Malam tadi saya mendengar
penerangan berkaitan kedajjalan fahaman syiah di sebuah masjid berhampiran
tempat tinggal.Dahsyatnya penyelewengan akidah fahaman syiah maka saya dan
rakan-rakan bercadang untuk mendengar dan melihat sendiri ajaran tersebut serta
memiliki kitab menjadi pegangan faham ahlinya.
Pagi ini saya membaca beberapa akhbar edisi internet telah
memaparkan berita berkaitan syiah yang timbalan presiden PAS menjadi pelakon
utamanya,berkaitan tingkah laku syiah yang dilakukan oleh Mat Sabu beberapa
tahun lalu ,yang menjadi satu kesalahan mengikut pandangan KDN maka cita-cita
untuk melihat dan mendengar ajaran syiah terpaksa dibatalkan kerana khuatir di
tangkap KDN.
Bagitulah orang yang ada
kuasa(menteri/KDN) belum ada luka dan
bengkak sudah mengatakan seseorang itu telah cedera.Beberapa kesimpulan
dapat di nyatakan bahawa Mat Sabu (PAS) menteri/KDN(UMNO) masih banyak ‘prejudis politik’ dan dendam kesumat
yang masih belum ada titik penyudahannya.
Sebelum pilihanraya berkaitan
hukum hudud,liwat,kalimah Allah di uar-uarkan oleh UMNO bagi menarik perhatian
orang melayu.Hudud yang dirancang oleh PAS di takuti oleh sebahagian orang
melayu yang disebelah UMNO.Untuk mengekalkan sokongan orang UMNO semasa
pilihanraya maka isu hudud ditimbulkan kembali manakala liwat dicanang selama
lebih 2 tahun bagi mengurangkan sokongan melayu kepada parti lawan PKR, yang
pemimipinnya dituduh melakukan kerja tersebut.
Kalimah Allah bagi UMNO sebagai
senjata utamanya meracun fikiran orang melayu supaya membenci PAS kerana parti
PAS mengeluarkan kenyataan meyokong bangsa lain menggunakan perkataan Allah
dalam penerbitan tetapi jangan salahguna maksud disebaliknya.Selepas
pilihanraya berkaitan kalimah Allah
kerajaan UMNO menjadi gila, - di semenanjung bangsa lain tidak boleh gunakan
kalimah tersebut. Sabah dan Sarawak sukahati orang disana.Larang disini benar disana untuk politik atau kerana kalimah.
Hari ini selepas PRU13 fahaman
syiah menjadi mangsa debatan politik
diantara UMNO-PAS. Walaupun pelbagai isu sepatutnya sama pentingnya untuk
diperkatakan atau ditimbulkan dan dicari penyelesaian sebagai contoh masalah
dadah,rasuah,perbaziran perbelajaan wang rakyat,tidak amanah, dan pelbagai
menyakit sosial orang melayu yang mewakili kedua-dua parti tersebut
Kita tahu apa yang tersirat dalam
kepala pemimpin UMNO dan kerajaan, adalah untuk mengalihkan isu yang
diperkatakan melalui media dan parlimen,serta kepincangan kerajaan dari menjadi
perhatian umum. PAS hanya mampu bertahan dengan tuduhan, yang pada pemikiran UMNO boleh mengurangkan
kepercayaan penyokong dan ahli PAS,
seterusnya mengurang keyakinan kepada kepimpinan yang ada sekarang.
UMNO lupa busuk berak tidak boleh
di wangikan dengan semburan kasturi.Orang sudah tahu berak siapa ditengah jalan,
kerana usia telah 67 tahun .Selama itu telah berak di tempat yang sama . Melainkan
orang kampung yang seusia dengannya atau lebih tua darinya masih berpegang kata,
siapa hendak mengaku berak ditepi dan tengah
jalan.
No comments:
Post a Comment