“Ada komplot untuk memastikan Isa
Samad jadi pengerusi KPF, kalau Isa Samad jadi pengerusi KPF, dia merancang nak
pinda KPF, antaranya mengecilkan pegangan saham KPF dalam Felda Holdings dari
51 peratus, kepada hanya 29 peratus sahaja,” kata Mazlan apabila dihubungi oleh
The Malaysian Insider hari ini.
Berkemungkinan angka-angka dalam
kenyataan KPF ini membuatkan Isa Samad sentiasa “Ayam tidur senang dalam reban,musang yang sudah beredar keliling”.
a).Ahli 231902 orang e)
Dividen:-398.16 Juta(18%)-2011
b).SyerAhli:-1.95billion
c).Pelaburan :-2.95 billion
d).Pendapatan 691.02 juta.(2011)
Isa Samad tidak mempunyai satu sen pun wangnya
dalam Koperasi Permodalan Felda Bhd dan tidak ada dalam senarai ahli koperasi tersebut.Dia umpama datang tidak
dijemput,pulang tidak berhantar dalam KPF. Dalam FELDA mungkin Najib sebagai
Perdana Menteri telah melantiknya, tetapi sekarang berusaha mengambil
kesempatan dari jawatannya untuk mengetuai KPF.
Terus berusaha,Tak boleh jadi
ahli, cari jalan membolehkan untuk menjadi ahli, dan seterusnya untuk menyokong
cita-cita menjawat pengerusi koperasi. Baginilah perangai Isa Samad yang masih berterusan berusaha dan
berusaha, bagi mendapatkan kuasa untuk membolehkan dia menggunakan kewangan
koperasi mengikut telunjuknya.
Ketika ini undang-undang KPF
tidak membolehkan Isa Menjadi ahli, lebih-lebih lagi berangan menjadi
pengerusinya.Tetapi “devil we know” di waktu terdekad ini berusaha memporak
-perandakan KPF dengan mengungkit kembali apa yang diputuskan pada mesyuarat agung
perwakilan kali ke 31 yang bertujuan dan berharap diadakan mesyuarat agung
semula.
Koperasi Permodalan Felda Bhd
yang kini merupakan satu-satunya koperasi
terkaya di Malaysia,ingin direntap oleh Isa Samad sebagai memperoleh sumber kewangan bagi melindungi
merudumnya saham Felda Global Ventures (FGV).
Isa Samad yang dulunya hanya bersama Najib tetapi sekarang
melibatkan , Ismail Sabri menteri yang bertanggungjawab dengan koperasi yang membolehkan
dengan mudah meminda undang-undang KPF. sedang bersekongkol menunaikan
impiannya memiliki KPF. Ketika inilah mungkin undang-undang mengikut cita-cita gila yang dicipta manusia di guna-pakai.
Sudah nyata Isa dan kerajaan
bukan bercita-cita membaiki ekonomi peneroka, tetapi sebaliknya gilakan wang
syer ahli seramai 231,902 orang, berjumlah 1.95 bilion yang ada pada KPF untuk
menutup kelemahan idea bangang bersifat suka “makan bubur panas-panas” menyenaraikan FGV ke Bursa Malaysia.
Sumber kewangan kerajaan seperti KWSP dan Tabung Haji
yang telah melabur paksa dengan FGV masih tidak cukup melonjakkan saham FGV. Untuk
menutup akan lingkupnya FGV, kini Isa perlu memiliki kuasa mentadbir KPF .Sebagai pengerusi KPF matlamat untuk menghabiskan wang syer peneroka akan
diperolehi dengan mudah melalui putar belitnya dengan ahli lembaga koperasi serta perwakilan dan menambah satu
lagi koleksi mangsa pelaburan paksa seperti mana KWSP dan Tabung Haji.
Andainya masih ada peneroka yang juga ahli KPF masih buta mata hendak
berkompromi dengan Isa Samad serta menyokong
kehendaknya,lebih baik ahli lain berfikir untuk menabung wang RM250,000 kepada saham
amanah lain. Biar genting jangan putus.
Jenis manusia Isa samad ini, dia
sentiasa menjadi devil yang dikenali yang sentiasa mencari jalan menggoda
peneroka bagi bagi tujuan yang bukan tersembunyi lagi malahan terang-terang
maksud hati khaudunya.
Sebelum ini mengumpan peneroka dengan wang RM15000 satu keluarga, supaya menyokong
cita-cita mencari sumber kewangan politik dengan menyenaraikan FGV ke bursa
Malaysia yang dia sendiri lebih untungan daripada peneroka atau ahli KPF .
No comments:
Post a Comment