SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) menolak sebarang usaha untuk mengampunkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pengurangan hukuman penjara dari 12 kepada enam tahun, denda hanya RM50 juta dan tahanan rumah.
Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ia kerana tiada sekelumit kenyataan kesal dikeluarkan Najib di atas kesalahan jenayah dan penganiayaan terhadap rakyat yang dilakukannya sehingga ke hari ini.
Malah, menurut beliau, bekas ahli Parlimen Pekan itu sebaliknya masih mendakwa dirinya mangsa politik dan penipuan oleh pihak lain meskipun tiada bukti kukuh dikemukakan.
"Kami juga menolak apa-apa usaha untuk membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah. Ini tak boleh dianggap sebagai hukuman kerana tidak setimpal dengan kesalahan besar yang Najib lakukan.
TEGAS PERLU KALAU NEGARA NAK MAJU -tentunya rencana diatas ramai penyokong pemimpin ini yang meraung dan meratap semasa makhluk yang di sayangi di tangkap, marah pada "Pejuang"
Kepada pemimpin tolonglah ada ketegasan sekiranya ada makhluk manusia yang melakukan kesalahan.Mahkamah dah jatuh hukuman kenapa ada belas kasihan. Sudah tu belas kasih hanya kepada orang tertentu .
Undang-undang dua darjat perlu di hentikan .Sekiranya sakau seringgit dua ringgit boleh diampunkan dengan di ganti dengan memimjam wang gaji "PAR pejabat". Kalau sudah berbillion dan berjuta kesian penoreh berkerja bertahun wang tabung haji tak penuh-penuh.
No comments:
Post a Comment