Selepas pilihanraya ada pemimpin
dan kerajaan yang di pilih melepaskan dendam lepas pantang. Sebelum pilihanraya
tidak seorang pun menyebut seperti ini “
tuan-tuan dan puan-puan lepas pilihanraya ini saya akan naikkan gaji wakil rakyat
kerana "Kenaikan
gaji ini dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira
waktu oleh wakil rakyat”
Juga tiada pula kedengaran sebelum pilihanraya ada MB atau Ketua
Menteri berkata macam ini “Kenaikan pendapatan tersebut, adalah sesuai
untuk wakil rakyat dan exco kerajaan negeri kerana tidak mahu mereka membuat
kerja luar untuk menampung perbelanjaan mereka”.
Tidak ada juga kedengaran pemimpin yang belum dipilih dalam
pilihanraya berkempen seperti ini “tuan-tuan dan puan-puan selepas pilihanraya
apabila parti kita menang subsidi minyak dan gula kita kurangkan, nanti jangan
terkejut harga minyak dan harga gula dipasaran naik”
Tidak ada pemimpin
yang menang kemudian dilantik sebagai
menteri sebelum pilihanraya berkata bagini “orang ramai perlu 'menukar' selera
daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha
mengekang kenaikan harga ternakan itu”.
Atau berkata demikian sebelum
pilihanraya “Apabila tuan-tuan pilih saya sebagai wakil rakyat “Tarif elektrik
di Semenanjung Malaysia akan dinaikkan sebanyak 14.89 peratus atau 4.99sen
setiap kilowatt, menjadikan harga baru untuk sekilowatt 38.53sen dan Di Sabah
serta Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 16.9 peratus atau 5 sen daripada
kadar semasa 29.52 sen/kWj kepada 34.52 sen/kWj “.
Bagitu sikap manusia yang
hipokrit terhadap rakyatnya yang memilih mereka sebagai pemimpin.Mereka
sebunyikan apa yang difikirkan menyakiti rakyat apabila dilaksanakan, manakala
melaung-melaungkan perkara-perkara yang melunakkan perasaan hati rakyat.
Mereka yang berjaya menjadi pemimpin telah melupakan
tanggung jawab ini, iaitu
360 projek atau 46.7 peratus
daripada 771 projek yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh
(RMK-10) pada 2012 belum dilaksanakan.Sudah enam(6) tahun kerajaan baru memerintah
perkara yang di bincangkan selepas dapat
mandat terbaru ialah bertujuan mengenyangkan perut mereka
yang terpilih. Tentu ada yang menyesal dengan demokrasi 5 May 2013 yang lalu.
Pemimpin di atas adalah sama sebagaimana persaingan
dua,tiga atau lebih seorang lelaki yang tidak ikhlas dalam
percintaan.Percintaan yang dilahirkan untuk mendapatkan celah kangkang seorang wanita. Pujuk rayu “lembut gigi dari lidah” dilahirkan di depan wanita yang akan dijadikan
mangsa. Sebaliknya niat negatifnya ‘masak
di luar mentah di dalam’ disembunyikan bagi mencapai cita-cita untuk
memilikinya. Apabila memilikinya memperlakukan wanita tersebut mengikut sesuka
perasaannya.
Hari ini keliling kita telah
dipenuhi berita-berita ke arah kewangan wakil rakyat ‘lebih,
tetapi tidak cukup’.Mereka tidak memikirkan perasaan rakyat terbanyak yang
memperolehi hasil pendapatan sebagai penoreh getah,pekebun kecil
sawit,nelayan,pekerja kontrak ,pekerja kilang,pekerja sambilan di
kompleks-kompleks beli belah dan anak
muda yang menganggur. Sepatutnya melihat
anak padanglah menantu.
Golongan ini tentu menelan air
liur apabila melihat dan membaca berita bahawa wakil rakyat yang di pilihnya
pada 5 May 2013 yang lalu, menikmat hidup sebagai orang kaya dengan pendapatan menteri besar dinaikan daripada
RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri dari RM6,109.29
kepada RM20,250; speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker
dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN dari RM6,000 kepada RM11,250.
Ketua
Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri,
RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada
RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan
speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada
RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.
Baginilah mereka yang bijak mempermainkan demokrasi .Pemilih menjadi mangsa janji terbaik untuk ditunaikan .Kejayaan seseorang yang dipilih sebagai tiket untuk dia melakukan kehendak nafsu “biarlah aku dulu kemudian kau” atau Kau 1 aku 10,20 atau 30 ,yang akhirnya ‘lembah jua dituju air’.
Dalam sistem pilihanraya di
Malaysia ini rakyat dibodohkan,wakilnya di tatang. Inilah masanya bagi mereka yang
memimpin rakyat telah mula menilai rakyat - keluar tidak
mengganjilkan,masuk tidak menggenapkan. Mereka lupa ‘mana ada tali yang tidak berhujung’, ’mana ada sungai tidak berhulu’ ‘dan
mana ada buluh yang tidak berbuku’.
politik malaysia hari ini bertujuan untuk mendapatkan "kuasa" ...bila ber"kuasa", "kuasa" itu digunakan untuk memenuhi hawanafsu, tamak haloba, keangkuhan dan kesombongan melampau ... bukan bertujuan untuk menjadi negarawan yang dihormati ... ada yang memuji mandela tetapi tidak ada seorang pun memilik kekuatan seperti mandela....
ReplyDelete