Wednesday, July 26, 2017

melayu - berhati-hati berkongsi



 
 melayu klasik 1965
Kumpulan dan individu dalam  parti pembangkang masih meneruskan angan-angan hendak menjadi PM selepas pilihanraya ke 14.Mereka lupa beberapa faktor pengundi tidak menyebelahi mereka dalam pemilihan kali ini .Diantaranya sebahagian besar orang melayu tidak menyebelahi parti  lain selain dari UMNO sekurang-kurangnya tiga pilihanraya lagi .

Melayu memang mudah lupa dan terus melupakan apa peristiwa pun yang menghempapnya.Dia terus bangun dan tersenyun apabila rasa sakit sudah hilang dan di sumbat mulutnya dengan wang .Orang Felda ,sumber kerusi percuma UMNO,Isa Samad menipunya dengan saham FGV, mereka yang melayu terus menyokongnya .Bagi melayu dosa dan kesalahan adalah hak individu.

Peristiwa 1MDB langsung tidak ada dalam minda orang melayu terutama melayu di Felda dan kampung-kampung tradisional kerana tidak ada kesan jangka pendek terhadap orang melayu lagi pun ada orang melayu yang tidak pernah mendengar apa dia 1MDB.

Bagi mereka dapat makan pagi dan petang sudah Alhamdullilah. Kemudian dicanang oleh pemimpin mereka supaya rakyat bersyukur kerana rakyat luar negara dalam keadaan huru-hara. Buat apa susah payah memikirkan masalah negara kerana mereka percaya semua pemimpin yang di pilih adalah jujur.  GST yang sekarang menaikkan kos hidup rakyat dilupakan kerana dinyanyikan dengan BR1M yang boleh menampung beras rakyat 10kg sebulan.

Sikap orang melayu seperti ini di ambil kesempatan oleh wakil rakyat UMNO untuk menyapu seberapa banyak wang dan harta rakyat kerana orang melayu tidak dihidangkan masalah sebenar negara dan tidak perlu  ambi tahu dan melayu tidak mampu atau tidak mahu tahu jangkaan masa depannya.

Sekarang ini ada trend baru beberapa badan kerajaan mengadakan  declaration dengan SPRM bersih dari rasuah atau rasuah sifar.Mungkin dengan pengisytiharan ini badan-badan tersebut tidak melakukan rasuah dan SPRM tak perlu buat siasatan.Yang terbatuk-batuk saya membacanya apabila polis  juga berbuat demikian.

Hilang masalah  apabila ada Wakil rakyat yang telah kaya dengan memunggah hasil harta negara melalui rasuah terus menghulurkan bantuan bahan makanan,jamuan hari raya,jamuan meraikan bakal haji dengan jemputan puluhan ribu dan menaja rombongan ke utara dan pantai timur semenanjung.

Mengadakan majlis perkahwinan anak-anak mereka dengan jemputan ratusan ribu mengalahkan majlis perkahwinan di raja. Dengan berbelanja dengan mewah ini pengundi-pengundi mereka akan terus memuji bahawa senator atau wakil rakyat mereka adalah  yang terbaik seterusnya melupakan bahawa dari mana  wang semewah itu datang bergolek kepangkuan orang UMNO.

Lupa orang melayu pemimpin UMNO peroleh wang dari jual tanah rezab melayu kepada bangsa lain.Kita lihat melayu terkaya dalam daerah Jempol  mempunyai ‘kuasa pengaruh’ untuk  exco meluluskan rezab melayu kepada orang-orang cina. Sungai dialihkan dan rezab sungai didirikan bangunan kedai . 

Sekarang ini seluruh deretan bangunan kedai di bandar Bahau kepunyaan orang-orang cina hasil usaha individu melayu UMNO yang peroleh keuntungan.Bagitu juga bangunan kedai di Bandar Seri jempol dimiliki oleh orang cina yang kulinya anak muda melayu yang menggambarkan kedai tersebut kepunyaan melayu.

Saya terima  tiga keping gambar dari rakan  WhatsApp iaitu gambar ketika Lee Kuan Yew menagih simpati orang melayu di Singapura sebelum memiliki Singapura sepenuhnya. Yang ketika ini boleh di katakan Singapura hak milik keluarganya. Dilihat betapa luhurnya  Lee dengan bersongkok budaya melayu Malaysia.

Yang terbaru dan mungkin menyentuh perasaan ,yang mana orang melayu yang ketika ini sudah tidak peduli lagi sikap ketuanannya kerana wang. Gambar dari whatsApp tersebut adalah gambar berduyun-duyun pelancung cina  komunis dengan bas  ke Forest City, yang pastinya tujuannya  untuk memiliki rumah kediaman di sana.  

Ulasan dari whatsApp tersebut 10 ke 20 tahun lagi tahulah nasib melayu.

Singapura Peringkat awal dari negara dengan populasi melayu dan Islam, yang sistemnya penduduk pribumi sehingga hari ini telah di singkirkan/di sisihkan dari semua bidang kehidupan,  serta  menjadi  negara dengan populasi China terbesar di Asia Tenggara.

Kebimbangan terus menghantui fikiran ini, sekiranya perkara seperti ini akan terjadi  kepada Malaysia  10 atau 20 tahun akan  datang, yang ketika  itu Najib dan kabinetnya dan wakil rakyat UMNO yang ada sekarang telah dikuburkan, juga ketika ini orang  DAP mengintai-intai kelemahan orang melayu terutama orang melayu yang tergila-gila hendak jadi  pemimpin melalui sokongan bangsa lain.

Ketika membelek-belek  tiga keping gambar sejarah kebodohan pemimipin melayu ketika itu yang gagal menyekat  kehebatan  nafsu Lee Kuan Yew ingin memiliki Singapura.  

Melihat kepada  orang melayu di Malaysia bersekongkol  dengan parti  Cina DAP  sebuah  parti berasaskan falsafah  PAP  Singapura   berkemungkinan mempunyai  stail   yang sama untuk menjadikan negara  Malaysia populasi bangsa cina kedua di Asia Tenggara.

Bagitu juga Cina dari MCA serta India MIC yang ketika  ini mendesak melalui UMNO dalam BN dengan pelbagai tuntutan yang memerlukan mengorbankan toleransi  hak orang melayu .Paling menakutkan pemimpin melayu yang telah kaya terus menunaikan permintaan dua kaum ini bagi meneruskan kesinambugan kuasa.

Lagi menggila kerakusan melayan kerenah kedua-dua keturunan  oleh pemimpin parti keramat Malaysia terutama setelah ramai manusia lain meramalkan parti melayu itu mengalami kekalahan pada pilihanraya ke 14.

Hari ini melayu Malaysia ini sama seperti  melayu Singapura dalam gambar yang saya terima  itu tersenyum-senyum menyambut Lim Kit Siang  dan Lim Guang Eng. Kedua-dua pemimpin ini sekarang telah menguasai Pulau Pinang 

Ingat ! Orang melayu Malaysia  jangan jadi seperti  melayu Singapura kerana mempunyai sikap bergembira  bersama rakan orang Cina hari ini akan datang disusuli kesedihan cucu- cicit kita yang berpanjangan. Mereka belum berkuasa  rela di pijak tengkoknya  ,berlainan  telah berkuasa bukan sahaja  tengkok  kita di pijak  berkemungkinan seluruh badan jadi sasaran kaki dan tangan.

Pemimpin melayu gagal memahami  kekecewaan yang belum berakhir fahaman komunis di  Malaysia oleh kerana dilindungi pencapaian ekonomi  negaranya  yang memikat hati pemimpin Malaysia memanggil pelaburan dari negara tersebut.

Hari ini pilihanraya ke 14 telah hampir saya terus berfikir panjang  untuk terus menyokong parti yang majoriti melayu  bekerjasama dengan parti yang berasaskan kaum cina kerana dikuatiri apa yang berlaku di Singapura akan berlaku di negara ini.

Walaupun banyak pandangan yang mengatakan bahawa parti yang majoriti cina tidak mungkin menguasai  sebuah negara  Malaysia kerana kekurangan kerusi untuk membentuk kerajaan. Tidak   ada yang  mustahil di lakukan oleh mereka yang berkuasa. 

Bagaimana kalau cacing jadi naga dan belut jadi ular, baru kita sedar ketika itu  api lilin boleh membakar rumah. Jangan kita sangkal dakwaan dengan mengatakan tidak masuk akal  700,000 warga cina ke Johor 

Kita mengambil contoh perjanjian konsesi  lebuhraya  di Malaysia yang tidak dapat menunaikan  permintaan  rakyat supaya menurunkan harga bayaran tol kerana  syarat-syarat perjanjian yang di meterai yang tidak boleh berundur ke belakang. Bayaran  penebusan yang tinggi dikenakan yang tidak mampu di bayar kerajaan  melayu bagi mengambil alih pentadbiran.

Bagaimana dengan keadaan seandainya rakyat negara ini di bawah kepimpinan cucu-cicit Lim Kit Siang,Lim Guang Eng, Liow Tiong Lai (Malaysia) Xi Jinping (China). Kita tidak tahu mereka ini “pisang emas di luar ,onak duri di dalam “.Cucu-cicit  kita sudah pasti  kesal terhadap tindakan kita sekarang ini seperti tindakan melayu Singapura zaman Tunku Abd.Rahman dan Tun Abd.Razak.

Gesaan  perlu berfikir semula  kepada Ketua dan Ahli parti melayu ,Mat Sabu, Wan Azizah dan Muhyiddin termasuk Mahathir agar usah menempah maut perasaan cucu cicit Malaysia TN 2050.

Walaubagaimanapun Malaysia tidak boleh berterusan di tadbir oleh mereka yang telah kaya dengan wang rasuah,kuasa rasuah yang ketika ini berterusan  menggembeling tenaga  untuk meneruskan kuasa.Kegiatan tidak bermoral dan tidak amanah yang di katakan di lakukan oleh  kerajaan parti keramat perlu di hentikan.

No comments:

Post a Comment