sebaliknya yang ada kebebasan  untuk melakukan zina pada bila-bila masa, kerana persekitaran untuk melakukan zina terus mengizinkan tanpa sekatan.Mereka yang dalam alam persekolah dulu telah pernah melakukan zina, akan bertambah menyeronokkan bila berada di alam universiti atau alam pekerjaan.

Kebanggaan ibu bapa dan menjadikan satu berita popular, apabila anaknya sebagai pelajar membawa teman lelaki ke kampung atau ke rumah emaknya, malahan kadangkala menompang tidur atau bermalam dirumah mereka yang bukan muhrim tersebut. Aktiviti-aktiviti menghampiri zina berlaku dalam rumah tersebut dengan anak perumpuan mereka tidak menutup aurat umpamanya berseluar pendek atau berbaju tidak berlengan dengan ketiak terbuka.

Jiran-jiran di alam rumah sewa, hanya berfungsi sebagai jiran  yang berpandangan ,yang diperlukan melemparkan senyuman.Kiranya berlaku ada jiran yang perihatin melaporkan  kepada keluarga atau ibu bapa jiran, berkaitan kegiatan anaknya yang menghampiri zina-jarang dipercayai laporan tersebut Sebaliknya pelapor tersebut  di cop sebagai fitnah tanpa siasat.

Tidak ada perasaan kerisauan atau kebimbangan anak akan melaku zina di luar pandangan mata ibu bapa salah satu penyumbang  kearah penzinaan yang melahirkan bayi.Anak yang tidak balik ke rumah ibu bapa dalam waktu yang lama sudah menjadi lumrah dan anak perempuan mereka balik ibu bapa tidak mengambil perhatian atau syak sesuatu terhadap anak perempuan tersebut.
Berita-berita pembuangan bayi melalui media tidak menjejaskan kepercayaan kejujuran perhubungan intim anak-anak perempuan dan anak-anak lelaki mereka.Bagi mereka itu berlaku kepada anak-anak orang lain.

Orang melayu yang masih menjadikan islam agamanya, hanya satu cara bagi mengatasi keadaan ini dengan terus mempercayai fiman Allah (Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Sebelum melakukan zina-Janganlah menghampirinya. Membawa kerosakan itulah yang berlaku hari ini.
Tidak guna mengadakan rumah-rumah penjagaan untuk anak-anak luar nikah,dan membenarkan menggunakan sarung kemaluan kerana kesemua itu menggalakkan zina.Upacara menanam benih ke perut wanita bukan boleh dilindungi dengan sarung kerana kemurkaan Allah, apabila berlaku sepuluh lapis sarung kemaluan boleh di tembusi dan melahirkan bayi untuk dibuang.

Peranan ibu bapa di rumah,guru-guru disekolah,masyarakat dan pemimpin  seharusnya berfikir semula agar tidak membenarkan kebebasan melakukan perkara-perkara yang menghampiri zina iaitu pergaulan bebas peringkat sekolah dikaji semula dan selanjutnya jangan dibenarkan.

Dari segi  pergaulan bebas biarlah melayu berundur 55 tahun(1957) kebelakang asalkan anak-anak remaja kita tidak berzina dan melahirkan bayi untuk di buang.

1 comment:

  1. Benda2 macam nilah patut di warwarkan dan dibincang renungkan dalam facebook.... bukan kutuk sana kutuk sini...

    ReplyDelete