Kiranya ada dua orang gila,orang
gila pertama tidak pernah menyokong orang gila kedua .Bagitu juga perangai orang gila ketiga
dan orang gila seterusnya.Ini disebabkan
orang kurang siuman tidak tahu bahawa dia tidak siuman.
Apa yang berlaku dalam negara
kita ini ialah orang gila mencari
penyokong atau menyuruh orang menyokong segala tindakan gilanya. Itulah apa
yang telah diakukan oleh Ibrahim Ali yang ada keinginan bertindak membakar
bible versi melayu yang menggunakan perkataan ALLAH.
Oleh kerana tindakan Ibrahim bukan tidakan yang siuman maka itulah sebabnya Mahathir yang dulu seorang Perdana Menteri, tetapi sekarang turun pangkat menjadi jurucakap UMNO, telah menafikan turut terlibat dan memberi sokongan.
Nabi kita Muhamad S.A.W sifatnya yang ada dalam pengetahuan kita,
tidak pernah hendak membakar kitab injil setelah Al-Quran diturunkan,tetapi Ibrahim
Ali yang merupakan anak melayu yang memimpin 300,000 orang ahli pertubuhan membuat
percubaan hendak membakar kitab agama
lain.
Sepatutnya dalam seramai 300,000
ahlinya tentunya ada diantara mereka seorang peguam yang berkalibar yang perlu
memberi sedikit nasihat kepada Ibrahim
ini, supaya merujuk perlembagaan boleh atau tidak didakwa di mahkamah terhadap
mereka yang menggunakan perkataan ALLAH mengikut kehendak hati.
Pelampau melayu seperti Ibrahim
Ali ini sekiranya ada semasa UMNO memulakan kemerdekaan dan mencatatkan
dalam perlembagaan bahawa agama lain selain islam dilarang di anuti
di Tanah Melayu/Malaysia dan juga dicatatkan dalam perlembagaan sekiranya ada cubaan untuk mengembangkannya
kitab atau bahan agama lain perlu dibakar atau dihalang.Bukankah mudah
ketika itu mencipta perlembagaan demikian rupa kerana bangsa-bangsa lain ketika
itu kesetiaannya kepada bangsa melayu amat tinggi.
Sikap Ibrahim Ali ini mencerminkan
sikap orang melayu dahulu dan sekarang berfikiran gelojoh dan bertindak tidak
berfikir jauh kehadapan, terhadap nasib bangsanya,agamanya dan tanah airnya.Rumah sudah terbakar baru hendak berfikir
dan meletakkan pili bomba.
puak2 perkasa mmg banganggggg...aku pun tak tahu apa yg diperjuangkan mereka...byk auta dr fakta..
ReplyDelete1Malaysia. Jangan pilih pelampau. Pelampau boleh menyebabkan huru-hara.
ReplyDelete