Saturday, August 13, 2011



Minggu ini saya telah membaca dua keadaan yang telah berlaku dalam negara ini.

i). Satu keluarga melayu(islam mengikut perlembagaan) telah menerima sumber kewangan dan pelbagai bentuk bantuan daripada paderi atau gereja.
ii).Seorang ibu (melayu) tidak dipedulikan oleh anak-anaknya.

Kes Satu

Bagitulah diantara masalah yang nampaknya kecil tetapi akibatnya besar dari segi agama ,bangsa dan negara. Melayu dan agamanya dilindungi oleh perlembagaan maka ada banyak institusi yang telah diwujudkan oleh kerajaan bagi menjaga identiti bangsa ini. Dari kementerian hingga lembaga-lembaga yang tidak terkira banyaknya sehingga boleh mengumpul wang berpuluh-puluh bahkan beratus juta setiap institusi.

Kiranya pendapatan kurang dari tahun sebelumnya maka melambak-lambak iklan melalui media dan paparan di papan kenyataan,serta banner, menyarankan supaya menderma atau meminta orang melayu lebih banyak menyumbang.

Pusat zakat setiap negeri di tubuhkan berjaya mengutip ratus juta,tidak diketahui apakah tidak nampak masalah seperti yang berlaku terhadap keluarga ini.Pelbagai jenama berunsur islam seperti baitulmal tidak perihatin kes seperti ini.

Kes ini bukan berlaku kepada satu keluarga sahaja, sebaliknya mungkin ramai lagi yang tidak diketahui jumlahnya.Tidak kira sama ada di bandar atau kampung sememangnya ramai orang melayu yang merempat tidak ada pembelaan. Sekiranya pegawai-pegawai zakat ,pegawai-pegawai agama pendakwah-pendakwah mendahului tindakan paderi ,turun padang,merisik dan menyiasat keluarga daif seperti ini pasti dapat mengurangkan masalah.

Pehak berkuasa zakat dan baitulmal hanya menyusun strategi bagaimana hendak memperhebatkan atau memperbanyakan kutipan zakat sebaliknya program mengagihkan wang zakat kepada mereka yang benar layak tidak ada dalam kamus mereka.

Pentadbir atau AJK Masjid-masjid kadang kala menerima derma puluhan ribu ringgit sepatutnya perihatin masalah masyarakat kariahnya.Wang derma tidak digunakan hanya untuk jamuan majlis atau kadangkala wang masjid dijadikan simpanan tetap di bank.

Penganggihan zakat hanya bergantung kepada maklumat,bancian ketua-ketua kampung atau ketua-ketua politik.Pegawai zakat atau baitulmal hanya duduk dimeja pejabat menerima maklumat.

Maka keadaan demikian mereka yang menerima batuan hanya orang yang sehaluan dengan ketua-ketua setempat. Lebih malang lagi ialah bantuan diberi berdasarkan pandangan politik.

Ahli ilmuan agama islam hanya pandai bercakap,berpidato berkaitan agama tetapi apakah disudut hati mereka ada atau tidak menyelesaikan masalah kemiskinan tegar ini, kerana sumber kewangan yang disebutkan itu terlalu banyak di Malaysia bahkan negara ini terkenal dengan negara yang rakyatnya dermawan.

Kita dipaksa geleng kepala kerana membiarkan orang melayu yang islam atau tidak islam terjumpa oleh paderi atau orang agama lain dalam keadaan keluarga tidak makan atau memerlukan makanan sedangkan pegawai agama islam yang sejawatan dengan paderi tinggal berhampiran dengan keluarga seperti ini ,makan dan pakaian mewah,tidur dirumah besar beratus ribu,serta berhawa dingin. Gaji mereka ini jika sedekah RM100 atau RM200 sebulan kepada insan malang ini, masih belum kurang kemewahannya.Mereka pegawai agama tentu lebih maklum sikap seorang islam.


Kes Kedua.

Memang terlalu banyak berlaku kepada orang melayu ketika ini.Seketika dulu rumah orang-orang tua kebanyakan dihuni oleh bangsa lain tetapi hari telah bertukar.Ini tidak termasuk kes orang tua atau ibu-ibu yang tinggal terbiar keseorangan di kampung kampung.

Anak-anak hari telah menjadi kurang ajar dan tidak ada lagi perikemanusiaan,terutama ibu-bapa mereka yang tidak mampu mengurus diri sendiri dan terlantar kerana usia tua serta uzur.Bahasa yang kurang ajar itu amati dialog ini:;

Penasihat: "Tak baik kau buatkan ibu macam itu,masa kecil kau ditatangnya, di cium."
Anak : Bayi atau anak kecil, harum ,comel bolehlah dia belai tapi orang tua busuk satu macam"

Ibu bapa hari ini ,tidak usah berbangga,serta bergantung harap dengan anak-anak yang berpendidikan tinggi melangit.Tidak kira apa bidang - ijazah agama atau ijazah dunia dan berjawatan berpuluh ribu ringgit gaji mereka.Pengharapan ibu bergantung pada nasib yang ditentukan oleh Allah.

Kiranya ibu -ibu bernasib baik mereka yang uzur akan diuruskan oleh orang gaji untuk mengemas diri sebelum usia tamat .Bagi mereka yang malang kadangkala masih sehat sudah terbiar.
Tidak ada pegawai membanci mereka yang derhaka kepada ibu bapa dan dikumpulkan kemudian di nasihat atau dihukum.

No comments:

Post a Comment