Lidah resmi parti UMNO “Utusan Malaysia” Tidak banyak pembangunan di Kedah
Tidak banyak pembangunan di Kedah 25/08/2011 11:23am. ALOR SETAR 25 Ogos - Rakyat Kedah tidak perlu beri peluang kedua kepada pentadbiran kerajaan negeri semasa, memandangkan mereka dilihat tidak mampu melaksanakan amanah mentadbir negeri dengan baik, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan.
utusan_malaysia/Terkini - 25/08/2011
Ahmad Maslan memperbodohkan rakyat kedah dengan membandingkan kehebatan orang berumur 3 tahun dengan mereka yang berumur 54 tahun.
Agaknya apa yang kanak-kanak yang baru ‘cerai tetek’(kata orang kampong sey) boleh buat dengan hadiah sebuah banglo buruk dengan orang tua yang sudah monopos yang sebelum ini telah melahirkan anak entah berapa ramai -yang dulu hanya punya rumah sebesar tandas rumah wakil rakyat,yang sekarang ini harga rumah berjuta-juta.
Saya percaya tentu rakyat kedah yang sukakan parti atau yang tidak sukakan parti Ahmad Maslan ketawa berdekah-dekah macam pelakun drama di suruh ketawa.
Bagitulah orang politik yang masih menganggap dia sahaja yang bijak berfikir. Pengundi atau rakyat semua menerima apa yang orang politik cakap, seperti rakyat tahun 60an yang tau lagu a-go-go,oh Fatimah ,serta Kisah dan Tauladan jarang yang tau lagu ‘The young ones’ atau 'After Loving You'.Kepompong rakyat sudah jadi benang dan kain sutera serta sudah pun di buat baju isteri –isteri wakil rakyat , tetapi orang politik seperti Ahmad Maslan, kepompongnya masih tersangkut di pohon mulberry yang menganggap orang berfikir macam dia berfikir.
Kiranya Allah memanjangkan umur Ahmad Maslan 54 tahun lagi akan datang serta kerajaan Kedah sekarang masih berkuasa selama itu, barulah Ahmad Maslan boleh bekokok kuat-kuat sambil melaung mengutuk.
Wakil rakyat dengan partinya zaman ini kiranya masih berminat memenangi hati rakyat terpaksa tunjukan kehebatan berbudi ,berebut-rebut bersama membangunan negeri ,tidak kira parti pemerintah atau parti pembangkang.Rakyat tau siapa yang menghulur dan siapa yang memandang jauh sambil letak tangan kebelakang.
Bukan masanya membiarkan kerajaan negeri terkonteng-konteng memajukan negeri sedangkan kerajaan pusat tidak mahu menyumbang bagi pembangunan negeri dengan niat hendak membuktikan kerajaan yang baru dipilih tidak bertanggungjawab atau tidak pandai memerintah.
Terlalu awal Ahmad Maslan mencebik bibir iaitu baru 3 tahun sedangkan kawan-kawannya sudah memerintah telah lebih54 tahun.Jangan suntukan fikiran rakyat kiranya fikiran kita sudah suntuk.
No comments:
Post a Comment