Friday, November 15, 2013

mati kencing manis dikawal gulanya -mati ditembak kawal penembaknya ? atau pistolnya?







Berita kegembiraan anak-anak dapat cemerlang UPSR tidak dapat mengatasi berita individu di tembak berdas-das di depan rumah. Kekejaman penembak menggunakan senjata api sama kejamnya dengan cerita-cerita filem melayu sekarang ini yang menjadi gangster yang tidak berperikemanusia.

Beberapa bulan dan  beberapa tahun yang lalu hanya kita mendengar dan mendapat berita pembunuhan bersenjata berbunuhan antara ketua-ketua gangster atau kongsi gelap yang bertatoo badan. Tetapi kali ini membunuh dan menembak mati tidak kira jenis mangsa sama ada pegawai penguatkuasa atau orang awam .

Pagi-pagi  - yang malam tadi kita nyaman tidur dengan isteri dan anak-anak di rumah ,tiba-tiba dikejutkan berita bahawa kawan atau sahabat kita seorang peniaga pasar di tembak mati. Gema kejutan seorang pegawai penguatkuasa agama dibunuh dengan pistol masih berada dicuping telinga dan belum sempat berkelipnya mata buntang ,satu lagi berita menyenakkan perut berlaku.Tidak terkecuali perkara ini berlaku pada kita atau keluarga kita.

Pemimpin dan rakyat perlu berbicara,berbincang dan bermuhasabah bagaimana perkara ini boleh berlaku dan cari jalan penyelesaian dengan melihat peranan pegawai penguatkuasa yang berkaitan dengan senjata seperti kastam dan polis dan tentera.

Adakah berlakunya pengawalan sempadan yang cuai atau kurang ketegasan atau lebih dahsyat lagi rasuah, sehingga terlalu banyak senjata di bawa masuk oleh penyeludup. Berkemungkinan penyeludupan senjata sama banyaknya dengan pendatang haram di Malaysia atau setiap warga asing di Malaysia membawa senjata api dan menjualnya kepada warganegara Malaysia untuk menampung kewangan mereka berada di sini.

Masih kita belum terfikir atau terbukti pembekal senjata api haram, telah mendirikan kilang haram dan pusat latihan haram di negara ini, memandangkan atau melihat mudahnya dan profesionalnya mereka memiliki dan menggunakan senjata tersebut.

Bagi saya belum pernah melihat secara terus pistol dan senjata api kecuali melalui media tv  dan gambar akhbar - tidak usahkan hendak menggunakan seperti penembak peniaga pasar dan penguatkuasa itu.Boleh jadi baru pegang, tidak sempat menembak, pistol dah jatuh akibat menggigil.
Alasan kecuaian dan tidak bertanggungjawab pegawai penguatkuasa mengawal pasaran senjata adalah tidak munasabah kerana masing-masing telah mendapat imbuhan gaji bulanan yang cukup lumayan mengikut kategori akademik.

Sebagai seorang muslim setiap hari dimestikan berdoa agar di jauhkan musibah yang berlaku.Disamping itu berharap sangat anggota keselamatan  bagi pehak kerajaan, terus menjaga emosi rakyatnya yang sentiasa dikejutkan dengan tembakan pistol ,senapang dan parang .

Biarlah rakyat mati akibat kencing manis dan darah tinggi kerana penyakit tersebut melambangkan kemewahan dan boleh dikawal gulanya tetapi mati akibat tembakan pistol maka setiap kali rakyat keluar pintu rumah sentiasa troma yang berpanjangan dan bagaimana hendak  dikawal pistol penembak?

No comments:

Post a Comment