10 hb.Mei 2018 insya’Allah rakyat
Malaysia akan tahu parti politik mana yang akan berjaya membentuk kerajaan.
Sekarang ini kerajaan yang memerintah 5 tahun lalu masih lagi menggunakan ,jenama
peralatan,jawatan kerajaan dan swasta memulakan kempen supaya rakyat memilih
Barisan Nasional duduk di Putrajaya.
Television,radio dan media lain menggila mengambil kesempatan
membodek kerajaan semasa menguar-uarkan bahawa Barisan Nasional adalah pilihan
terbaik.Syarikat media prima umpamanya berterus terang menjadi penaja utama
parti politik Barisan Nasional.
Saya tidak tengok Radio dan
Television Malaysia (RTM) hak kerajaan, adakah lebih hebat dan berani berterus
terang seperti TV 3 ,bahawa menggambarkan pembangkang di bawah kepimpinan
Dr Mahathir adalah parti politik paling
tidak berguna untuk di pilih.
Di rumah saya tidak sanggup lagi
menonton rancangan TV 3 terutama berita jam 8.00 malam yang lebih
setengah jam usaha memburuk-burukkan dan melaga-lagakan gabungan parti
pembangkang.
Pemimpinnya seperti Dr Mahathir,
Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Mat Sabu,Mahyuddin Yassin, telah menjadi umpat
keji dengan memaparkan vedio dan cerita ,flasback.
Perasaan loyo yang meluap-luap hati ini semalam ketika
berhenti minum disebuah kedai (13/4/2018) berita jam 8 malam dengan persembahan
berita yang amat dahsyat memburukkan Dr.Mahathir. Saya tidak terkilan sekiranya
berita tersebut diberi peluang Dr Mahathir menjelaskan keadaan sebenarnya.
Sekiranya di beri peluang
kerajaan parti politik baru, akta kebebasan media yang adil kepada semua pehak
perlu digubal supaya rakyat dapat menerima berita yang benar, dengan mengolah
fikiran,fakta sebalik tujahan berita yang berupa provokasi sebelah pehak.
Peluang mempertahankan diri atau
timbal balik hujah melalui media yang sama perlu diberi kepada sesiapa sahaja
individu,pertubuhan atau syarikat yang dikritik bertujuan menjelaskan perkara sebenar.
Ketika ini terutama media prima
menggalakkan usaha menyanjung sepanjang masa tokoh kerajaan semasa, serta kehebatan manifesto parti politik hingga akhirat orang melayu itu. Sebagai melengkapkan
kempen pilihanraya bagi parti Barisan Nasional memburukkan individu parti lawan
adalah agenda utamanya.
Sikap ini bukan sahaja TV3 tetapi
semua cannel TV dalam Malaysia ini ke arah mengampu parti yang dianggap tidak
kalah dalam percaturan piliharaya ke 14
ini. Setakat ini tidak ada peluang bagi parti politik lain untuk membuka kepak membantu
pengundi menerima maklumat dan mengemukakan fakta yang dirancangan..
Penamaan calon telah berlalu
(28/04/2018).Saya berdoa agar sebuah parti politik baru berjaya membentuk
kerajaan yang boleh menghidangkan pentadbiran yang cemerlang dari parti
politik sedia ada.
Saya percaya sudah pasti satu
bentuk pentadbiran yang lebih baik dari pentadbiran Najib hari ini sekiranya Mahathir terpilih
menerajui negara ini malahan mungkin
lebih baik dari pentadbirannya selama 22 tahunnya yang lalu.
Keadaan ini berlaku kerana
pengalaman urus tadbir yang tidak elok yang lalu boleh di buang jauh diganti
dengan idea baru.Bagitu juga stail pentadbiran Najib mungkin berubah pada pillihanraya
ke 15 akan datang sekiranya kekalahan
parti politiknya dalam pilihanraya ke 14 ini. Membaiki kesilapan sebagai pengajaran
dari kekalahan amat penting
Parti politik Najib telalu lama
memerintah selama lebih 65 tahun.Jangka
masa yang terlalu lama ini tidak merubah anggapan bahawa apa yang dilakukan
pimpinan parti politik itu betul selama itu, maka terlahirlah ego bahawa rakyat
mengesahkan dengan memenangkannya selama 13kali pilihanraya.
Kerajaan yang bertindak mengikut
sesuka hati pemimpinnya berlaku kerana
terlalu lama di pilih.Kita jangan lupa bahawa kemudahan kerajaan mengawal media
dengan menyorokkan maklumat kesilapan kerajaan dari pendengaran rakyat salah
satu penyumbang kepada kemenangan
Barisan Nasional.
Benar, media sosial boleh
memainkan peranan membocorkan maklumat tetapi peranan media yang di benarkan
kerajaan adalah lebih penting kerana berita dari media sosial ini di labelkan
palsu.
Seandainya berita benar tanpa
selindung apa yang berlaku dalam urusan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional
di paparkan, saya percaya tidak ada harapan kerajaan yang memenangi 13 kali pilihanraya itu, meneruskan khidmatnya.
Manifesto kerajaan semasa yang ulang-ulang siarnya melalui media terutama television,tidak akan melupakan rakyat kepada kepincangan pemimpin dengan skandal ekonomi,peritnya untuk hidup rakyat nun jauh di pendalaman, mereka yang menunggu rumah rakyat,yang berkerja pagi hingga ke malam mencari sarapan keluarga,dengan harga barang dan perkhimatan untuk rakyat yang tersekat-sekat.
Kita tidak memerlukan pemimpin yang melihat poketnya sendiri dan pengundi yang melihat dirinya hari ini berjaya menjamu selera.Kita perlu pemimpin yang sentiasa bersama sepanjang masa dengan rakyat bukan mengeluarkan peluh dan mengeluh hanya 5 tahun sekali.
No comments:
Post a Comment