Thursday, November 14, 2013

Utusan Melayu perlu tukar Utusan Umno.






Pagi ini dengar khabarnya UMNO telah atau akan menyuntik modal sebanyak RM 40 juta ,untuk menyambung hayat Utusan Melayu.Kiranya benar apa yang telah berlaku,saya mengesyorkan mulai hari ini (14/11/2013) nama Utusan Melayu perlu diubah kepada UTUSAN UMNO.

Apabila nama telah diubah sudah tentu dasar penerbitan akhbar ini akan berubah dari surat khabar arus perdana kepada surat khabar suara politik yang melabur atau yang  menghidupkannya.

Kita amat malu kiranya nama MELAYU terus digunakan bagi setiap urusniaga,keadaan sosial atau  perjalanan syarikat yang tidak berdaya saing atau hampir lumpuh.Tambahan ketika ini nama melayu terus teratas dalam penyakit sosial  yang kadang-kadang kita malu mengaku “aku orang melayu”.
Tidak dapat dinafikan peranan akhbar ini sejak di tubuhkan bulan mei 1939 terutama menyuburkan semangat atau pencetus ilham orang melayu bersatu dalam melahirkan pertubuhan-pertubuhan siasah sebelum merdeka.
Itu dahulu…lebih 74 tahun yang lalu .Utusan ketika itu ditadbir dan diurus oleh mereka yang luhur dan ikhlas untuk semua orang melayu, bukan ketika ini ianya di dalangi oleh mereka yang ada kepentingan kewangan dan politik. Fahaman politik tersebut hanya berpehak sebelah kaki melayu dan kadang-kadang  masuk sedikit sebelah kaki orang Cina malaysia serta sebelah kaki orang India malaysia.

Ketika IT memain peranan dunia ini, syarikat akhbar perlu berubah dasar pentadbiran, bukan sahaja berubah cara penyampaian berita dan pengedaran dari akhbar edisi cetak kepada penyebaran secara online, sebaliknya pengurusan syarikat perlu penyusunan semula struktur sama ada dasar kebebasan pegangan saham dan kebebasan maklumat serta kebebasan menyampaikan maklumat.Jauhkan melibatkan syarikat dengan fahaman politik satu kaum atau satu fahaman.

Fahaman politik kiranya terus menghantui syarikat akhbar seperti utusan melayu nescaya lebih banyak syarikat dalam keadaan ke arah  bankrap .Politik tidak terkecuali mempengaruhi kebebasan akhbar sebagaimana keadaan yang telah berlaku kepada Utusan yang  terpaksa menjaga hati dan hak tuannya.

Wartawan akhbar yang dianggap egen perubahan masyarakat dipaksa ketepikan  perkara 1 hingga 8 etika kewartawanan Malaysia.Stail pemberitaan dan rencana semuanya bertentangan dengan etika kewartawanan kerana pengaruh dan cadangan orang politik. Musim pilihanraya pehak utusan telah membakul sampahkan sebarang etika .Mereka yang terlibat dengan utusan perlu mengaku kenyataan ini.

Saya percaya 75% daripada  3juta ahli UMNO tidak membeli akhbar keluaran Utusan melayu.Mereka yang masih berminat dengan keluaran syarikat akhbar ini ialah mereka yang berusia 45 tahun ke atas dan masyarakat luar bandar yang keseluruhan masyarakat  rancangan Felda.

Percayalah - kiranya tidak ada usaha-usaha taukeh akhbar ini(UMNO) mencari pelanggan akhbar paksa dengan membeli dengan banyak untuk diagih-agihkan kepada sekolah-sekolah atau pejabat-pejabat kerajaan dan badan-badan berkanun,apa yang pasti 5 tahun yang lalu sudah tutup syarikat.

No comments:

Post a Comment