Pejalanan agama islam di negara ini terus tercabar oleh orang islam sendiri yang mengambil alih tugas iblis mempertikaikan kerajaan bertindak terhadap hak peribadi yang melakukan khalwat dalam rumah persendirian.
Kalau tidak kerajaan bertanggungjawab mengintip dan bertindak terhadap mereka yang berkhalwat dalam rumah persendirian jam 3.00pagi agaknya siapa lagi yang sukarela mencegah berlakunya maksiat perzinaan yang mengundang kemurkaan Allah.
Kumpulan G25 eloklah di jadikan satu pertubuhan politik kemudian bertanding dalam pilihanraya.Apabila menang dengan majoriti bolehlah menggubal undang-undang syariah berkaitan khalwat dan membenarkan orang islam membela dan mencium anjing serta menghapuskan JAKIM dan juga mematuhi atau menentang seruan Allah adalah hak individu.
Kalau tidak kerajaan bertanggungjawab mengintip dan bertindak terhadap mereka yang berkhalwat dalam rumah persendirian jam 3.00pagi agaknya siapa lagi yang sukarela mencegah berlakunya maksiat perzinaan yang mengundang kemurkaan Allah.
Kumpulan G25 eloklah di jadikan satu pertubuhan politik kemudian bertanding dalam pilihanraya.Apabila menang dengan majoriti bolehlah menggubal undang-undang syariah berkaitan khalwat dan membenarkan orang islam membela dan mencium anjing serta menghapuskan JAKIM dan juga mematuhi atau menentang seruan Allah adalah hak individu.
Mereka yang sudah bersara jangan
lagi hendak meroyan membidas kerajaan atau pentadbir islam mengikut apa yang
mereka fikir berkaitan baik bagi diri sendiri, kemudian hendak memaksa orang
lain mengikut telunjuknya.
Tidak usah melafazkan kata-kata
jahiliah ‘aku yang berdosa, kubur
masing-masing’ sebagaimana maksud ketua
kumpulan itu ,khalwat dalam rumah dosa peribadi dengan Allah. Jahil atau
menjahilkan diri bahawa umat islam tidak ada hak peribadi kiranya melakukan
maksiat. Konsep mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran" perlu
diperingatkan kepada seluruh umat islam.
Entah mana G25 menuntut ilmu
selepas pencen kemudian berani menegur undang-undang islam yang berkaitan
kearah perzinaan untuk dimansuhkan, yang berkemungkinan sudah pencen
masih berniat melakukan maksiat dalam rumah kediaman.
Sepatutnya langkah-langkah
memuhasabah diri dilakukan dengan merenung dan memenuhi suruhan Allah,menutup aurat, isikan ruangan masa yang ada dengan pelbagai ibadah.Kematian telah hampir tidak ada
masa lagi menyatakan undang-undang islam di Malaysia ini tidak betul. Ingat
mengingati antara satu sama lain berkaitan larangan Allah lebih utama dari pelbagai cubaan mempertikaikan peraturan islam kerana masa terlalu pendek bagi mereka untuk bertaubat.
Undang-undang islam yang sedia
ada ini telah praktikkan semasa mereka G25 ini berkhidmat dengan kerajaan.Tidak
ada mendengar sebarang bantahan semasa mereka berkhidmat atau menyuruh pinda akta khalwat ini serta melaungkan
kepada jabatan agama bahawa dosa hak individu, dan menyatakan, jangan larangan Allah di undang-undangkan.
Kita tidak tahu apa tujuan mereka
ini menimbulkan objection berkaitan
khalwat .Mazahab mana yang diguna pakai oleh cerdik pandai tua ini membenarkan orang islam boleh melakukan
maksiat di tempat tertutup.
Seandainya tidak mengikut
mana-mana mazahab tetapi berikrar hanya mengikut Nabi SAW, sudah tentu
mengetahui bahawa manusia lain tidak melihat perbuatan di sebalik tembok
banglow tetapi mereka di saksikan oleh Allah dan Malaikatnya dan paling dahsyat iblis bertepuk disebelah telinganya.
Mereka tidak mengenal dosa dan pahala atau syurga dan neraka kerana merasakan
diri bekas eksekutif negara.Merasa besar diri dan terkecuali dari tindakan
Allah.
Status anak luar nikah telah
melambak, sama ada dibuang merata tempat
atau diagihkan kepada keluarga angkat, mungkin
berpunca dari maksiat atau perzinaan yang dilakukan di tempat kediaman
rasmi.
Walaupun Pegawai berkuasa agama
dengan kerjasama orang islam yang perihatin memberi maklumat kerja maksiat yang
dilaku melalui intipan dan disabit dengan undang-undang namun khalwat dan zina
tidak menghalang kelahiran bayi luar nikah.
Tindakan menghalang orang islam
melakukan maksiat atau jenayah syariah adalah perlu diteruskan melalui kawalan undang-undang.Menghalang perbuatan
maksiat melalui intipan sebelum berlaku perkara terkutuk dalam bangunan salah satu usaha manusia melayu yang
ditugaskan sebagai khalipah melaksanakan perkara baik disisi Allah.
Mereka dari G25 memang bijaksana
dan bijaksini. Itu dulu ,35 tahun atau
40 tahun lalu.Kini kita sudah tua , beri peluang mereka yang lebih geliga otaknya dan berusia muda mentadbir negara.Sekarang ini telah ramai
ulama-ulama’ muda yang di sekolahkan semasa G25 bertugas dengan kerajaan
biarkan mereka menggubal,menambah atau
memansuhkan apa yang ada dalam perlembagaan negara.
G25, anda semua duduk diam
di banglow atau masjid mempersiapkan diri menghadapi pertanyaan
Allah berkaitan pekerjaan anda semasa berkhidmat dan usia yang dihabiskan masa
lapang setelah bersara.
saya tak fikir G25 menyokong maksiat. mereka hanya menganggap adalah suatu yang melampau menceroboh rumah orang sementelahan pula ada dalil2 yang orang Islam tidak wajar untuk menginti p perbuatan jiran secara batil. Kelihatyan masyarakat Islam malaysia gagal memahami islam secara betul..kerana itu bila orang makan riba atau terlibat dengan riba yg adalah dosa besar tiada siapa yg sibok...ada pegawai agama serbu orang islam yang membuat urusniaga riba, disiang hari dibulaqn puasa pula.Adakah bagi jabatan Agama dosa adalah berrzina atau khalwat saja...Mufti2 begitu ntangkas dan lantang mengkritik G25..alright mereka tu tak maksum...tapi ada mufti2 yang berkopiah berserban dan rumah penuh tasbih tu bertindak bila YAPEIM memboros untuk urusan yag tak selari dengan anak yatim...ada mufti bersuara...kenapa bisu...semoga mufti itu bisu selamanya...tak layak jadi mufti...adakah mufti menganggap rasuah dan salahguna keuasa oleh kerajaan sebagai halal, harus dan sah...ada mufti bersuara..kenapa ..takut kena pecat lalu tak dapat gaji...kerja kerana Allah ke atau kerana Perdana Menteri....maaflah mufti Malaysia ini melainkan dua tiga orang adalah bakal meranapkan citra Islam bila orang bukan Islam mengenali Islam separuhseparuh...
ReplyDelete