Pehak- pehak yang bertanggungjawab terhadap pasukan Bola Sepak Harimau
Malaya belum bertarung di padang sudah mula ada alasan –alasan berlapis kemungkinan
kalah. Kita lihat cakap –cakap ini yang saya kira sudah kena 1-0.
- Thailand sudah mula bermain perang psikologi apabila menyediakan kemudahan fasiliti kurang sempurna
- Padang terbuka tak rata becak bagai bendang–susah hendak traning mengatur strategi.
- layanan buruk biarpun lokasinya hanya satu kilometer dari hotel penginapan, keadaan padang Jaran Buraprat, tidak layak dijadikan padang latihan untuk kejohanan tertinggi di peringkat Asia Tenggara –
- di kawasan padang awam yang langsung tidak mempunyai bilik persalinan dan tidak menepati standard Persatuan Bola Sepak Asia (AFF).
- Malah lebih menyedihkan, bukan sahaja terpaksa berteduh di bawah tempat duduk tidak berbumbung dan kelihatan daif, skuad Harimau Malaya juga terpaksa berkongsi padang dengan kanak-kanak yang menjadikan padang tersebut sebagai tempat permainan mereka
·
Harimau sepatutnya tidak mula meluahkan pelbagai keluhan
sebelum turun padang buruan .Memburu tidak kira situasi,yang penting binatang
buruan mesti di perolehi.Contohi bagaimana harimau memburu dia memburu secara
berkumpulan kiranya mangsa yang lebih gagah darinya.
Hai
! Harimau Malaya -Sudah
angkat bendera putih sebelum berperang. Belum ditikam sudah menjerit kesakitan. Pistol
belum diacukan tangan sudah ‘surrender’.
Nanti apabila tamat perlawanan " tak pandai menari kata lantai jongkang-jongkit..........."
Nanti apabila tamat perlawanan " tak pandai menari kata lantai jongkang-jongkit..........."
Lawan Tetap Lawan...
ReplyDeletejgn tak lawan alasan tak makan..
jadikan azimat setiap sokongan..
pantang kalah sebab kita nak JOHAN...