Di negara ini Tengku Abdul Rahman,PM
yang pertama, Tun AbdRazak PM kedua,dan Husain
Onn PM ketiga telah lama meninggalkan kita.Mereka linkungan usia 87
tahun,54 tahun dan 68 tahun. Dalam usia-usia bagini kita tentu beringat-ingat
kerana saat kematian kita semakin hampir.Tidak
tahu berapa second lagi nafas
kita begerak untuk menikmati dunia Allah ini.
Bagitu lah kita peringatkan diri
kita,dan orang lain, agar sentiasa insaf dan bertaubat dan tidak usah kita masih
leka dengan keduniaan dengan berbicara hal-hal politik,dan imbauan kuasa semasa kita berkuasa.
Biarlah berlalu sumbangan kita
selama lebih 22 tahun sebagai PM dan cukuplah kita menceburi politik lebih 40
tahun.Anak-anak dan keluarga telah kayaraya , berilah peluang kepada generasi
baru dalam politik dan mentadbir negara.
Setiap insan rakyat Malaysia
tentunya percaya cakap-cakap pemimpin yang sudah tua atau yang telah lama meninggalkan kita, bahawa anak-anak muda adalah pewaris
pemimpin negara.Mengapa perlu kita bercakap dan masuk campur urusan negara,
yang telah kita serahkan kepada
generasi yang telah dididik puluhan tahun yang lalu. Mereka membesar dan
masanya untuk melalui proses mengambil alih memimpin negara.
Nah! kita serahkan terus kepada
mereka.Kenapa kita terus menggila berpolitik semula sedangkan kita telah berikrar dan
bercakap di atas pentas “Anak-anak remaja kita sekarang merupakan aset negara. “Merekalah
yang akan mewarisi tanah tumpah darah kita ini”. “Kepada merekalah kita
harapkan akan meneruskan keamanan dan kegemilangan Malaysia”.
Itulah kiranya kita banyak
berbuat dosa maka kita susah hati menerima kematian dan bertemu Allah, bagitu
sebaliknya hal keduniaan yang banyak kesilapan-kesilapan yang telah berlaku,
maka kita berasa menyesal menyerahkan kuasa kerana kuasa,yang berperanan
menjadi benteng kekuatan diri.
Sendiri sudah maklum kiranya tidak berkuasa lagi kesilapan
kita akan terbongkar. Barulah masyarakat atau orang ramai tahu baik atau tidak
kita selama ini.Itulah bayangan mereka’gila
talak kuasa’.
Kiranya kita ikhlas semasa
berucap dan melepaskan tanggungjawab mentadbir negara kepada generasi
seterusnya mengapa perlu menjadi syaitan pengacau. Malaysia ini milik mereka
juga dan mungkin mempunyai aturcara yang lebih baik mentadbir negara dari kita
22 tahun lalu.Walaupun kita berbangga dengan panggilan” Malaysia's longest serving Prime Minister” kita berperanan hanya
yang terbaik setakat ini.
Ketika zaman pentadbiran 3 PM
kita yang telah meninggal dunia sudah tentunya masyarakat malaysia dan dunia
ketika itu mengiktiraf ketiga-tiga zaman
tersebut adalah yang terbaik.Lenyap 3 orang PM yang lalu dan terus melupakannya, terus menggantikan kenangan
dan kehebatan PM ke 4.
Rakyat hari ini tentu lebih ramai
yang gembira kiranya PM yang keempat ini berdiam diri hanya melihat gelagat
anak muda dan generasi baru mencorakkan politik tanah air. PM ke 4 ini tidak usah perasan diri, bahawa apa yang lontarkan
dan ulasan cakap-cakap politik, melalui
media kepunyaan nya ,semuanya rakyat mengangguk.
Kebencian rakyat akan lahir apabila terus meneruskan sikap benci
melampau terhadap politik orang lain, yang
di canangkan oleh bekas PM, yang telah
berusia 87 tahun ini.Kehilangan nama
baiknya terhadap negara akan berlaku apabila bertukar alih pemimpin dan parti lain selain partinya.
Terbaru ,PM ke 4 ini telah
memberi komen berkaitan politik anak
muda Nurul Izzah berkaitan kebebasan beragama dan orang melayu islam bertukar
agama.
Tertukar agama melalui perbuatan, cakap, dan sifat kita,lebih
bahaya dari secara lansung meninggalkan agama islam.Keluar islam kerana
penyelewengan akidah kerana memperkecilkan apa yang terkandung dalam al-Quran,
dan hadis,lebih bahaya, kerana kita tidak tahu kita keluar sebagai berpegang kepada islam atau pun tidak
Berbeza dengan pengakuan secara terus tanpa berselindung,kerana kita sempat
bertaubat dan berbalik semula kepada islam.
Jangan menganggap kita ini masih
islam kerana dalam usia kita 30,40,50 atau kurang 15 tahun 1 abad. Kadang kala
kita terlanjur murtad kerana sikap kita terhadap islam selama ini.
No comments:
Post a Comment