Monday, January 29, 2018

Tak tau mana nak di pilih,buaya,musang, harimau,singa dan beruang atau syaitan -PRU 14





Pilihanraya -  setakat ini masih saya tercari-cari parti mana yang layak menawan hati untuk dipiilih.BN tidak akan mengubah stail urustadbir yang sekarang yang menyesatkan rakyat berbelanja untuk hidup dan mungkin bertambah angkuh kleptokrasi nya sekiranya  terus terpilih membentuk kerajaan. 

Usaha melupakan kes-kes penyelewengan kuasa,songlap wang,rasuah akan lebih dilupakan kerana menganggap rakyat tidak tahu apa yang berlaku serta apa yang dilakukan oleh mereka dalam kerajaan sekarang tidak benar.

Yang terbaru mengesahkan  pentadbiran kerajaan bertambah gila menggunakan kuasa pertukaran hak milik tanah  Felda tidak di kenakan kos  serta tidak terlibat proses undang-undang  Kanun Tanah Negara. Perdana Menteri berkuasa mengubah segala-galanya.Rakyat  dan orang awam berhempas pulas melalui proses pertukaran hak milik. Satu hari nanti negara ini tidak mustahil berpindah milik kepada kuasa asing dengan kehebatan kuasa MO1.

Satu silap mata MO1 dan  kerajaan bagi melindungi orang-orang yang berkuah sama menghirup,bersambal sama mencolek.

Bertambah celaru pemikiran kerana yang dulu halal berbaik dan berpimpinan tangan dengan si kafir, tapi hari ini telah haram perbuatan pakatan  PRU13.Pada tahun 2017 rakyat malaysia telah menyaksikan penyebar fitnah berpimpinan tangan orang yang difitnah. 

Dasar kerajaan hari ini tidak boleh diharapkan lagi  membelai bangsa melayu kerana bangsa-bangsa lain adalah warganegara yang menentukan hidup atau mati kerajaan yang sedia ada. 

Melayu tidak boleh menentukan terbentuknya kerajaan walaupun  semua mengundi  satu parti politik. Bangsa-bangsa lain perlu di belai agamanya,budayanya,bahasanya seperti mana bangsa melayu .
Tidak ada tanda-tanda bangsa-bangsa ini mengenepikan kesemua itu bagi menyokong parti politik yang tidak ambil pusing agama,bahasa dan budaya mereka.

Pakatan Harapan lagi gila hendak dipilih kerana banyak cakap-cakap melalui media merupakan golongan pentadbir yang tidak beragama atau lebih cantik kasut dari ketayap.Kita kenal benar dengan Mat Sabu,Mahathir Hanipa Maideen,Muhyuddin macam mana lebai mereka.

Manakala PAS parti yang banyak terlanjur cakap dan perbuatan terutama pemimpinnya yang mengatakan atau mengecop beberapa manusia lain kafir atau tidak menurut perintah Allah. Semua perkara yang dilakukan oleh parti tersebut adalah betul. Lagi pun parti tersebut menyertai pilihanraya bukan bertujuan hendak membentuk kerajaan .Empat Puluh kerusi hanya menunggi kerusi pembangkang.

Mungkin beberapa bulan lagi kita akan di beri  kuasa memilih pemimpin.Masih belum ada kata putus di hati siapa yang hendak di pilih. Yang ada sekarang buaya,musang, harimau,singa dan beruang yang menunggu depan pintu Putrajaya.

Kesemua binatang buas ini sentiasa menunggu kerbau,kambing, lembu babi,ayam itik yang di dalam kandang dan reban. Mudah menjadi mangsa apabila keluar dari kurungan. Mangsa ini tidak melawan apabila tengkuknya di patahkan.

Inilah yang menyedihkan dan hati merajuk rasa tidak mahu melibatkan diri dalam pilihanraya.Ayat yang mengatakan daftar sebagai pengundi,seterusnya menjadi pengundi, adalah tanggungjawab setiap rakyat bagi menentukan kerajaan tidak boleh di guna pakai kerana parti politik dan wakil rakyatnya wangi sebelum pilihanraya hapak selepas berkuasa.

Sekarang ini saya berasa bertanggungjawab tidak memilih syaitan dan binatang buas yang akan memimpin negara.Tetapi saya rasa ramai yang akan memilih dua golongan ini kerana kebijaksanaan menguasai nafsu hati manusia,serta berkemampuan mengeksploitasi ringgit kerajaan  untuk berkempen bukan ringgit parti.

Maka berkekalan selama 5 tahun lagi hantu-hantu ini akan memerintah secara kleptrokasi yang mementingkan mengekalkan kuasa dengan berbudi bagai talam dua muka.

Pergi ke bangsa Cina puja dan puji bangsa tersebut dengan melangit sambil menghulurkan bantuan  untuk sekolah cina ,tokong cina kemudian ke kuil dan sekolah tamil sekali lagi pujian  yang melambung kepada bangsa india dengan menyampaikan bantuan sekolah tamil dan kuil hindu.

Orang melayu tidak terkecuali akan di lambung-lambung dengan ayat power ketuanan melayu dan agama islam  dengan nada berkobar-kobar dengan merah-merah muka di perhimpunan UMNO atau perjumpaan majoriti bangsa melayu.

No comments:

Post a Comment