Thursday, November 28, 2013

airmata kesedihan untuk rakyat - airmata kegembiraan untuk pemimpin



Beberapa  perkara berikut adalah perbezaan perbelanjaan hidup rakyat biasa dengan pemimpin yang dilantik oleh rakyat biasa. Pemimpin yang di lantik menggunakan wang rakyat ikut kemahuan kuasa,manakala rakyat hanya mampu melinangkan airmata .

Rakyat biasa masih ramai berkeadaan seperti apa yang berlaku terhadap Siti Khatijah Osman dari Dungun dan seorang wanita berusia 30 tahun dari Kuala Kerai. Mereka memerlukan kewangan mengubat penyakit jantung dan memerlukan kewangan menambah-baik rumah kediaman  terbengkalai yang bocor dan reput serta telah lima tahun terbengkalai.

Punca pendapatan bulanan masing-masing sekitar RM500 dan RM300 sebulan.

Saya kira yang memerlukan pembedahan jantung hanya sekitar bawah RM45000.00 manakala pembiayaan rumah belum siap hanya sekitar RM 30000.00. Tidak sampai pun  0.1% dari kos Rosmah Mansor menggunakan jet untuk ke Doha bagi urusan peribadi.

Marilah kita berusaha mencari mereka yang senasib atau lebih teruk lagi dari dua orang rakyat Malaysia ini ,untuk di beri pembelaan sewajarnya. Meluluskan  perbelanjaan mengikut telunjuk nafsu syaitan yang sedikit pun  tidak memikirkan rakyat terbanyak pasti  ada balasan Allah,lebih-lebih lagi, kiranya mereka yang berkuasa meluluskannya bertujuan atau berniat menjaga hati seseorang .












1.DUNGUN – “Saya merayu agar bantuan kepada anak saya dipercepatkan. Kalau dia gagal melakukan pembedahan kali ini, saya tak tahu macam mana keadaannya selepas ini. Mungkin akan bertambah kritikal.

Demikian luahan Siti Khatijah Osman, 34, ibu kepada Muhammad Azrul Afiq Rusli, 12, yang kini menghidap sakit jantung dan masih lagi menunggu bantuan untuk membolehkan dia menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 1 Disember nanti.

“Suami saya hanya melakukan kerja kampung dengan pendapatan RM500 sebulan.

2.Rumah didiaminya sejak 10 tahun lalu itu tidak selamat kerana banyak lantai reput dan bumbung bocor, malah tidak selesa sebab tiada bilik air sempurna dan bilik tidur.
Kalau saya minta bantuan sebuah rumah baharu mungkin ambil masa lama tetapi sekarang, saya cuma nak siapkan rumah yang sudah lima tahun terbengkalai.
Rahimah berkata, dia perlukan bantuan menyiapkan rumah baharu itu kerana tidak mampu mengeluarkan wang sendiri dengan pendapatan hasil menoreh getah RM300 sebulan.


Ahli Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman menjelaskan, Rosmah Mansor menggunakan jet peribadi bagi menghadiri persidangan Wanita di Qatar bukan mewakili kerajaan, tetapi jemputan peribadi.

Azalina semalam memberitahu Dewan Rakyat bahawa Rosmah diundang ke Doha atas kapasiti peribadi dan penggunaan jet tersebut diluluskan dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

Parlimen pada awal bulan ini diberitahu bahawa kerajaan menanggung RM15 juta untuk bahan api dan RM160 juta untuk penyelenggaraan jet eksekutif.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini mempertahankan pembiayaan jet eksekutif swasta oleh kerajaan terhadap lawatan isteri perdana menteri ke Qatar.

Rosmah turut menghadiri persembahan fesyen amal dan menyertai majlis minum teh bersama isteri Sheikh Abdullah pada hari yang sama.

Tujuan utama kunjungan ke Timur Tengah itu adalah untuk menyampaikan
ucaptama selama 25 minit di forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke-4 di Hotel St Regis di Doha pada 11 November.

No comments:

Post a Comment